Nuffnang

Friday, January 10, 2014

nikah cepat; cerai cepat. urgh. menakutkan sekali!

sampai berkarat cinta kalian..
 
ramainya orang mengikat cinta...
 
 
 
 
 
sewaktu kursus pra perkahwinan kelmarin, haruslah banyak kisah dibentangkan kepada kami, bakal2 pengantin nih.
 
ada beberapa kisah yang menarik perhatianku. tapi yang paling aku tak boleh lupa, kisah dibawah ni.
 
diceritakan oleh mantan pengarah jaim..
 
 
"sekarang ni kes penceraian macam dibuat main-main saja oleh pasangan muda.. yang terbaru, jumaat lepas saya terima satu call, ada pasangan ni mahu bercerai.. awak tahu bila diorang ni menikah? 27 December lepas, bercerai 2 Januari baru ni.. baru 1 minggu menikah, orang cakap masih lagi dalam tempoh bulan madu, dia nak bercerai pulak, saya tak tahu apa masalahnya.. isnin ni (6 januari) baru saya handle kaunseling.."
 
 
terkejutlah jugak. lebih kurang sama dengan kisah yang disampaikan oleh imam yg menikahkan adik lelaki ku  23 November lepas..
 
 
 
"kelmarin saya didatangi seorang pemuda, dia bersalaman dengan saya sambil bertanya "imam kenal saya lagi tak?" saya jawab "maaflah, saya selalu jumpa muka-muka baru, jadi saya tak berapa cam awak.." pemuda tuh tersenyum sambil menyatakan yang dia merupakan pengapit kepada pengantin lelaki yang  saya nikahkan minggu lepas... maka saya pun menyatakan.."oh yeke, baguslah, apa khabar pengantin? kalau jumpa sampaikan salam saya pada mereka.." pemuda tersebut terus berubah nada.. perlahan saja dia berbisik pada saya... "imam, kawan saya tuh dah bercerai.. lepas 4hari nikah..." Allah, tepuk dahi saya...!"
 
kemudian imam menyambung..."kita kalau boleh, jangan terlalu  mudah melafazkan talak, kalau boleh selesai cara baik, selesaikan cara baik, penat mak ayah, penat saudara mara belum hilang lagi masa kenduri.. awak dah bercerai berai..."
 
 
 
untuk sejarah family aku pula, ada sorang sepupu lelaki aku bercerai lepas 3 bulan bernikah. dengar khabarnya lepas seminggu berantakan, cuma tunggu saja 3 bulan untuk legakan hati semua pihak. tak tahulah salah siapa. yang pasti sepupu aku sudah bernikah baru dan bahagia dengan kehidupan berumahtangga dia kali ini. harap-harap sampai hujung nyawa. kata orang bekas isteri dan isterinya kini wajah seiras. bila tengok gambar pon, memang sama.
 
 
 
 
.


15 comments:

t.a.t.a said...

depa cerai awal mungkin sebab ppuan tu dara nya berkunci kot? si lelaki tak pandai nak buka, tu yang anu perempuan tu hilang.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

pernah tgk satu filem hindi nie.. masa nak bercerai.. isteri dia minta lelaki tuh pulangkan balik 'dara' dia.. sebab lelaki tuh ckp mcm2 pasal perempuan nie..

Cerai nie bukan macam putus cinta.. anytime mudah jek cakap 'clash'.. pastu dah dipujuk2 leh sambung balik..

tapi kalau dah memang takde serasian atau dah memang tak boleh bersama.. mungkin dah sampai situ jodohnya.. tapi kalau cerai xsampai pun seminggu.. mmg ada something wrong ler tuh

t.a.t.a said...

Kak Iina, dah tu laki dia cakap apa?

||alis|| said...

cikta

selalunya bila kawen baru sangat dan bercerai, orang akan kaitkan dengan sihir menyihir kan..


like "aku pandang muka ko pon aku nyampah"

||alis|| said...

kak iina

sadly ramai yg menikah tapi ilmu tak cukup dlm dada. masa kursus kelmarin, bukan nak cakap yg tak best, tapi bakal pengantin lelakinya, masya Allah! buruk perangai yg sesetengah tuh.


ada yg tak dengar dan lepak surau, bukak radio lagu mat salleh terpekik2, main wechat wassap mcm main walkie talkie.

naik darah jugak kita di balik tirai surau tuh.

tu blom yg berambut panjang atau masa lunch duduk berdua-duaan.

dah ditegur pon, masih buat jugak, yela dh besar, dh nak kawen.. buat apa nk makan nasihat2 macam utk budak darjah satu kan?

Umm AA said...

carilah psgn yg sama2 hendak mencari keredhaan Allah inshaallah akan berpanjangan..

marinahunny said...

Dorang nk sedap je tp x pikir taggungjawab dan kehidupan slps kawen tu. Depa ingt kawen tu mcm couple je. Mcm kak iina komen tu stuju sgt

||alis|| said...

sedang diusahakan sebaik mungkin ni sis :)

||alis|| said...

ramai kawen muda2 tp dlm kepala fikir seronok. amazingly kan.. hampir 95% kwn2 aku cerita.. "lelaki, bila jadi boifren, lain, bila dh jdi suami, lagi laa lain!"

telan2 lio aku dengar. haha!

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

t.a.t.a

laki dia tak tercakap apa.. dia senyap terus.. biasalah filem hindi.. time tuh ada sound effect jek hahaha..

alis

sihir menyihir mmg ada sesetengah tuh terjadi.. family akak pun penah kena gak mmg bercerai...

itu dah tentu.. sblum kwin.. n selepas kwin fasa berbeza.. itu belum lagi fasa ikut urutan 5 tahun.. akak thn dpn dh nk masuk fasa 15 thn insyAllah... masa nie.. boleh nmpklah turun naik sifat dan perangai masing2 ;)

||alis|| said...

jap. 15tahun? masyaAllah. alhamdulillah. seribu tahniah.

kagum dri jauh. sebab tentunya satu2 perjalanan bukan mudah kan. pokoknya sehati sefaham sejiwa.

aku ni.. err.. kadang2 pohon beringin daunnya rendang jugak (berangin) haha.

tp dlm 15min. lepas tuh oke semula. x reti simpan lama2. kata makji.. aku sorang je anak dia yg x kenal apa itu masalah. ceria happy je (kata dia bukan aku)

tp tu pon masalah jugak kan? sebab x reti nk serius. heh.

AinNur Haris said...

serius, ngeri baca..
yg 4 hari, yg seminggu, yg 3 bulan.. aduhhh.. kalau namanya "talak" tu memang ngeri lahhh... :(

memang laaaaiiiinnnnn sangat alis, sebelum kahwin dgn lepas kahwin.. tp tu lah, mcm alis kata.. ilmu tak cukup di dada, tu yg cepat je buat keputusan melulu..

bagi ain, suami isteri kena keep on belajar, belajar, belajar dan belajar lagi lepas kahwin pun.. musim berubah, manusia berubah, sekeliling berubah.. semua tu boleh jadi faktor perceraian juga..

ermmm..sedih..sebak..risau..takut..semua ada.. tp ni lah realiti kan.. kena bersedia utk hadapi... :(

kena kuat...!!

p/s : bab main2 dlm kursus kahwin tu memang nk kena smack down jawabnya....!! eeeeeee... payah diajar budak2 skrng nihhh.. :-p

||alis|| said...

terkesima ok bila tau budak2 laki yg bakal imam keluarga begitu. allah.

mmg takut.

lagi ngeri bila doc tunjuk terang2 apa jdi pd sistem reproduktive lelaki dan wanita bila berzina.

mmg Allah tu maha tahu kenapa Dia haruskan pernikahan dan haramkan penzinaan.

manusia yg kurang akal je kdg2 letak otak dlm kolam ternakan ikan keli.

AinNur Haris said...

haaaaa...amekkkk...
kolam ternakan ikan keli terussss..!!
heheheheheeee...

lawak la kamu ni alis.. tgh marah2 pun sempat melawak.. :)

.

t.a.t.a said...

alis, patut pun rasa ikan keli tu sedap aje kan? tak kisah la masak apa pun ikan keli memang the best. Ada otak orang rupanya dalam tu.

Hahaha.