Nuffnang

Tuesday, November 30, 2010

dulu lain, sekarang lain.

Bila belek n3 lama2 dalam blog nih, aku rasa jauhnya aku yang dulu dengan aku yang sekarang.

Dulu; aku rajin buat puasa sunat untuk pemberi pinjam rusuk kirinya pada aku.
Sekarang; puasa sunat 3 hari dalam bulan bulan hijrah pon aku dah lama tak buat.

Dulu; aku amat positif yang pemberi pinjam rusuk kirinya pada aku itu ada, Cuma aku yang tak pasti dia dimana.
Sekarang; KUPU KUPU DALAM PERUT DAH MATI.

Dulu; aku rasa aku baik, aku rasa laa…
Sekarang; aku rasa aku dah mula nak jadi jahat, aku rasa laa…

Dulu; aku tak jumpa Asri, maka peluang aku untuk melihat lihat pemberi pinjam rusuk kirinya pada aku sangat cerah!
Sekarang; lepas aku jumpa Asri, dan berpisah rasa pula dengan dia kini, aku rasa untuk bermimpikan pemberi pinjam rusuk kirinya pada aku pon, aku dah rasa tak perlu.

Dulu; aku mudah nak meluahkan apa saja disini as aku. Di blog aku yang “tak lawa tapi bermakna sangat” ini.
Sekarang; tak mudah lagi.. aku tabik those yang maintain blogger yang annoy tapi tetap disenangi ramai blogger lain.

Dulu; aku sentiasa mencari peluang untuk buat kupu kupu dalam perut aku sihat dan gemuk.
Sekarang; kupu kupu aku dah mati. Oh, nama kupu kupu aku tuh Jessica. Mendiang Jessica, atau arwah Jessica, mana satu pon sama jer.

Dulu; ramai blogger senasib ngan aku, solo, tidak berteman.
Sekarang; perghhh… dah berdua korang yerk?? Aku tumpang bahagia. Aku doakan korang bahagia, wink2!

Dulu; aku takut nak mulakan satu benda nih. Takut ketagih.
Sekarang; come to momma babeh! (ok, maksud ketagih disini tiada kaitan ngan ganja watsoever)

Dulu; ada masalah pon aku layankan… treat masalah as cabaran. Bukan masalah. Masalah hanya me-negatif-downkan anda. Cabaran pula, sebaliknya.
Sekarang; masalah baru nak mendekat aku dah meroyan!

Dulu; aku minat Hindustan.
Sekarang; aku masih minat Hindustan dan Saif Ali Khan, biar dia kapel dengan si kareeena kapooooor yang alamak-tak-lawa-nyer tuh... Aap Kiya Love by Saif Ali Khan kelmarin masih mampu buat aku duduk depan tv tanpa berkalih, biar commercial break, biar masa tuh rasa nak terkucil. I love Saif Ali Khan. Deeply, without any doubt. (Salam Namastee (with si preety zinta) is still a hugeeeeee LOVE! Thise songs: Tuh Jahan & My Dil Goes Hmmmhmmm…). (dinasihatkan, sapa yang tak mau kawen, tak mau anak, silalah tgk citer nih, siriyesssss ko akan rasa terus nak kawen, nak ada anak! Nak ada komitmen)

Dulu; lain
Sekarang; lagi lain. Aku tunggu aku menjadi aku yang baik dan positif semula. Kawan kawan, tolong bantu saya yer ;(

2 comments:

Iris said...

Alis:

S E N Y U M

okay.

||alis|| said...

iris

begini :) :) :) :)