Nuffnang

Monday, December 30, 2013

sendiri

*sebelum tuh mohon jangan terasa dengan n3 di bawah. cuma saya hanya menulis apa yang saya dok ingat sampai sekarang, semuanya kisah benar.. hurm.. macam serius je.. macam takut nak baca jer.. hiuhiu~


kisah sendiri (i)

dia anak angkat kepada pasangan suami isteri. ambil dari baby. duduknya di singapore. sekarang dah 36. belum berkahwin. ibu dan ayah menua. ayahnya sudah semakin tidak sihat. ada rupa. ada kerjaya. aktif dalam islamic NGO di sana. cuma kerana dia jarang balik ke kampung, maka tiada perhubungan yang mesra antara dia dan saudara2 malaysia. sekarang dia masih aktif dengan NGO.


kisah sendiri (ii)

dia anak tunggal kepada pasangan suami isteri. kerja sebagai pensyarah. banyak habiskan masa melancong. ibu ayah sediakan rumah banglo. sampai masa, keduanya meninggal dunia. si anak tinggal seorang diri. sehingga yang saya tahu, dia menjadikan rumahnya sebagai rumah kedua buat "selected students" dia, dan anggap mereka sebagai adik beradik. cuma dalam fikiran saya, sampai bila? hurm..

kisah sendiri (iii)

imam di kampung saya, punya 4 anak lelaki. semuanya dikurnia otak yang bagus dan cerdas. 2 darinya kini di Australia dan Russia. seorang di uni tempatan. seorang asrama penuh. imam dan isteri sakit. imam perlu dialysis hari2. isteri sudah separuh badan mild stroke. imam sudah letak jawatan. waktu ibu ayah menziarah, keadaan mereka sedikit kasihan. si suami yang menguruskan isteri, sedangkan suami sendiri perlu diuruskan.

"beginilah nasib kami, haji.. hajah.. tiada anak perempuan.. masak makan pun adik saya yang perempuan hantarkan.."


----------------------------------------------------

kisah-kisah ini cuma sebahagian. saya selalu berfikir. kalau takdir saya hidup sendiri, siapalah yang mahu menjaga saya. ibu ayah selalu berkata; kahwinlah kak long.. sekarang bolehlah tumpang kasih sayang kami.. tapi lambat laun.. kami akan pergi juga. masa tuh, adik2 semua dah ada keluarga masing2.. kak long nak duduk dengan siapa.. siapa nak jaga kak long.."


kak long bukan tak nak kahwin (siapalah yang tak mahu pasangan hidup kan..), cuma kak long boleh doa, semoga punya pasangan hidup di dunia ni saja.

tak semua bertuah bila hidup berdua dan berkeluarga.

tapi tak semua juga yang kata hidup bujang itu susah..


.

4 comments:

t.a.t.a said...

Akak pun pernah terfikir macam tu. tak kan nanti nak tumpang kasih anak-anak sedara kan? lagi-lagi nanti kalau kita dah tua, dah sakit², tak berduit pulak tu. haish.

cepat² la survey rumah orang² tua. hahaha.

AinNur Haris said...

ha'ah..
dulu gurau ganas dgn adik2..selalu ckp.. "takpe, angah x nk susahkn sesiapa..nanti angah sendiri daftar masuk rumah org tua2..."

*dulu laaa..masa tgh frust menonggeng kononnya..nk membujang sampai tua kononnya..nk tutup hati pd cinta kononnya...!!heheheheeee...

Allah Maha Mendengar doa hamba2Nya..percayalah.. :)

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Biasalah orang tua kan.. selagi ada anak (tak kira ler lelaki/perempuan) tak kawin.. selagi itulah diorang bising-bising..

pakwe aka hby akak dulu pun sama.. sampai abah mertua nak carikan dan rekomen dengan anak kawan dia.. pakwe akak cepat2 cari partner (sebenarnya ada ramai.. tapi hahaha dia setia sangat kat akak hahaha walaupun dah puas jual mahal)..

InsyAllah sis.. sampai juga nanti jodohnya ;)

Didi Kartika Osman said...

Assalam..
Saya pun pernah terfikir mcm tu.. mendaftar masuk di rumah org2 tua kalau masih bersendirian bila masuk usia warga emas nanti..

Hmm.. soal jodoh ni susah nak cakap.. dah puas juga menangis.