Nuffnang

Monday, February 24, 2014

janganlah begitu sayang...

kalau jumpa orang yang buat kita terluka, apa kita buat?

jauh mana kita fikirkan?
rasional mana tindakan kita?
kudus mana doa kita?
jenis apa carutan kita?
tinggi mana sesal kita?


aku bukan orang baik.

kalau dulu, aku punya menyesal, tinggi lagi KLCC nun.

"sumpah menyesal aku jumpa budak ni, tak guna, dia buat aku macam ni!"

gitu.. aku yang dulu bukanlah yang sekarang.. jadi secara relatifnya, apa aku akn buat, aku akn block dia dari FB, dari ingatan. in one shot. bila buat terus buat, takde mintak2 seminit atau setengah minit untuk fikirkan apa jadi selepas itu. aku tak fikir apa akhirannya. yang aku tahu, sekali aku tak suka, selamanya aku harap aku tak akan ditakdirkan berjumpa dengan kau dimana2, apa jua keadaan, good or bad.

jahat kan? hurm.

lepas itu, aku terbaca dimana entah (mujur cepat dijumpakan ayat itu) lebih kurang bunyi begini,

"sejahat mana perlakuan seseorang, sedalam mana luka yang ditinggalkan untuk kita, sesakit mana akibat remuk redamnya hati kita, INGAT, kita dijumpakan dengan dia BUKAN SECARA KEBETULAN, melainkan untuk membuat kita KUAT, KEBAL dan lebih HARGAI pengalaman pahit supaya kita lebih mudah melafaz syukur tatkala berjumpa yang manis walau sedikit.."

betul, kita bukan saja2 dijumpakan dengan manusia-manusia. semuanya aturan DIA. buat kita kuat dalaman.

rebung perlukan 7 tahun untuk duduk dalam tanah sebelum menjadi sebatang buluh yg kuat.

tak suka dengan kumpulan Kpop yang terlebih2? takpe, tapi pihak management seperti super junior, big bang, T-ara, SNSD memerlukan 7 tahun untuk "memeram" mereka demi menghasilkan "product" yg bernilai ratusan juta Woon.

7 itu bagus kan?

7 syurga 7 neraka 7 lapis bumi 7 lapis langit 7 hari seminggu, and the list goes on...


*kejap saja dah 55 hari di tahun 2014..















Wednesday, February 19, 2014

kau tak menarik lagi...

sambungan kisah cik abang kita tuh.. lepas csi serba sikit.. oklah.. tak jdilah nak telangkai.. sbb katanya.. "kalau boleh abang nk isteri yg duduk dengan mama abang"

ok fine bang. fine.....

zaman skrang, susah nk jmpa pompuan dok serumah ngan mertua. bak kata makji saya, biau rumah banyak periuk; jangan banyak seperiuk".. kata orang lama2 ni mmg banyak yg simple tp menusuk, kan?

kalau cari, mesti ada. tp nk jmpa payah. memanglah katanya "mama abang sporting.." tapai tahan lama manalah sporting tu kan.. hurm..


dan n3 akn datang.. aku akn share.. betapa kesiannya abang ni psal isu lambat kawen dia dipermainkan oleh kawan2 yg dh kawen. mmg harus admit laa kan.. lelaki kalau bergurau.. kasar. huhu

Friday, February 14, 2014

bacaan untuk hari ini, Jumaat nan mulia.



.misteri sungguh-sungguh nih.
haippp, jangan judge dulu. bagi saya explain sesiap.
 
dia pm saya pada 12 nov 2013, tahun lepas. saya baru balas, semalam.
 
sebabnya, selama di FB, saya tak pernah bukak inbox "others", so bila semalam saya bukak, tara.. ada lebih kurang 20 org yg bukan fren, pm saya.
 
fb saya, saya kekalkan privacy. kawan2 tak lebih 100 pon. carian nama alis pon awak-awak x boleh jumpa sebab saya ni luar lain di blog lain di FB lagilah lain, hiks.
 
so bila nak cepat, saya buat template dan kopipes untuk sume org. dan saya x harapkan balasan pon sebab 95% pm ialah pm tahun lepas (macamlah tahun lepas tuh dah lepas berbulan-bulan kan..)
 
cuma saya aktif dengan 2 page saja tahun lepas.
satu page atkins (tu pon dulu, sekarang dah out) dan page backpackers.
 
still, sy bukan post komen saya tiap2 status di wall page tersebut. tapi saya syak abang ni jumpa saya kat page backpacker.
 
ok level kedua: mode stalker: ON
 
saya stalk la dlu fb dia kan..
haruslah. walaupun tiada niat apa2, yg berat... elleh.. haha!
 
the findings buat mata berkelip-kelip:
dia mamat basikal mahal yg sebijik rm10k, 20k, 30k..
suka and ada bela kucing
pandai masak
duduk rumah family, macam dia je sorang anak yg bujang adik beradik lain dah kawen kot
b'day mak bagi mak bunga sebeban. so sweet la pada saya.
respect orang lain
lone ranger traveler
 
turns down buat telan elio:
suka sangat ajak/jemput org makan. haha!
bila datang angin emosi dia suka post kat wall (well who doesn't?)
suka merajuk (?)
giler kau ramai awek2 tunggu dia (tahu from the komen2 each updates dia asek awek2 yg sama je balas miahahaha!) ....tapi nmpak sangat dia takmau.
handsome sbb keturunan arab (iras mcm hans Isaac, woot!) yer, handsome ialah turns down bagi saya!
seluar main beskal dia atas lutut!
impian dia nak beli beskal harga rm50k! gila ka hapa? haha!
 
biasa2:
usia: over 35 but less than 40
dia bukan stok gatal, tuh boleh jamin. lagi pon lelaki gatal ni senang je nak trace.
wall dia biasa2, pasal basikal, pasal nota2 peringatan agama.
dia sedikit berisi, skali pandang org takkan caya dia ialah sorang pro main beskal (matiklah kutuk kaw2! sorry yer abang!)
 
--------------------------------------------------------------------------------
jujurnya saya respect lelaki yang kedepan n mintak elok2 macam ni.
seriously kita rasa dia jenis hormat orang. secara automatisnya, kita as wanita ni dihargai. gituuu..
dan hormat wanita.
 
well judge good2 yg keterlaluan pon tak guna kan?
nantilah saya slow talk dengan dia.
buat kawan ke. adik angkat ke.. hey sapa takmau ada abg angkat iras hans Isaac kans?
 
 
 
mintak maaf abang, abang tak salah apa,
cuma adik je yg dah berpunya.
 
meow~~
alih2 jadik kucing tino gatai ni, awat?!
 
habis laa kalau abang saya tahu psal ni ^^
 
 
 
 
 
 
 


Monday, February 3, 2014

perfect match- rancangan perjodohan fav aku dan ayahku

 
rancangan tv terbitan dari China ni memang jadi fav aku sangat2. lalu aku racun ayah lihat sekali. ayah suka sebab kata ayah, pertuturan bahasa org cina dari China lebih lembut, bukan kasar, maksudnya kalau diorang nak sampaikan satu-satu perkara tuh, diorang akan cakap secara simpulan bahasa, secara kias. yes, my ayahanda belajar di sekolah cina (sekolah pay fong, melaka) terus ke uni Taiwan. aku pon belajar tak habis. 8 tahun sahaja, rugi. sangat rugi! tapi susahlah, kawan cina aku sndiri drop paper bahasa cina masa PMR sebab katanya dia tak berani nak amek paper yg dia tak yakin, acaner tuh, haha~
 
idola aku dan ayah: Baki Zainal. (Ba Jie in Mandarin). dia punya level dulu biasa2 je macam aku (sbb skola cina saja tanpa sambung ke mana-mana), tapi oleh sebab dia asah balik kemahiran dia berbahasa melalui pergaulan dia, dia punya level zasssss meroket, siap sekarang ni dia belajar bahasa korea, pergh, gila la kau Baki Zainal! T.T
 
ops, terpanjang pulak.
 
yg aku nak citer ialah pasal rancangan ni, perfect match *sila gugel untuk lebih lanjut.
 
 
gambar yang aku tepek di atas tu special sket, sebab mamat tuh sendiri pada aku special. wanita idaman dia ialah wanita no 4 (boleh lihat kat gambar tuh, dia pilih no 4, tanpa wanita tuh tahu)
 
kalau sekali pandang kan... mamat cina ni tipikal Chinese kan? yg berkemeja, yg pkai spek, yg ermm.... biasa2 jer.
 
yang buat dia luar biasa ialah, dia dah blaja US sejak usia 18tahun, melalui biasiswa. dan kerana geniusnya mamat nih, dia dapat offer dari pelbagai company besar. contoh besar mana ialah.. aaa... Microsoft.
 
tapi mamat ni tolak.
 
sume orang dalam rancangan tuh terkejut la kan.. apsal ko tolak big offer macam tuh?
 
then dia dengan tenangnya jawab:
 
"mula-mula saya dah ok, hampir nak terima.. tapi bila saya menyoal satu soalan kepada si penemuduga itu, dan dia berikan jawapan yg saya tak sangka.. saya putuskan untuk menolak terus kemudiannya.."
 
"soalan apa yg kamu tanya?" pengacara rancangan yg botak itu bertanya.
 
"saya tanyakan...sudah berapa lama awak bekerja di sini dan berapa kali sudah awak berjumpa dengan Bill Gates?... jawab penemuduga tersebut..."saya sudah 12 tahun kerja disini dan belum pernah sekali saya berjumpa dengan Mr Gates...""
 
12 tahun kerja dan tak pernah sekali jumpa boss besar?
 
apa lagi, terus mamat ni form satu company and to cut the story short, company dia yg diusahakan bersama 3 partner yang lain kini bekerjasama dengan Harvard, White House dan beberapa nama besar lagi.
 
katanya ratio untuk bertemu ngan Gates lebih cerah if dia form company (being boss himself) compared if dia jadi kuli pada Gates.
 
gila kan fikiran dia! genius gila.
 
dan dia punya beberapa lagi kemahiran lain, takyah sebutlah, yg penting, jaw-dropping. (etlis jaw aku yg drop, lel~)
 
 
surprisingly, dia tak pilih siapa2 pon, antara 3 gadis yang terpilih.
 
sebab katanya, walau dia minat gadis no 4, lepas berbual lebih kurang, dia mula rasa ada sesuatu yang kurang dalam diri gadis tersebut.. (untuk makluman gadis tuh sndiri awal2 menolak untuk bersama mamat di atas pentas dengan memadamkan lampu buzzer dia)
 
ok lah, eventually its all about ego.
 
kau tidak salah teka.
 
big one.