----------------------------------------------------------
12 tahun...
terlalu banyak rupanya kenangan.
walau hanya melalui surat surat ini..
dari kertas buku rampaian yang mula bertukar warna kuning;
kertas kajang bertaip kemas;
kertas bunga bunga bertulisan tangan;
sampul surat berkartun;
sekeping kad ucapan tahniah...
pen berdakwat yang berwarna warni..
biru, hitam, pink, hijau, hingga ke oren..
bermula nota nota kecil berlipat lapan tahun 1997..
dan kad kad raya bercop pos malaysia 1999...
dan akhirnya dua helai surat terakhir pada Y2K...
aku memang sedia maklum...
selama ini asri menyimpan semua surat2 ini,
semuanya, dengan kemas.
surat2 ini baru seminggu bersama aku.
membaca semua surat ini semula...
membuka laluan kepada kenangan aku 12 tahun lalu..
Membaca semula surat surat ini…
Menjadi bukti betapa berkali kali aku berkorban perasaan aku…
Semata mata tidak mahu orang lain berasa sedih dan tidak dihargai..
Pertama kali;
Aku berkorban rasa kerana Ain.
Kedua kali,
Aku berkorban rasa kerana Tasya.
Kali ketiga,
Aku berkorban rasa kerana perasaan tidak pasti dia terhadapku.
Pertama kali dan kedua kali;
Aku masih boleh bertahan...
dan setia menunggu masa yang sesuai..
masih menaruh harapan agar doaku dipenuhiNYA...
Namun untuk asbab yang ketiga;
Aku kalah.
”setakat ini saya anggap awak kawan saya, tidak lebih dari itu”
Cukuplah.
Aku dah mula rasa kasihan pada diri sendiri.
Menunggu sesuatu yang tidak pasti sebenarnya adalah sangat penat.
apatah lagi menunggu untuk jangkamasa selama ini.
.....dua belas tahun.
Aku letih. Aku keliru.
Kecewa? Sebenarnya lebih dari itu.
Terasa macam nak gila.
Bayangkan; 12 tahun menunggu...
Mengharapkan yang terbaik hasil dari menunggu itu,
Bila dia dah betul betul berada depan mata,
Kau bukan sahaja ”kawan biasa” dia;
Malah kau tiada harga pada pandangan mata dia.
Cukupla. Aku kena berhijrah. Sejauh mungkin.
Kerana disini, sungguh, tiada apa yang tinggal untuk aku.
membawa diri? mungkin ya. sebab dia? tidak 100%.
sebab kerjaya baru menuntut aku untuk berhijrah.
aku menulis ini bukan atas dasar mahu simpati teman teman..
aku cuma mahu berkongsi kesedihan, keperitan, kekecewaan.
mujur aku masih ada Tuhan.
mujur aku tak lupa ibu ayah.
.....
apa?
mencari Fahri?
oh... itu masih lagi. untuk ini aku tidak pernah mahu mengalah...
malah dalam penghijrahan yang bakal berlaku tak lama lagi ini;
aku benar benar harap aku berjumpa dengan FAHRI.. Amin!
doakan ya kawan kawan.. :)
(ini pertama kali n3 ku ber-attach gambar, kan? untuk pengetahuan, aku kena pulangkan surat surat ini kepada Asri, sebab katanya, surat2 yang aku beri ini, semua milik dia, kalau mahu, ambil saja surat2 dari dia untuk aku. sekali lagi aku sebak, dia boleh sayang giler kat surat surat aku, tapi aku............?? haih.. pelik sebab dengan surat aku boleh 'kalah'..)
.
.