10.11.2010
Tak sangka akhirnya, kisah Asri-aku benar2 sudah aku tamatkan. Benar2 rasa tawar untuk perjuangkan. Aku menulis pada Asri pada hari itu, aku beri 10point. Point yang selama ini aku simpan.
Antaranya;
-aku minta dia benarkan aku simpan kenangan setahun waktu kami di sekolah, kemudian setahun genap sepanjang 2009.
-aku ada menulis kisah perjalanan hubungan ini, 61 muka surat. Sebagai manusia pemalas nak menulis diari sendiri, aku kagum dengan diri sendiri tentang perkara menulis nulis ini. Aha!
-Aku fikir mahu publishkan perjalanan itu, disini, tapi, ah malulah! Takmau.
-aku tak penah mimpi dia kawen dengan aku, sebaliknya aku pernah mimpi jaga anak dia seramai 6 orang bila dia dan anne (makwe lama dia) bergado dan hampir bercerai. (orang cakap jika bermimpi ‘anak’, ialah masalah)
-dia masih kawan aku walau apa yg jadi selepas ini (ayat poyo jer nih, dia-aku takkan ada apa selepas ini!)
- aku dah lupa apa lagi point dia. Maaf.
Aku tak tahu selepas itu dia membalas atau tidak. Yang penting dia sms “kalau dah tu keputusan awak, saya tak boleh nak cakap apa”.
Klise.
Rupanya satu2nya doa yang paling lambat mahu dimakbulkan semasa ayahku tolong doakan di hadapan Kaabah tahun lepas, hanyalah kerana satu: DIA mau aku tahu, apa rasanya jika berharap sangat sangat sangat pada dia yang tidak kisah ini. Apa rasanya jika CINTA yang aku harap harap harap kan sangat ini, melebihi CINTA yang SATU, tak lain cinta padaNYA.
Malunya aku padaNYA.
Pastilah DIA tahu, siapa yang terbaik untuk aku. Kan? Lain kali… Jangan pandai2 nak masuk campur urusan paduka Yang Mulia. DIA MAHA TAHU.
Kini, bagaimana dulu aku pernah begitu mahukan perasaan itu, begitu juga aku tidak mahu sungguh sungguh pada rasa ini sekarang. Aku dah rasa tak perlu.
Sebab Asri 13 tahun dulu, tak sama dengan Asri 2009-2010. Aku rasa aku pon sama. Tapi Asri cakap aku tak banyak berubah.
Aku sudah tak ingin mencuba, semata mata hanya untuk merasa kecewa.
.
7 comments:
hmm....
kisah kita hampir serupa. cuma saya tak tuliskan point bagi dekat dia. cuma faham-faham sendiri. dan tamat.
hemmm.. tak faham sangat la..
GB
fikr2 mau gak buat2 faham sendiri, tapi kalau masa kwan dulu pun dia pesan: "awak kalau merajuk bagitau saya, baru saya tau awak merajuk..."
*&^&%&*$^%$^# sungguh! aku merajuk, then nak bagitau hang, then apa guna aku majuk? kan GB kan?
siti:
hehe.. at least hang faham apa yg hang tak faham ;p
saya pn pnah rase...em..kaum adam ni sama je ke ek???
fatraz
kite sama, jangan rasa anda berseorangan ok... meh lepak2 sini kongsi rasa suka duka... oh, hi ;)
:)dalam satu rumpun buluh. tak semua buluhnya sama fatraz..
kak alis. tenang kan diri ya.
lynn
makaseh. maaf amek masa nak balas komen, tak perasan citer dia ;P
makaseh lynn ;)
Post a Comment