Nuffnang

Monday, September 30, 2013

izinkan saya menjana pahala..




seumur hidup, saya cuma pernah sekali jer match-making kan pasangan sehingga mereka bernikah, seterusnya beranak pinak (harap pahala tak putus sampai kiamat sebab saya pun bukan manusia penuh pahala dalam poket amalan)


kini ada beberapa teman rapat yang saya berminat mahu jadikan pasangan match making seterusnya.


Gadis A
30, bakal lulusan PHD, sekarang ada di Australia, belajar. asal Melaka. anak tunggal. kehilangan ayah sejak usia 3 tahun. amat berdikari dan tak nampak langsung macam anak tunggal yang manja macam dalam sesetengah drama melayu. hormat orang.
sikapnya pada manusia lain, sama macam kita-kita. dia lantang. tapi kena pada tempat. ada beberapa ciri khas pada bakal pasangan:
1) at least ada degree
2) pakai spek
3)bermuka Chinese look (tanned tak apa, heh)
4)muda 1-2 tahun tak apa



Gadis B
30, seorang pensyarah, sekarang ada di Negeri Sembilan. kampong asal Melaka. putih melepak orangnya. berkaca mata, tudung bidang 60. aktif ngan kerja2 amal sehingga ke Kemboja. lantang tapi kena pada tempat juga. berdikari. akan ada family involvement kalau serius.



Gadis C
30, seorang jururawat, sekarang ada di Jeddah, asal Melaka. anak bongsu dari 3 beradik. takde rupa macam anak bongsu sebab berdikari jugak. sangat baik hati dan pemurah sangat2. tak kisah spend untuk orang lain. mudah mesra. sensitive tapi mudah memaafkan.



ketiga-tiga gadis ialah sahabat baik saya, heh. kalau ada apa2, nak kenal2 kan ke sapa2 ke, atau ada pembaca sendiri yang berminat nak berkenalan, sila anta wechat ke saya dulu, maklumlah, saya nih filter kans. wechat saya: anna alis


p/s: jangan suruh saya jadi Gadis D, sebab saya sekarang tengah menunggu hari. eh. doakan saja. amin2..


Thursday, September 26, 2013

working title


Aku simpan banyak cerita menghampir nikah, bukan kisah cinta ya. Menghampir nikah. Mungkin ada yang berkata, kenapa nak cipta terma baru? Kata sajalah cinta. Poyo. Eh.

Tidak, jujurnya aku tak bercinta. Selepas asri, aku tidak ada pernah rasa mahu bercinta. Penat. Takut gagal. Tak terdaya nak pikul lagi andai ada beban menunggu itu lebih dari 14 tahun (lagi). Itu antara sebab kenapa.

Merana yang 14 tahun pon, jujurnya, masih tersisa. Serdak kenangan masih ada. Oh ya, aku add dia semula di FB, untuk kesekian kalinya, untuk tujuan yang aku sndiri pon tak tahu, apa mahunya pon aku sudah bertanya, bila tnya sudah lamakah dia me-request add friend? katanya dah lama. Kali terakhir beremail via FB ialah tengah October 2012, yer kan? Almost setahun! Kali terakhir betul2 berhubungan ialah sebelum aku menunaikan umrah mac 2013, sehari sebelum aku menunaikan umrah, dia menghantar wassap. Bagus betol firasat, padahal dia tak tahu apa langsung berkenaan umrahku. Bila aku katakan esknya aku akan terbang, dia terkejut. Ntah, waktu itu, tidaklah aku merasa. Tawar tau tak? Tawar. Biskut tawar pon ada masin2 nya. Tapi di sana, di mana2, aku jumpa ramai sangat manusia “bermuka” seiras dia. Subhanallah! (read: mashaAllah!), kenapalah… kenapa?? Tak nak fikir. Jadi ianya berlalu pergi. Begitu saja. Pelik kan, bila taip pasal Asri, perenggan akan jadi panjang, episode berulang, scene yg sama, macam sinetron. Sebenarnya meraikan “khilaf” aku juga. Heh.

1st puppy love aku jugak penah ada dalam fb aku, dia yg add, tapi bila dah add, sepatah haram tak menyahut, walau aku yg mula bicara (minggu lepas, selamat remove)

Ok focus, kenapa aku ada banyak simpan cerita hampiri nikah? Yakin jujurnya, sebab list aku hampir tak sampai 5 point, kot. Tidak seperti waktu usia awal 20an, nak yang macam itu, nak macam ini, tak mahu begitu, tak mahu begitu, ini tak boleh, itu tak boleh. Huish, demand tinggi benau! Orang yg next to perfect pon tak macam aku kan, heh.

Bila jumpa sesiapa saja dalam perjalanan hidup, aku meraikan, siapa pon dia. Aku buka kanvas baru, yg putih bersih, lebihkan bersangka baik, campur serba sedikit syak wasangka, berus lukisannya aku biarkan kami sama2 pegang, corakkan bersama, apa warnanya, apa cantingnya, abstraknya biar Cuma kami yang faham.

Bila datang warna kelabu, aku mintak pendapat kawan2 sampai hujung nyawa.

Bila datang warna pelangi, biar aku dan dia saja yang merakam detik.

Dalam pada itu, aku perkuat doa. Aku panjangkan zikir, aku lebihkan mohon keampunan untuk dosa2 lama. Aku mintak pentunjuk DIA, kalau hubungan ini sia-sia, jauhkan. Kalau baik, permudahkan.

Selalunya ianya jatuh sia-sia. mungkin mereka mahukan banyak benda yang aku tak boleh beri sewaktu masih berkawan, hatta bertunang (tetibe baru datang berita hot ni: harga ron95 nak diselaraskan pulak, haha!)

Nak keluar dari Malaysia la kejap. Bukan takde jati diri, tapi penat nak melayan orang atasan yang tak reti nak menjatikan diri masing2 untuk marhean macam kami nih.

Okbai #sentap #terkejut #tibatiba #harga #ron95 #naiklagi #akubencihashtag #sebenarnya #lol

Saturday, September 14, 2013