saya pernah 'mengejar' sorang hafiz nih waktu usia saya baru 15thn.
haa... gigih tak tajuknya?
nama dia taufik. nih nama betol tau! sebab yakin boleh laa dia tak masuk blog picisan saya nih, maka boleh laa berani, eh. saya ingat lagi raut wajah dia. cerah, macam anak cina, tinggi sedehana, tinggi2 saya, putih, dan muka adalah aura 'sejuk dipandang'. pemalu, pandangan tak meliar, tapi baju dia boleh jer tee dan jeans waktu tuh, tapi kopiah putih tetap ada atas kepala.
wah, tetiba terkagum ngan kuatnya ingatan saya pada dia. yer, saya bab2 ingat info2 tak berapa membantu hidup mmg teror.
bagaimana boleh kenal? hmm.. oleh sebab peristiwa tuh dah lama dan agak malu saya nak ingat balik, maka saya cerita apa yg saya ingat jer la eh...
masa tuh saya, bunda, dan seorang teman baik ikut rombongan ke kelantan. dari melaka, ada 2 pit stop, satu tempat saya, satu tempat dia.
waktu nak gerak, mmg tak nampak la semua org, pasal bertolak lepas isyak.. maka lupakan ajer.
NEXT DAY
bila nak subuh.. kami stop kat satu surau nih, masa tuh baruuu nak masuk subuh. bila pakcik2 n makcik2 semua dah siap nak solat, alih2 dia, si taufik nih offer nak jadik imam. masa tuh suara dia... menusuk tau tak. menusuk?? bukan takat menusuk, dah menikam qalbu dah punya level! :D
apa lagi, habis solat, saya terus aim sapa mamat tuh. kawan saya dapat tau dan tuntas memberi info "weh, giler kau, dia tuh mamat hafiz kat _----____ la weh! anak murid ustaz kassim.."
MAK.
ustaz kassim merupakan guru adik lelaki saya juga, yg merupakan hafiz (kini bekas) kat sana jugak.
alaaa.. tak boleh laaa nak meneruskan pencarian. hmm... maka dengan penuh terpaksa, saya lupakan niat nak kenal lebih rapat sama si taufik itu.
oh, kenapa nak mamat hafiz, kopiah, bermuka suci, ye alis?
sebab mamat gini laa jenis tak pandang, apatah lagi kejar pompuan, heheee.. dan saya akan rasa tetibe hot bila masuk kelas di sekolah baru (setahun lepas saya pindah dari sekolah dengan asri), WEH WEH KAU, PAKWE DIA HAFIZ ANAK MURID USTAZ KASSIM TUH.. haha! sangat mual bila imajinasi liar mengusai diri masa tuh.
lepas habis rombongan, masa tuh kami cuma sempat berbalas pandangan 2-3 kali saja. sebab dia pemalu, saya pon pemalu *kuceng.
sampai dah nak balik dari pasar siti khadijah, alih2 bunda pulak dengan baik hati tanpa sengaja telah membelikan potongan mangga dan pass bagi taufik dan temannya.
aduh bunda! KENAPA??? kan tak pasal2 dah TERtahu nama dia TAUFIK (sebab bunda yg tanya, peramah betol bunda saya nih..)
maka lepas dia ucap terima kasih, saya pon tanpa sengaja, telah TERbeli sehelai baju tee, nak bagi pada taufik. gigih kan gedik saya masa nih? maaf. kejadian berlaku waktu saya belasan tahun. ntah semangat mana yg meresap "nak kejar mamat hafiz" pon saya tak tau la..
cuba soh sekarang? berani? tak. haha.
dipendekkan cerita, saya tak sempat pon jumpa taufik semula, walaupun rumah sewa dia dekat2 dengan rumah lama saya, malah pernah bertembung sekali, atau dua kat pasar malam, tapi ia bukan punca tercetusnya satu hubungan baru.
sementelah dia hafiz, saya bukan sesiapa.
dan takdir Nya pun telah menyatakan, jodoh pertemuan kami setakat disitu saja.
3 comments:
lis...ko pasti dia lom kawen???
ehem!
;)
mana tau kut2 ada jodoh lagi ;)
_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?2cdbade06a2d3e8a827f195e912bc8f2
kakmimi
confirm tak confirm, dia kat mana pon kter tak tau dah, lama sangat dah kisah nih, berbelas tahun dah.
marinahunny
takkan laa kot.. haha! kena pakai niqab kang, hilang imej rocks ai ;D
Post a Comment