Nuffnang

Monday, January 17, 2011

kelab jodoh?

aku rasa mahu wujudkan kelab jodoh laa disini. boleh tak agak2 nya? kerana memang dari awal lagi, wujudnya blog ini ialah supaya aku, dan kawan2 baik ku yg kebanyakannya masih bujang, berjumpa siapa2 antara kamu2 atau dimana2, akan terjumpa jodohnya.

nasibku dah hampir nampak, jodoh benar2 hadir depan pintu rumah. nasib seorang lagi kawan ku, jodoh di pintu ofis. manakala lagi dua kawan baikku, belum tau nasibnya bagaimana.

aku nak cerita kawan bujang pertama dulu yer...
FL namanya. 28 by year. perwatakan ceria. sangat disenangi pelajar2nya. anak tunggal, ayah telah meninggal dunia sejak dia berusia 3tahun. bundanya tidak berkahwin lain selepas itu. mereka hanya 2 beranak tapi gembira menjalani hidup. bunda masih bekerja di jabatan kerajaan. sudah punya aset kecil2 sendiri. kira kalau jadi ko basuh kaki jer baii.. haha!


ok, tak lawak. masuk rumah kaki kotor malaikat tak masuk.

FL bekerja di sebuah universiti awam di shah alam. suka menonton wayang. jalan2 cari makan. tahu tempat2 makan sedap. PENDENGAR DAN PEMBERI PENDAPAT YANG AMAT BAIK. tidak suka sebelah mana2 pihak jika mahu mendengar pendapatnya. aku antara testimonialnya yg selalu mendapat nasihatnya.
(*sedikit lagi, kerana kebanyakan pendapat2 dia laa.. aku menerima hakikat jodohku di depan pintu rumah.)

FL, hamat2 pemalu ya amat dengan orang asing. tapi kalau kami bertiga keluar, suasana bertukar ceria. dia juga ibu angkat kepada anak angkat kami, atas alasan "jika tidak berkahwin, masih punya seorang cahayamata". anak itu sudah setahun 6 bulan. FL dipanggil umi. aku dipanggil mami.

lagi buat aku sedih, katanya semalam.. "tak apa laa.. janji aku dapat tumpang bahagia ko dan Y (teman baik kami juga, mama kepada syifa)... dapat tumpang kasih sayang syifa.. pada aku dah ok dah..

ok. aku tahu dia tipu sunat. sebab aku tahu dari dalam, dia menjeruk rasa. FL, aku kembar kau, ko tak mungkin dapat tipu aku la! (terpaksa shout out sebab kadang2 dia akan masuk blog aku secara rahsia..)

bantu aku untuk bantu kawan ku ini. aku bukan beria, cuma ini sebahagian usaha aku buat seorang yang aku rasa sangat baik sebagai seorang khalifah, teman dan guru, tetapi dia mampu dapat yang lebih baik untuk dirinya. itu yang buat aku sedih.

mana tahu, bila aku buat penyataan begini di blog, jodohnya ditemukan melalui cara ini kan. dapat gak aku pahala. pahala bantu orang dirikan masjid nih. sampai hujung nyawa diberikan kita. tak mahu kah?

nota: mungkin blog aku nih tak seberapa glemer.. namun aku minta budi dan jasa baik siapa yang punya calon2 yg sesuai untuk kawan baikku ini untuk diperkenalkan. dia sedih kerana sepupu rapatnya baru sahaja berkahwin. dan bertambah sedih kerana tidak lama lagi aku pula akan dapat gelaran baru.



imejin, kawan2 perempuan yang sayang dia, dengar FL sakit jer terus bagi bunga dan coklat.
*nampak ada 3 bar coklat kan? 1 bar lagi diberinya aku ;P
sweet kan kawan dia? oh, kawan dia nih pon masih solo lagi ;)




ini paling terharu. walau hangus sedikit, tapi bukan itu yg penting!
FL admit dia tak pandai masak,
tapi bila tahu jer aku demam teruk tahun lepas,
digigihkan diri bukak buku masak, masak untuk aku.
SIAKAP PERCIK UNTUK ORANG DEMAM! ko hader?? hahahaha!
(waktu itu aku duduk menumpang dirumahnya selama 4bulan)
she's so sweet!

alhamdulillah syukur amat, aku dikelilingi insan2 dipilih Allah yang amat aku sayangi.
dan yg paling penting, kasih sayang mereka pada aku melimpah ruah.


..dan bukan pula kerana harta benda. sebab itu takkan bawak ke mana..

.

5 comments:

Ms.Lilies said...

wuwuwu...
aku tacing ni baca n3 ko yg ni..

Anonymous said...

susah nk jadi insan yg memahami...hehehe...
*mood tetiba : along pun mummy angkat kepada anak BF yg dlm perut..hehhehehe...

||alis|| said...

kakmimi..
aku nagis masa karang n3 nih. sejak dia tahu akan berpindah alam baru.. dia sedikit demi sedikit terasa 'jauh'. ku plak beria bagai janji awal2 ngan dia, kalau apa jadi, aku tetap kembar dia.. T_T

along..
susah. alis pon bukan mudah nak fahami org sebenarnya. hahaha.. nak tunggu sendiri punya macam lambat lagiiii kan. tuh yg kena hangkut anak angkat awal2 ;P. eh pembawa rezeki juga sebenarnya anak angkat nih ;)

gadisBunga said...

saya nak masuk kelab jodoh. :)

HoneyBee said...

saye pun nk msk kelab jodoh.