Nuffnang

Monday, February 24, 2014

janganlah begitu sayang...

kalau jumpa orang yang buat kita terluka, apa kita buat?

jauh mana kita fikirkan?
rasional mana tindakan kita?
kudus mana doa kita?
jenis apa carutan kita?
tinggi mana sesal kita?


aku bukan orang baik.

kalau dulu, aku punya menyesal, tinggi lagi KLCC nun.

"sumpah menyesal aku jumpa budak ni, tak guna, dia buat aku macam ni!"

gitu.. aku yang dulu bukanlah yang sekarang.. jadi secara relatifnya, apa aku akn buat, aku akn block dia dari FB, dari ingatan. in one shot. bila buat terus buat, takde mintak2 seminit atau setengah minit untuk fikirkan apa jadi selepas itu. aku tak fikir apa akhirannya. yang aku tahu, sekali aku tak suka, selamanya aku harap aku tak akan ditakdirkan berjumpa dengan kau dimana2, apa jua keadaan, good or bad.

jahat kan? hurm.

lepas itu, aku terbaca dimana entah (mujur cepat dijumpakan ayat itu) lebih kurang bunyi begini,

"sejahat mana perlakuan seseorang, sedalam mana luka yang ditinggalkan untuk kita, sesakit mana akibat remuk redamnya hati kita, INGAT, kita dijumpakan dengan dia BUKAN SECARA KEBETULAN, melainkan untuk membuat kita KUAT, KEBAL dan lebih HARGAI pengalaman pahit supaya kita lebih mudah melafaz syukur tatkala berjumpa yang manis walau sedikit.."

betul, kita bukan saja2 dijumpakan dengan manusia-manusia. semuanya aturan DIA. buat kita kuat dalaman.

rebung perlukan 7 tahun untuk duduk dalam tanah sebelum menjadi sebatang buluh yg kuat.

tak suka dengan kumpulan Kpop yang terlebih2? takpe, tapi pihak management seperti super junior, big bang, T-ara, SNSD memerlukan 7 tahun untuk "memeram" mereka demi menghasilkan "product" yg bernilai ratusan juta Woon.

7 itu bagus kan?

7 syurga 7 neraka 7 lapis bumi 7 lapis langit 7 hari seminggu, and the list goes on...


*kejap saja dah 55 hari di tahun 2014..















8 comments:

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

7 dalam angka penomboran bermakna hubungan.. connection..

Rasanya hati perempuan kalau dah terluka2 mula2 mmg keras mcm batu.. tapi kalau dibiarkan lama sikit yang keras tuh jadi lembut juga kan.. makin lama masa berlalu.. rasa mcm sipi2 jek kisah tuh.. walaupun luka tuh mcm ada lagi..

Nape sis.. ada org yg merajuk ye..

tasekM said...

aku kalau bertemu dgn siapa2 jua yg boleh buat aku marah... aku selalunya akan diam dan aku akan mula berfikir itu ini...
ya... tuhan tidak ketemukan kita dgn dia untuk sia2..



.

t.a.t.a said...

Betul tu lis, semua perkara tu walaupun pada mulanya memang kita yang teruk menahan perasaan, tapi bagi diri aku bila aku berada dalam keadaan macam tu, aku akan happy. aku cakap dengan diri aku, kau untung sebab ada benda macam ni yang boleh dijadikan pengalaman. orang lain mungkin alami benda yang sama, tapi tetap tak sama secara detailsnya dengan diri sendiri.

sejauh mana aku terasa hati dengan orang, orang tu datang jumpa aku, aku masih boleh terima. aku anggap semua benda yang lepas tak penah berlaku. aku akan anggap orang tu tak wujud dalam hidup aku.

aku jenis yang kalau dah lupa kan seseorang atau dah set di minda yang aku tak kenal dia, sampai bila pun aku tak kenal dia. bila dia dtg balik dalam hidup aku, aku akan tawar hati.

forgive, but not forget.

||alis|| said...

kak iina

haah, tang memula keras lama2 kerak nasi tuh aku caya, alaaa.. dia manusia kita manusia, beza cuma amalan kan.

sume ada buku catatan belah kiri.

merajuk? ada kot. tapi buat2 tak reti jap. relaks2 je dlu.

#bukanfahri

||alis|| said...

kaktas

so secara relatifnya aku akan elakkan salah faham ngan ko, ok x kaktas :P

||alis|| said...

cikta

ko boleh eh.. aku x boleh laa ta.. nak buat2 tak kenal, sebab dia-dia-dia ni pernah kita kenal.. so untuk nak buat taktau tuh, sesuatu yg tak mungkin buat aku.

nak blajar gak tahan2 hati, tapi ntah.

cumanya, aku betul2 harap tak bertembung ngan ex tuning. sbb kalau bertembung, aku nak siram dia air sirap 1 jag, aci x.. hahahahaha!

||alis|| said...

**tunang

tu sebab aku malas balas guna pc, auto correct, grrrr~!

t.a.t.a said...

kah kah kah kah

aku pun dok cari jugak, tuning? ni nak cakap kuning ke apa ni? hahahahah..


lawok petang Selasa.

hahaha