aku boleh jadi seperti Aisyah..
Untuk Fahri yang tak pernah meminta
Tapi diberinya segala yg ada
Termasuklah menikahi Maria
Demi niat kerana Allah semata
Walau jiwanya parah terluka
Itu korban dia sebagai wanita
Cemburu, akan tetap ada
Sama mirip dia dan si Humaira
Sang isteri kesayangan baginda
Mungkin tidak sempurna mana
Namun bila redhanya atasi semua
Balasan tertinggi InsyaAllah ialah Syurga.....
aku mampu jadi seperti Nur Amina
Yang juga setia menantikan Adam
Walau hatinya terisi sedikit dendam
Namun
Rindu Nur itu, tidak pernah padam
Sayang Nur itu, tidak terlalu dasar dipendam
Biarpun hadir Katrina, hanya lebih meremuk-redam
Langsung nama sang Adam hampir tenggelam
Bila mana hasrat Nur sekian lama terendam
Yang mana hampir hampir mahu karam...
Nur Nur Nur..
Setabah mana pun wanita ini
Sekuat mana dia memegang janji
Dugaan pasti datang untuk menguji
tak mengapa, pujuk pada hati
Allah itu wujud dalam semua sisi
aku bukan Aisyah yang cantiknya hingga perlukan sehelai niqab
aku juga bukan Nur Amina, dimana setianya tidak pernah disukat
dalam pada sama
aku kagum sama sifat kerahsiaan diam dalam Maria
aku sanjung sifat menunduk akhirnya dalam Katrina
walau hingga hujung nyawa kedua mereka,
berakhir sama tidak memiliki
.Fahri.
.Adam.
sedar diri. mungkin juga
Cinta, mana boleh dipaksa paksa
lagi paksa, makin menjauhlah ia..
.
6 comments:
salam ukhwah ..
subhanallah..nice words..salam kenal:)
sedih ye baca alis..sangat sweet kata-kata ye..
melati: salam awak.. terima kasih, dah semestinya yang baik dari Allah :), saya pon tak sangka idea mencurah.. :)
siskhai: salam kak.. alis sendiri terharu laa bila baca balik.. huhu.. thanks kakak :)
Salams.
Wah. Saya kagum. Indahnya ayat2 cinta ini.
Alhamdulillah. Teruskan berkarya.
emm.. awak juga boleh menjadi setabah Aisyah dan Nur Amina jika diuji sebegitu hebat.. Allah lebih tahu siapa yg layak diuji..
semoga awak bertemu "fahri" dan "adam" yg ikhlas dan sejati cintanya.. :)
IRIS: terima kasih awak :). salam ukhwah~
ain: itulah yg sentiasa dlm doa saya :)
Post a Comment