Nuffnang

Wednesday, January 6, 2010

ini kisah kak anne, aku tegar mahu berkongsi dengan kalian..

aku tak tahu la.. maybe nih sume nasib, tapi aku kira nasib aku baik la... aku punya teman2.. ramai... tapi yang paling best, tak ramai.

dalam ramai ramai tuh... paling best:

2 darinya ibu tunggal muda (27 & 32 tahun)
2 darinya masih lagi bujang (26 tahun)
2 darinya sudah bergelar isteri, ada pendidikan, tapi memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa)

6 orang mereka ini memang mampu buatkan aku selesa. dari 2 temanku dari ibu tunggal, seorang akhirnya sudah berkahwin semula. alhamdulillah. 2 si bujang, mmg klik denganku, sama susah sama senang. 2 surirumah pula, pakar memberi pengalaman menguruskan rumahtangga :)

aku senang sangat2 dengan mereka ber6 ini.
-------------------------------------

namun hari kedua aku berkerja di tempat baru, aku punya jodoh bertemu dengan seorang kenalan baru. kisahnya sangat menarik untuk dikongsi bersama.

-------------------------------------

kak anne, seorang wanita yang kuat semangat pada ku. kalau aku dipilih menganti tempatnya, sumpah, rasa2 aku tak mampu... sigh.

dia mendirikan rumahtangga bersama lelaki yg dia cinta. mahligai bertahan selama 10 tahun. aku kira agak lama juga. tapi tidak dikurniakan zuriat. sementalah, dia mmg tak suka budak2, maka dia rasa tuhan itu adil dan maha mendengar, maka bilamana doanya untuk tidak mendapat zuriat, dan doanya dimakbulkan tuhan, aku rasa agak adil untuk dia, kan?

dalam tempoh 10tahun itu, dia sambung belajar, maka urusan rumahtangga tidak banyak dilakukannya. setiap malam, gerai makan atau makanan yang ditapau menjadi pilihan untuk santapan suami.

mungkin kerana agak lama, anak tiada, urusan rumahtangga tidak dijaga rapi, maka sang suami mula bersuara sedikit, bukan marah, tetapi lebih menasihati, aku kira, 10tahun kemudian, baru bersuara, agak lama.

langkah pertama, dia membenarkan suami berkahwin lain, jika zuriat yg menjadi persoalan. padanya, suami ini hanya seorang manusia, hanya pinjaman buat dirinya, maka atas sebab tidak mahu sebarang soalan2 remeh ditanya kemudian hari, kebenaran untuk memberi hak suami memadukannya, terlaksana...

tidak lama, suami memberitahu : "saya tak boleh menyayangi dua dalam satu masa." maka, kak anne minta dilepaskan secara baik. tak mengapalah. sebab padanya, memang salah dia atas semua yg terjadi. maka sehingga kini, dia dan bekas suami serta bekas madu, masih berkawan baik. sebab tiada apa yang mahu digaduhkan.

setelah dua tahun hidup sendiri, dia bertemu jodoh kali kedua, kali ini, dia pula yg ditakdirkan menjadi madu kepada seorang wanita. pasrah. setelah ayah dan ibu tirinya setuju, dan kata lelaki itu, isteri tua sudah memberi izin, maka sama2 berlepas ke Dubai, atas urusan kerja, dan selamat bernikah disana.

menetap setahun di Dubai kerana mengikut suami bekerja disana, isteri tua tidak mengikut kerana menguruskan anak2 yang masih sekolah, maka kak anne menjalani kehidupan sebagai isteri kedua, dan merasakan, inilah impiannya selama ini. hidup bahagia disamping suami yang menyayangi dirinya...

selepas setahun, pulang ke malaysia, baru kak anne tahu, kehadirannya sebagai isteri kedua tidak diketahui langsung oleh isteri pertama suaminya. lantas konflik berlaku. kak anne mahu mendaftarkan perkahwinannya di malaysia, namun disambut dingin oleh suami, selama 3 bulan didesak untuk mendaftar, namun tiada balasan dari suami.

setiap hari, sejak itu, kak anne 'diserang' oleh madunya. dihambur kata2 kesat melalui telefon, perkara biasa baginya. madunya merupakan pensyarah IPT lulusan Mesir.

"kenapa menentang poligami? kamu lebih maklum dari saya" kak anne bertanya.
"tiada apa. tapi saya mmg menentang poligami dari segi apa pun!" tegas madunya.

maka setelah sekian waktu, tiba2 kak anne ditinggalkan, tanpa nafkah, sehingga 6 bulan berikutnya. simpanan rm40,000 lebur begitu sahaja selama 6 bulan demi menampung hidup yg tiba2 digantung tanpa tali. sungguh kak anne tak percaya, lelaki yg dinikahinya semasa di Dubai, dan semasa sudah pulang ke Malaysia, bagai dua manusia yang berlainan! 360darjah berubah.

masa inilah, hidup kak anne bagai tak keruan. iman yg ada jadi bekalan.

sesekali, bekas suami hadir membantu serba sedikit. mungkin kerana sisa sayang masih ada. 10 tahun pernah hidup bersama, pasti tak banyak, sedikit pasti akan dibantu. namun kata kak anne, setakat itu sahaja..

....."kami tidak berjumpa, hanya telefon atau sms, kerana dia suami orang, dan akak hanya bekas isterinya..." sayunya hati aku masa mendengar cerita kak anne.

aku belom bagitau kamu kamu semua yang kak anne nih anak yatim piatu dan hanya ada seorang kakak, kan? arwah ayah kak anne meninggal dunia sewaktu kak anne baru pulang dari dubai. manakala kakak pula, tinggal jauh darinya. adik2 dari ibu tiri ada, tapi tidak rapat...

"kalau ada mak ayah, boleh akak mengadu nasib, tapi akak sebatang kara, tiada siapa2 lagi kat dunia nih, mungkin sebab tuh ex husband akak pon kasihankan akak..."
-------------------------

macam cerita novel, kan? aku rasa berat dugaan yg ditanggung kak anne, tapi dia kulihat seorang yg tabah. dan sangat optimis. sentiasa positif orangnya.

parasnya cantik pada pandangan aku. kulit halus dan putih, rupa bagai seorang cina. bertudung dan sentiasa tersenyum orangnya. kelulusan? master dari US.

lantas, apa lagi yang kurang? ok dia tak suka kanak2, aku tak boleh nak buat apa tentang itu, tapi itu boleh diubahkan? sebab orang kata, belom jadi ibu, ada wanita mmg tak suka kanak2, tapi setelah 9bulan mengandung zuriat sendiri, mengulir darah daging dalam diri sendiri, wajiblah akan hadir perasaan sayang tuh, kan?

--------------------------

aku berkongsi semua ini, kerana aku rasa aku perlu berkongsi kisah ini dengan kalian. buat ikhtibar, amek serba sedikit pengajaran, tak perlu banyak, sedikit pon jadik la.. dimana antaranya kalau kita rasa kita nih malang, ada lagi org yg lebih malang dari kita.

ok la, aku nak lunch ngan kak anne jap. bai.




.

15 comments:

Jard The Great said...

wow... ehehe.. idup ku blom cukup garam rasanya bile ku bc entri neh..

Unknown said...

salam,semoga k. anne tu tabah...yg penting bukan semua lelaki mcm gitu...Ujian Allah keatas hambanya pelbagai...

||alis|| said...

jard: samalah kiter.. terasa macam kiter nih kecittt sangat, kan?

zlan: salam. yer, yg penting bukan semua lalki cam tuh~ alis setuju :)

Ms.Lilies said...

lama aku x lepak sini..hehe..
aku pun skrg pk cam tu gak..
kalo rasa hidup dah susah sbnrnya ada lg yg lebih susah dr aku...
jd redha itu lebih ikhlas...

||alis|| said...

kakmimi: mu takyah susah2 hati sgt kak.. jaga diri jer baik2 cukup, hehehe~

myQza said...

InsyaAllah.

masing2 punya cerita hidup yg berbeza tapi penghujung yg sama

||alis|| said...

tedi: harap2 sume happy ending, kan tedi, kan? kan?

G-HaD's said...

salam k.alis...
sy pbce tegar blog kamu!!hiiii...
addicted dh ni...de ubat x??;p
k.alis...yg tzahir x slalu same dgn yg d dlm kan??
mge k.anne trus tabah...insyaallah ;)
sayang k.alis jge!!
time kasih atas droppan doa...hiiii

||alis|| said...

S: aduhhh.. tegar?? jgn.. ubat dia takde kat sini.. hehehe.. mantap2 company yg kamu mohon, semoga dapat jawapan yg ASAP, amin :)

CIK IZ said...

salam :)

first time singgah dan terus jatuh hati!

thanx kat jard coz dia yang kasi link kat page cik lumut.

memang macam dlam novel..
tabahnye kak anne.. kirim salam ye! :p

~ salam ukhwah ~

||alis|| said...

salam cik IZ:

wawa... terharunyer alis! jatuh hati? huhu... makaseh!

twink2.. ;)

any, salam ukhwah jugak cik iz :)

Melatidaisy said...

salam ukhwah..

sedih nye bace cite ni..(T_T)

||alis|| said...

melati: salam awak.. :). betol laa, tidak orang, tidak kiter, nasib kak anne jenis happy2, kurang laa terasa sedihnya..

AinNur Haris said...

owhh..tiba2 rasa takut..risau..curiga..

SAYA sudah terlanjur mencintai seorang duda.. apakah nasib SAYA esoknya..? emmm.. (-,-)

||alis|| said...

ain: ishhh.. tak baik fikir semua duda sama.. ayah saya juga duda sebelum bertemu ibu :), dan saya tak mahu tukar ayah saya dengan apa pon :P