senasib, itu yang menyatukan kami. selepas impian untuk menuju sebuah hubungan kekal hingga hujung nyawa tidak kesampaian untuk ikatan yang pertama..
masing2 memilih untuk lebih bersedia.
yang perlu kini, ikut saja angin takdir..
terlalu awal? itu yang saya fikirkan. sebab itu selepas 2mggu kejadian putus berlaku, dan dia menghubungi, saya cuma berbasi2 3-4kali lalu 3bulan saya terus berdiam diri. waktu itu apa pun perkara saya tak mahu fikir, jodoh, apatah lagi.
sehingga raya yang baru ini pun, saya masih tidak menghubungi atau dihubungi, barangkali dia juga faham apa maknanya butuh waktu...
2mggu lepas raya, satu number hp yang saya langsung tak ingat siapa, menghulur sms terlebih dahulu. siapa? tanya saya. "saya" jawab dia. maka lepas itu kami berhubungan seperti biasa, tidak kerap, 2mggu sekali mungkin.
sehingga mahu berhijrah ke utara pon, saya cuma beritahu dia pada malam saya mahu bertolak, dan bermula malam itu, masing2 sendiri tak sangka, yang saya, dan dia, bakal mencipta laluan takdir segala atas ehsanNya...
.
p/s: lama saya tidak menulis panjang. rindunya..... pssstttt, ada yg kata saya agak terbuka diblog jodoh ini, tapi saya sedar, saya bukan siapa2, niat cuma mahu berkongsi sebuah perjalanan jodoh saya :)
3 comments:
tak tahu kenapa, tp saya rasa entrie ini sangat manis (read : sweet)..
semoga semuanya dipermudahkan utk awak..saya akan selalu doakan..insyaAllah..ada pelangi selepas hujan..kan.. :)
ehh..silap...patutnya komen tu di post dari CAHAYA MATA.. :)
p/s : tahukan blog CAHAYA MATA dh ON semula...?hehehe...saya ni memang ON-OFF orangnya...huhhh..!!
nur, wlau dah add kamu d fb saya tetap selesa kawan2 blog cuma d blog :), rindu kamu, kejap, saya singgah. ON-OFF mmg biasa bagi blogger tegar ahak ahak :D
Post a Comment