Nuffnang

Friday, March 28, 2014

emosi pelbagai.

aku sedar, sejak berlakunya kejadian MH370, emosi aku banyak terganggu. ntah sebab apa. tapi sebab utamanya ialah aku tak dapat nak bayangkan jika ibu dan ayah aku menaiki MH370 (mereka bertolak ke Beijing dahulu dengan beza 5 hari). kemudian aku emosi lagi bila aku antara ribuan, atau mungkin puluhan manusia yg jumpa kapal MH370 kali terakhir melalui radar pada jam 3.05am sehari selepas kapal itu dikatakan hilang.

sedih, siapa yang tak sedih. di dalamnya ada beratus manusia yang walau kita tak kenal, tapi mereka tetap saudara seadam sehawa kita. tambah pilu bila ada babies, ada warga emas. surname aku in mandarin ialah "ai", bermaksud sayang, maka hendak tak hendak, aku akui aku mudah jatuh sayang atau jatuh kesian pada sesiapa saja. sesiapa tu termasuk manusia, haiwan, tumbuhan, atau barang-barang. kadang2 bila melihat budak sekolah tk lepas2 melintas jalan pon, aku boleh termenangis dalam kereta (pernah aku u turn balik semata2 nak lihat budak skolah tuh dh melintas atau belum. kalau belum aku nak tolong lintaskan)

di fb, ada yang unfriend kawan sebab terlalu extreme dengan mh370 ni. aku? belum lagi nak unfriend. cukup saja unfollow. perkara ni panas, malah mungkin lebih panas dari waktu pru13 kelmarin. dah lega esok, follow la dia balik. senang je kan..

aku jugak ikuti perkembangan MH370 di FB. aku jugak banned mana2 channel yang kaitkan muslim Malaysia dengan terrorist. selama ni kita lemah lembut, takde pon buat ganas dengan negara lain. kenapa kita jadi mangsa2 mereka ni?

sebabnya.... Allah sedang menghina kita, warga Malaysia! ustad ternama yg bagitau pendapatnya.. dan ya, aku terima penghinaan yg DIA beri sebab ramai dari kita dah lama lalai. kita wajib terima hinaan ini dan kita wajib juga muhasabah. kita ni maksudnya UMUM. bukan aku, kau, atau dia sahaja.

berapa lama kita sudah lalai? sudah tidak ambil peduli? sudah terlalu leka dengan senang yg kita punyai walhal ia cuma sementara?

nak ikut yg umum rasmi? silakan.
nak ikot segala teori mimpi2 ustaz? silakan.
nak ikot teori dari bijak pandai angkasa dan satelit? silakan.
nak gelak sebab wall CNN penuh dengan kata2 slang bahasa negeri? (aku dh baca yg negeri9 dan Terengganu punya, sumpah sakit perut aku gelakkan!)

takkan tak penah tau maksud sarcasm?

ko penah alami perkara ni- dimana orang yg terang2 tak suka kau, bicara yg jahat2 saja dengan kau, dia tahu kau tahu apa yg dia bicarakan tentang kau, tapi bila kau pilih untuk senyum manis depan muka dia, kau agak2 apa yg dia rasa?

dia rasa lebih SAKIT! sebab tujuan utama dia, dia nak sakitkan kau, tapi bila kau senyum manis, rasa mcm takde apa, dia boleh jadi sawan ok. sebab agenda dia tak tercapai.

itu apa yg segelintir anak Malaysia kita buat di wall CNN. beri tahi dibalas bunga. CNN beri TAHI, kita balas BUNGA.

kau tahu kan tentang 11 Sept 2001? kau tahu berapa ramai umat islam kena tindas, kena tikam, kena ludah, sebab nampak sangat muslim ni jahat sejahat manusia? kau mesti tahu kan? tapi apa yang jadik along the way? AGAMA ISLAM BERKEMBANG DENGAN TAHAP SUPER PANTAS! kau tahu sekarang cetakan Al Quran itu berkali ganda banyaknya dari kitab Bible yang sekarang alami kemerosotan cetakan? kau tahu kan, yg JK Rowling tulis balik Bible setahun dua yg lepas? untuk apa? kau sendiri fikir.

pendapat kau bernilai 2sen? aku terima.
pendapat kau mahu semua didengari? aku terima.
pendapat aku kau tak nak tahu? aku terima.
pendapat aku ni sesen pun tak guna? terima kasih, aku terima.

berbeza pendapat aku dan kau? aku hargai unik dan bezanya manusia.
sebab aku hormati semua individu.
kau, aku, atau dia sebenarnya bebas sebagai seorang individu.

kau mahu pendapat kau saja betul?
orang lain pon sama. jadi?
apa yg membuat kau berbeza dengan mereka?
adakah sebab kau rasa kau betul? dan mereka salah?

mana tahu kau betul dan mereka pula salah?


raikan. jangan digaduh. ini semua mainan ego.

:)

**maaf eh. kan dah bilang awal2. ini n3 emosi.

2 comments:

Umm AA said...

Seperti firman Allah dia boleh memuliakan siapa yg dikehendakinya begitu jugak menghinakan siapa yg Dia nak..mmg test tuk umat islam..org2 kafir sentiasa mencari jalan tuk menyakitkan hati orng2 islam..tuk hapuskan islam..namun Allah tidak akan membiarkan agamaNya lenyap dimuka bumi ini malah menyempurnakannya walaupun orng2 kafir mahupun mushrik benci..

||alis|| said...

terima kasih atas komen akak. bernas. saya suka. alhamdulillah :)