Nuffnang

Wednesday, March 17, 2010

bila dia bicara tentang poligami...

dia, suami orang.

perbincangan hati ke hati berkenaan poligami berlaku agak lama dulu. sebelum aku berjumpa asri, selepas aku berpisah mata dan jiwa dengan asri.

dia:
sebenarnya, atas dunia nih, lelaki diuji dengan tanggungjawab, manakala wanita pula diuji dengan kesetiaan.


aku:
(angguk, setuju)


dia:
isteri saya (mualaf, 7 tahun sejak dalami islam) penah bersuara, dia kasihan dengan hak2 wanita islam jika terpaksa bermadu nih.. saya terkejut bila dia ucap macam tuh. pandangan dia harus saya betulkan. Saya bagitau dia macam saya bagitau awak tadi… tentang ujian… katalah, seorang lelaki itu beristeri 2, atau 3, benar, awak akan rasa dia bahagia sebab beristeri 2, 3 orang.. itu bahagia atas dunia yang awak nampak pada dia.. tapi di akhirat esok? Bagaimana?


Aku:
(diam, lama..)


Dia:
(senyum) Senyap jer.. Baik saya tolong jawab. Kan tadi saya cakap lelaki diuji atas dunia dengan tanggungjawab, kan? Manakala isteri ialah setia. Bayangkan atas dunia, berapa banyak tanggungjawab yang lelaki kena pikul? Pertama2 sekali, tanggungjawab terhadap ibu dan ayah selagi mereka masih hidup, kedua, terhadap isteri, ketiga terhadap anak2. Jika dia seorang pemimpin masyarakat atau kepada rakyat, lagi besar tanggungjawabnya.

Bayangkan isteri pulak, diuji sama kesetiaan, redha, amanah dan wajib menjaga rumahtangga. Lepas itu, tiada apa yang perlu mereka risaukan lagi, betul? Mereka hanya pegang satu buku. Suami beristeri satu dan punya anak2? Lebih dari 3 buku… beristeri lebih dari satu lagi la kena pegang banyak buku. Silap haribulan lepas dihitung2, isteri dan anak2 dah lepas dahulu, suami masih lagi perlu beratur sebab buku2 yang banyak dipegang waktu atas dunia dulu.


Aku:
Saya baru tahu apa yang awak cakap nih (benar2 wujud 1 kesedaran itu). Tapi saya juga tahu, bahawa atas dunia ini, suami atau isteri hanya pinjaman Allah semata, tak usah nak berfikir banyak sangat. Dan saya lihat kalau dulu, isu poligami ini dipandang dengan pandangan negative semata. Tapi saya rasa untuk masa sekarang, wanita sudah tak berapa kisah, atas sebab pendedahan ilmu yang datang dari pelbagai sudut. Lagi pon, kebahagian bukan terletak pada apa number yang si isteri tuh pegang.... (aku tak caya aku boleh cakap cam nih, tapi terima kasih pada perkongsian ilmu bersama HM Tuah, pembacaan dimana mana, luahan rasa bersama jawapan di akhbar2, mingguan wanita, etc.. )


Dia:
haa.. betul. Saya setuju. So awak dah sedia tak? (senyum dan pandang tepat padaku)


Aku:
(buat2 tak dengar dan terus berlalu…………)




ini macam sambil menyelam minum air...

Boleh?


.

5 comments:

Beruwang said...

HE HE HE
cakap memang mudah TAPI
sejauh mana kesanggupan menerima hakikat

||alis|| said...

ber_u_wang: try me. wa.. verlagak tak vangak2.. :P (tapi saya rasa apa2 pon saya nak no 1, sebab saya jenis tak reti nak gado. sebab kalau saya no2 (choi!), takut akak tuh carik gado ngan saya hari2 :P)

Ayu Zan said...

sambil menyelam minom air..ahahha

tajnur said...

Salam!
Bila kita bicara, biarlah mengukur dari sudut hukum. Mslah yg timbul skrg, bukan soal poligami atau tidak tetapi lebih kepada pasangan hidup suami-isteri dapat menegakkan hukum Allah spt ternyata dalam Surah AlBaqarah:230. Berdasarkan ayat itulah, jgn terkejut bila Imam Syafi`e dan Imam Nawawi rh. alaihima tidak kahwin sampai akhir hayatnya, janda Saidina Abu Bakar ra berkahwin dgn Saidina Ali ra, anak Saidina Ali berkahwin dgn Saidina Omar kw dan Saidina Ali ra dan Saidina Osman ra dapat jadi menantu Rasulullah saw. Kalau sanggup kahwin, pastikan kedua2nya terus menerus belajar AlQuran dan hukum2nya hingga akhir hayat! Wallahualam

I'm Seri said...

Alis....email saya kat sini ok.

ceritakehidupan10 [at]gmail[dot]com