tak lama lagi, blog nih mungkin akan ditutup. atau dipindahkan ke blog baru, kisah baru.
sebab niat aku dulu create blog nih hanya semata nak mencari siapa fahri ku. tak sangka, Allah beri aku cuma 2 tahun untuk mencari fahri sendiri, kemudian gagal, lalu dihantar terus dihantar depan pintu guna currier (ok sumpah tak lawak dan tak comel.)
benar, bakal jodohku ini benar2 datang depan rumah. di saat aku tak berusaha sedikit pon, dia datang, bersama bonda dan kakak... magic kan aturan Tuhan itu? benarlah kata yang pernah aku dengar, "gembira itu akan datang disaat kau benar2 dalam keadaan sedih dan tidak terjangka"
mungkin aku akan wujudkan blog baru. blog berkisar tentang apa manisnya cinta lepas kawen. (sekarang aku masih lagi jiwa batu, keras, disuruh lemah lembut oleh ibu pon aku belum rasa nak buat lagi, batu la katanya...)
maka persoalan "jodoh itu mana dan siapa", mungkin akan terjawab tak lama lagi.
10 comments:
tahniah cik alis...dah bertemu dengan si dia....
moga jodoh berkekalan...
bila majlis nya???
tahniah cik alis...dah bertemu dengan si dia....
moga jodoh berkekalan...
bila majlis nya???
salam puteri berudu, kihkihkih!
bila dan dimana masih lagi dlm perbincangan... tapi masih di melaka ;)
tahniah sebab dah jumpa empunya tulang rusuk
nnti jgn lupa inform blog baru tau...along nk baca jua...
mungkin itu jodoh yang tertulis buat alis..
seribu tahniah alis..hhehhee...
selamat membzkan diri anda..
uncle:
say tak mahu tanya uncle 'bila lagi?' sebab sumpah saya sendiri sangat jengkel ngan soalan 'bila lagi' tuh. saya doakan uncle menemui cinta yang buat uncle rasa nyaman dan tenang bila bersama si dia. cinta yang bukan kerana dia sempurnakan uncle, tapi cinta dia yang buat uncle rasa sempurna. amin.
along
along nih dekat tapi jauh dengan saya. tiada blog atau email kah? mahu kenal lebih jauh. terima kasih atas doa. bz? blom lagi.. lama lagi tuh.. ;)
salam kak alis, sy pembaca senyap blog akak ni..tahniah kak telah berjumpa si tulang rusuk..akak merupakan inspirasi sy..semoga akak berbahagia insya Allah..:)
-ain
salam ain..
terima kasih atas doa. inspirasi? jangan dik.. tak larat nak tunggu selama akak, 14thn ;)
apa pun jangan mudah kalah dalam pencari tuan empunya rusuk kamu ya... ;)
pasni dpt title 'cik puan lady' larr fulakks.. kanns
en_me: hahaha.. amin. makaseh ;)
Post a Comment