Nuffnang

Sunday, October 30, 2011

3 tahun lepas...

3 tahun lepas, saya jadi pengapit kepada pasangan pengantin, si isteri kawan baik saya. si suami, bundanya, mak angkat saya, jadi 3-3 kami, rapat.

pasangan pengapit saya, biar saya namakan edi. dia kawan si pengantin lelaki sejak dari zaman mrsm lagi.

saja nak cakap, hari ini edi dah kawen :), isterinya seorang doktor perubatan. mereka kenal sejak mrsm juga. mujur peramah. jumpa jer tadi waktu edi tgh makan beradap, terus terjah, "hai edi, co-pengapit saya 3thn lepas, tahniah ok!" sambil gelak2, padahal lepas bertugas jadi pengapit 3 tahun lepas, kami terus putus hubungan, haha! bila teringat macam malu2 plak. mujur edi stil ingat saya lagi, kalau tak tadi masuk dalam henbeg jer la kan.. haha.. mampu?? ahaks!

senario kawan berkawin dengan kawan sejak zaman sekolah mmg kerap dah berlaku keliling saya. anda, bagaimana pulak? saya macam tak percaya, ramai kalangan mereka bekerja di luar negeri, belajar hingga luar negara, tapi bila nak kawen, hujung2 kawan sekolah jugak yang mereka cari. cikgu2 kami sebenarnya dah ramai cucu dah tau, hehe!

saya, dia, juga satu sekolah, pernah bersekolah selama satu tahun bersama, tapi tak pernah berjumpa, atau waktu berjumpa dulu, masing2 tak kenal. sebab waktu saya di sekolah tuh, saya terus masuk form 3, dah kawan2 saya mmg kawan2 dari form yg sama. akrab sampai sekarang.. dan dia, juga mungkin tak kenal saya waktu tuh, sebab dia dah form 5 dan aliran kami pun tak sama..

ntah macam mana, selepas 13 tahun, baru dapat jumpa dan masing2 terkejut bila kami sebenarnya pernah satu sekolah dulu

:)

4 comments:

Ms.Lilies said...

batch aku ramai kawin sesama sendiri....

errrrr...
lain jantina la kan hehe...
ada yg dulu time sek ngutuk tak hingat...
hujung2 kawinn jua

;)
jodohkan lis

||alis|| said...

haa.. betol2 tuh kak.. ada yg ktukang komen pon ramai.. eh, ko nih tak sesuai la dengan dia..

last2 yg tak sesuai tuh la kawen :D

kawen lain jantina la akak :P

akak dah sihat? meh sms2. boleh? kita nak offline dah nih :)

AinNur Haris said...

ermmm..btul2..
belajar jauh2 seberang laut, last2 kahwin dgn rakan satu sekolah/satu kelas/satu kampung jgk..huhuhuu..

p/s : nak tulis satu entrie baru..berkait tajuk ni..khas utk cik alis.. :)

||alis|| said...

ain
rasanya ramai kenalan kita gitu kan ^__^
jap, saya tak jumpa blog cahayamata kamu, how T____T