Ramai yang ingin bercinta sebelum berkahwin. Bagi mereka, apabila bertemu seseorang yang dapat menyentuh hati dan perasaan seperti di dalam filem-filem telenovela Korea, atau filem-filem Hindi barulah mereka akan bersedia mendirikan rumahtangga.
Selagi belum ada yang boleh mengusik hati dan perasaan, mereka akan menganggap semua itu bukanlah satu cinta sejati. Lalu mereka akan menjalani hidup mereka dengan berkhayal untuk menjumpai “Mr Right” atau “Ms Right” mereka.
Mereka akan berasa gembira dan ingin mendirikan rumahtangga apabila individu-individu ini tiba-tiba muncul dalam hidup. Itupun setelah mereka “betul-betul mengenali” individu ini, berselisih faham, bertekak dan berbaik semula, BARULAH mereka mendakwa diri mereka sedang dilamun cinta.
Apabila mendirikan rumahtangga, perasaan cinta itu dibawa bersama dengan harapan ia akan terus kekal begitu. Ramai yang terlupa atau tidak sedar bahawa tanggungjawab suami atau isteri adalah berbeza sekali dengan tanggungjawab sepasang kekasih, ia tidak terhad kepada menghantar dan menjemput dari tempat kerja sahaja. Ia lebih daripada itu.
Ada pula yang terlampau “bahagia” sehingga melupakan kedua orang tua. Ada juga yang berasa tertekan dengan kehadiran anak-anak yang dikurniakan oleh Allah.
Akhirnya alam perkhawinan mereka tidak menjadi seperti yang diinginkan, tidak seindah filem-filem telenovela Korea atau filem-filem cinta Hindi kerana ia akan diselubungi dengan pelbagai masalah...
.
6 comments:
Honestly, akak dulu bercinta bagai nak rak dengan orang lain. Sekali tu kawin dengan orang lain. Tapi Alhamdulillah...bahagia. :)
hehehe :)
saya masa ngandam dulu pon jumpa few cases camnih, cinta ngan org lain, tunang ngan org lain, kawen ngan org lain :)
jodoh bukan dlm tgn kita, kan?
pandai kawin..kena pandai juga cari bahagia ehehehehee....memandai2 je aku kata gitu..
kakmimi; setuju, kita yg kena usahakan kebahagian itu, kan?
-aisya love fahri-
emm..emm..
SALAM KENAL..tergerak hati nk tinggalkan komen kat sini..
entrie ini terksean di hati SAYA.. terima kasih.. :)
cahaya mata: salam. terima kasih atas singgahan awak. moga sama2 kita jadi manusia yg saling igt mengingati :)
Post a Comment