Nuffnang

Tuesday, November 24, 2009

erkkk...

.........................."kakak, usia tak penting kak... janji hati sama faham memahami......."


cubaan seorang pakcik dalam menemukan aku, yg dah 27, going 28, dengan anak sedaranya yang baruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu 22!


apekah???


ngah, ko agak2 nak panggil 'abang ipar' ko nih abang ke adik eh... huhuhu~












hi guys, saya tak tolak kalau jurangnya setahun dua.. ini 22..??? adik saya yg dah 26 and suami dia 28 pon pening nanti nak panggil apa kat 'dia'.. :).

setakat nih saya anggap dia adik jer sudah...


p/s: tidak, pendapat saya bukan mewakili siapa2.. 1 of makcik teman saya bersuamikan 20 tahun lebih muda dari dia. takde isu pon, masih bahagia even dah hampir 10tahun berkahwin. up to hati masing masing kan....




peace V


.

Monday, November 23, 2009

sudah diperdengarkan, mungkin....

Doa2 ku mungkin sudah didengarkan di suatu tempat dimana setiap doa didengarNYA dan insya Allah, tidak akan ditolak. Ayah yang tolong doakan. Mungkin sebab itu, maka aku rasa dah mula tenang. Dan nampak jalan kenapa ianya berlaku.




Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


.Senyum.

Monday, November 16, 2009

melawan sebuah rasa itu bukan mudah ya..

bukan mudah nak melawan rasa ini.. bukan sesuatu yang mudah. sungguh.

mulanya aku rasa satu dunia berpihak padaku. aku yang dianiaya perasaan lahir dan batin. dia yang tak pernah mahu mengerti.

dia.
dia.
dia.

semua salah dia.






tapi..
lepas semuanya kembali rational, aku jadi gugup.


salah diakah kerana aku tunggu dia tanpa pengetahuan dia?
salah diakah jika sekarang ini aku hanya kawan dimata dia?
salah diakah bila dia terpaksa menjelaskan duduk perkara yg berlaku padanya selama 12 tahun ini?


bukan... bukan salah dia sebenarnya. semuanya salah aku.






kerana aku tunggu dia tanpa pengetahuan dia.
salah aku sebenarnya jika sekarang ini aku hanya kawan dimatanya.
salah aku bila dia terpaksa menjelaskan semua perkara yg berlaku 12 tahun lalu..


dia tak tahu apa apa. kasihan dia.






maka dari menuding satu jari kepadanya dan 4 lagi kepada aku; aku memilih untuk damai. biar masa yang tentukan. biar apa pon aku, siapa pon dia selepas ini.

aku hanya mahu damai. lagi pun, itu yang terbaik. minggu lepas aku titipkan sesuatu padanya, yang paling akhir dalam pilihan: "saya mahu jadi sahabat awak sampai bila bila"

giler ke hapa? from someone yang kau admired and tunggu berbelas tahun.. akhirannya kau mahu jadi "sahabat" dia sahaja? orang bodoh akal jer yang mahu begitu.

kejap. aku nih belajar tak pandai. tapi jiwa aku cepat puas. mudah kalah dan senang terima sebarang situasi, walau besar mana ia berlaku.


lagipun sering kali aku pernah bilang, dunia ini terlalu singkat untuk sebuah kebencian.







kamu setuju sama aku, kan?




.