Nuffnang

Saturday, August 29, 2009

nakal!

.


Oke, nak admit nih, petang tadi aku shopping barang nak masak for berbuka. Tak tahu kenapa, sejak aku masuk bahagian barang basah (ikan, siput sedut, udang, sotong) aku mula terserempak dengan seorang lelaki nih. Gayanya cam org bekerjaya, pakai baju kemeja lite lite pink and striped (oke la masih boleh diterima).

Masa 1st time bertembung tuh, aku masih tak rasa apa. Tapi bila aku masuk bahagian roti, jumpa dia, masuk bahagian sayur, jumpa lagi, last sekali msa kat kaunter pon, kami sebelah sebelah line jer… aku dah mula rasa macam “ehhhh……” gitu. Pastu, ntah mana setan masuk badan aku nih (padahal bulan puasa nih), aku main2 mata ngan dia.. ahaha!

Gelabah mamat tuh gua cakap lu…. Hehehe! saja nakal. bulan puasa plak ko bleh nak nakal eh alis... haih.

p/s: oke, mamat tuh tak laa mamat sangat, mungkin nama dia muhammad, usia dlm awal 40-an, tapi lihat dari barang2 dibelinya, rasanya 1) dia mungkin duda 2) mungkin bujang terlajak 3) mungkin dia bujang. 4) mungkin dia bujang, ahahaha!




.

Thursday, August 27, 2009

niat

Mungkin hipokrit sedikit, tapi aku takkan cuba mahu jadi yg baik sahaja. Aku mahu (lihat tiada perkataan “cuba” dlm ayat ini…), ulangan, mahu khatam al-quran atas 3 hal, hal pertama rasanya tak perlu disebutkan, aku mahu share niat kedua dan ketiga aku. Niat kedua, aku mahu benar2 dipertemukan jodoh sekurang2nya sebelum aku berusia 29. niat ke-3, aku mahu sambut hari lahirku di tanah suci 23 mei tahun hadapan. Benar2 mahu.

Kalau Allah sudi perkenankan niat ku ini, tiada yg lebih bahagia dari ini dapat aku fikirkan. Infiniti bahagia aku rasa! Agak2 kalau aku terasa “malas”, “penat”, aku akan terus ingat niat aku yg 3 ini, terus automatik, aku rasa segar. Setakat ini alhamdulillah, surah aku bergerak selari dengan jumlah puasa.

Tadi, dapat berterawih di taman rumah sewaku. Suka5x dengan suasana surau dia. Sejukkkk jer. Tapi aku terpaksa duduk di saf hujung, bersebelahan dengan saf lelaki, yg mana kami dipisahkan dengan hanya sehelai tirai yg agak ringan, bukan telus, tapi sedikit ringan.

Maka, ada masanya, aku ternampak dengan tidak sengaja, kain pelikat, dan sebelah kaki jemaah lelaki, tiba tiba saja aku terasa syahdu, ya bukan sebab kaki lelaki tuh, tapi sebab aku terasa, alangkah, jika aku punya suami... ironkan baju melayu, kain pelikat dan siapkan kelengkapan berterawih dia, selepas berbuka bersama... aduhai..

Aku sungguh percaya, tuhan itu punya rancanganNYA paling agung untuk aku, sebelum aku berjumpa dengan dia, suamiku, yg aku siapkan baju melayunya untuk terawih tahun hadapan, amin...~

Tuesday, August 25, 2009

selingan ini sungguh terkesan (untuk aku)

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail...
Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. ..
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
Dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. ..
Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.


Jika kamu menadah air biarlah berpada...
Jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
Cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak...
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi...


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
Boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.. .
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .
Kamu akan menyesal...


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...




.

Saturday, August 22, 2009

LCD

malam tadi masjidku punya perubahan..

terpasang satu LCD kecil... ingat ku konon mahu laa ngintai2 bujang yg berterawih...

hampeh...

semua saf 1 ialah pak iman 2, siak, dan pakcik pakcik..

alahai...

:P

Tuesday, August 18, 2009

msih mencari cinta?

Ramai yang ingin bercinta sebelum berkahwin. Bagi mereka, apabila bertemu seseorang yang dapat menyentuh hati dan perasaan seperti di dalam filem-filem telenovela Korea, atau filem-filem Hindi barulah mereka akan bersedia mendirikan rumahtangga.

Selagi belum ada yang boleh mengusik hati dan perasaan, mereka akan menganggap semua itu bukanlah satu cinta sejati. Lalu mereka akan menjalani hidup mereka dengan berkhayal untuk menjumpai “Mr Right” atau “Ms Right” mereka.

Mereka akan berasa gembira dan ingin mendirikan rumahtangga apabila individu-individu ini tiba-tiba muncul dalam hidup. Itupun setelah mereka “betul-betul mengenali” individu ini, berselisih faham, bertekak dan berbaik semula, BARULAH mereka mendakwa diri mereka sedang dilamun cinta.

Apabila mendirikan rumahtangga, perasaan cinta itu dibawa bersama dengan harapan ia akan terus kekal begitu. Ramai yang terlupa atau tidak sedar bahawa tanggungjawab suami atau isteri adalah berbeza sekali dengan tanggungjawab sepasang kekasih, ia tidak terhad kepada menghantar dan menjemput dari tempat kerja sahaja. Ia lebih daripada itu.

Ada pula yang terlampau “bahagia” sehingga melupakan kedua orang tua. Ada juga yang berasa tertekan dengan kehadiran anak-anak yang dikurniakan oleh Allah.

Akhirnya alam perkhawinan mereka tidak menjadi seperti yang diinginkan, tidak seindah filem-filem telenovela Korea atau filem-filem cinta Hindi kerana ia akan diselubungi dengan pelbagai masalah...


.

Sunday, August 16, 2009

ada beranikah anda?

AMARAN : INI ADALAH KISAH BENAR…SILA JANGAN SESEKALI MENCUBA PERBUATAN INI OK???=D
Di Suatu petang yang hening...
Lokasi : Parking kereta -2 Menara TM






terjemahan:

Hai Abang,
Sy dah lama perhatikan abang,
Sy minat dah lama ngan abang,
bleh berkenalan?
Sy tunggu abang kat Secret Recipe
sok kol 5.30 pm ea?
Sy pakai tudung belang-belang,
warna hitam putih
Datang tau,sy tunggu
Yang Mengharap,
Bunga
30/06/2009

==================================

pada aku, ini tindakan berani dari seorang wanita. aku kagum. sungguh aku kagum. kalau aku seberani bunga, dah lama aku jumpa fahri aku ;)

tapi aku nih pendiam. aku riuh sebenarnya. tapi dah lama, dalam keriuhan aku, aku pendiam dalam diam.

ada separuh dari diri aku akan jadi pemalu dalam sesetengah hal. contohnya; memulakan perkenalan.

aku takut ditolak.
cukup cukup cukup takut.
sebab aku bukan seorang yg kuat dalam jiwa.
kalau dia tolak secara baik, depan2, aku boleh lagi terima.

yg aku takut, dia senyap. sunguh sungguh senyap.
aku tak mahu. nanti aku fikir yang bukan bukan.
yg buruk buruk tentang aku..

"kenapa dia diam???? aku nih buruk sangat ke?.."
atau..
"sangat bebas tingkahkah? mulut lepaskah tadi??"
dan selanjutnya seterusnya.. ;)

fear of rejection. yer. sebab aku manusia yg sungguh suka menyenangkan hati manusia lain, berkorban tak kenal sempadan (korban yg baik baik laa maksud ai, oke?), justeru, jika orang itu, tak kira lelaki, atau perempuan, memalingkan mukanya pada aku, aku akan terkejut, buntu, resah.... kemudian doa banyak2 agar aku jadi manusia yg sentiasa dikasihi manusia lain.

cuma kalau manusia itu tak kenal erti kasih sayang, aku boleh senang hati saying good bye to her/him.

aku tak tahu makna gado. tak suka carik gado atau dicari gado (bukan gado gado yer..). aku suka pada aman, tenang.

oh ya, aku dapat email nih dari pak belang group. walau apa pon, aku doakan yg terbaik buat bunga ;)


.

Thursday, August 6, 2009

HANTARAN

Emak kepada Minah :
"Yerlah... anak saya blajar lulus universiti.. .. tak nak bilang baper... tapi biar lah patut-patut. ... selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 10 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompan saya.... harap harap paham jerlah~"


Emak kepada Mat :
"Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah yer... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."



Emak kepada Minah :
"Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi yang tunggu..... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap..."






Mat :
"Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini..... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik.... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA..... kalau dalam semua BAIK.... Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!"


PASTI SITUASI CAMNI BANYAK YG BERLAKU SEKARANG KAN?


HEHEHE...