Nuffnang

Sunday, August 28, 2011

entry dulu dulu.. perasaan yg juga dah berlalu..

sayang nak buang.. kerana aku hargai setiap perasaan yang pernah ada..

Khamis 15 april
masa nih saya dah hampir 2 bulan bergelar tunangan orang, tanpa pengetahuan awak. Sejak itu, saya bukan berada dalam kancah Mesir atau Libya, tapi lebih dahsyat dari itu. Perang dengan diri sendiri. Berapa kali saya cuba berlalu jujur dengan diri, berkali ganda saya semakin menipu diri sendiri. Saya akui, buat masa nih saya kalah dengan teruk sekali. Dan ajaibnya awak masih polos tak tahu apa pon. Saya dari dulu tak adil kan? Sebab saya salahkan semua perkara atas awak tanpa awak tahu apa2, bleghh..

Khamis itu menyaksikan awak kembali kepada Tiz, walau sebagai kawan *setahu saya* dalam facebook. Bermula dengan add Tiz *atau Tiz yg add awak* kemudian komen2 mesra kat wall, saya jadi saksi terpaksa. Adil kan.

Satu2 nya sebab kenapa saya menyuruh teman2 merahsiakan pertunangan saya di fb ialah hanya satu sebab bodoh *tak matang, tak mahu awak tahu saya dah bertunang. *tapi sehari lepas birthday Tiz, 14feb, awak tukar status kepada ‘in a relationship’, malah membalas komen teman2 dengan menyatakan “syukur kerana hadiah ini”* **bodoh, mode sekarang ialah melayan lagu2 yuna yang best2 giler, dan sekarang berjudul PENAKUT, memang saya penakut**

Macaroni dan keju- ialah benda yang saya pasti akan bagi awak satu hari nanti. Waktu tuh, saya dah benar2 ‘hilangkan’ awak dalam hidup saya sebagai watak saya ‘pemuja rahasia’.

Surat waktu sekolah- saya akan simpan. Mula2 saya kena fikir macam mana nak mintak balik. Dulu dah penah mintak sekali. dan awak bagi, lepas dua minggu, awak mintak balik. kata awak 'nih harta karun saya, awak tak boleh amek'

Teka- saya akan biar awak meneka apa yg saya nak cakap bila saat tuh datang. Ya, saya nak cakap selama nih saya suka dan sayang nak “hate you more than before”, but it’s useless, since I’m always next to never. And always become on the second guess.

Move on. Itu benda paling mudah, but yet, paling susah saya nak buat sekarang.

Saya berharap sangat awak akan kawen dulu sebelum saya. Sebab saya tahu macam mana nak handle perasaan saya. Tapi saya rasa, saya akan kawen dulu kot. Dah laa saya sungguh2 suka baca “sweet sour” sebab dalam cerita tuh sebijik macam kita. teruk kan.. but worse, zarul & lia sedar ada perasan yg masing2 masih sayang masa 2-2 dah jadi suami-isteri org lain. Dasat kan? Tapi endingnya, heroinnya sayang dan pilih suami dia. saya harap saya akan jadi macam heroin tuh. Eh, alia tuh heroin ke? Haha.. ok nak tido la. Tak iron baju keje pon.

17apr2011, 10.35pm.
Hari ini, saya bekerja dalam keadaan yang hamat-hamat-hamat jiwa kacau. Bila tahu awak cakap “I love you” kat tiz. Dem. Macam mana saya boleh tak perasan yang selama nih jiwa yang mengikat awak bulan febuari itu ialah tiz? Kenapa saya boleh fikir orang lain? Kenapa bukan tiz?

Sebab kata awak,
tiz ialah wanita yang tidak akan laku dimata awak walau tiada wanita lagi di dunia ini, saya tau, itu tipu!
Sebab tiz ialah wanita yang tidak layak dimata bonda awak. Dari status dan semuanya. Semuanya sekali.
Sebab saya ada, mampu ganti tiz.
Sebab… sebab.. banyak lagi sebab. Saya tak boleh nak bagi semuanya. Saya ingat laa...
Awak yang lupa. Awak pelupa. Tapi awak ingat lagi tentang waktu kita masih di waktu sekolah.
Aku- kenapa susah sangat nak buang kenangan2 lama?? Kenapa susah sangat nak lemparkan semuanya jauh2??

------------
masa nak publish n3 nih, aku tersenyum jer. dangkal sangatkah aku dulu?
shallow sangat ke dulu? yer. jawapannya YA! :)
berulang kali aku akan tetap cakap benda yang sama.
dia cuma kenangan. kadang yer, akan teringat. tapi bukan sebab rindu.
dia juga baik, sampai sekarang, jika ditanya, itulah jawabku.
cuma sekarang dah benar2 over dengan semua nih, dah memang takde jodoh.

dan kata orang, baik saja tak cukup..
dulu aku ada terasa kesal. tapi sekarang aku lebih aman.

2 comments:

Beruwang said...

sabar dengan ketentuan itu..


selamat hari raya aidil fitri

||alis|| said...

thanks for the support uncle, salam aidilfitri juga, raya mana tahun ni? kot sesat ke melaka, halo2 la alis :)