Nuffnang

Wednesday, February 17, 2010

andai...

andai bisa waktu diputar
aku tak mahu kenali kamu

kerana
sebab kenal kamu
aku jadi seorang penunggu
penunggu yang merindu
penunggu yang tak menentu
apa yang dia mahu
apa yang dia temu
apa yang dia tahu


andai bisa kenangan itu dibuku
aku pasti tebalnya hampir oxford tiga suku
bukti 12 tahun perjalanan cinta aku-kamu
aku, penunggu yang tak kenal apa itu jemu
dan kamu yang mudah benar pergi berlalu


tapi dalam diam,
aku berterima kasih pula pada pertemuan itu
kerana jika ia tak ada
maka tiadalah 12 tahun berlalu
tanpa aku kenal
apa itu rindu
apa itu harapan
apa itu doa
apa itu putus asa
apa itu sabar
apa itu cinta
apa itu kalah


paling penting
aku kenal kamu
cukuplah



.titik.

7 comments:

Melatidaisy said...

sedih...

||alis|| said...

melati: jangan. nnt saya plak nangis... huhuhu..~

Mieza vs Rory said...

huhuhu...tacingg sgt

||alis|| said...

mieza vs rory: hi mieza... uhuuhuhuhu.. sedey ye.. saya dah tak tau nak rasa apa lagi :(
(btw kiter suka ngan rory & lorelai dlm gilmore girls :P)

AinNur Haris said...

yupp..!! sekurang-kurangnya "kita" kenal "dia"..walaupun sangat sakit utk dikenang, tapi itu juga satu anugerah.. (-,-)

"kita" dapat lihat satu sisi "dia" yg mungkin org lain tak nampak.. itu adalah kemenangan.. dan walaupun "dia" tak tahu sejauh mana terkesannya "dia" dalam hidup "kita", yg penting "kita" tahu.. siapa "dia" dalam hati "kita".. :)

cik alis.. yg indah itu bawa la bersama sepanjang usia..

** hugs.. take care ok.. :)

I'm Seri said...

Kenapa ya..setiap kali membaca coretan kamu...terasa macam kita sangat dekat.

apakah?


^___________^

||alis|| said...

salam:

ain: saya mmg suka tulisan/komen/gaya bicara awak, tengs :)

IRIS: itu maknanya awak, saya, dia dan ramaiiii lagi tak berseorangan dalam dunia nih :)