Nuffnang

Saturday, July 25, 2009

dia yg bernama Asri...

maaf la kawan kawan... bukan sengaja tak mahu sambung.. tapi aku terlalu bz skrg... assigments sampai kena siapkan pukul 3am kadang2.. (siapa yg tahu pasti dia senyum.. kak mimi... haa.. senyum senyum ;P )

====================================

sebab dia adalah seorang pengawas, maka setiap pagi waktu sekolah, paling tidak seminggu 3-4 kali dia akan menjaga gate sekolah bersama seorang teman pengawas yg lain. sebab tak mahu pelajar lain nampak sangat, maka setiap pagi, letak sahaja beg sekolah dlm kelas, aku akan meluru masuk dalam ofis sekolah, lalu depan makcik n pakcik sekolah, meluru ke area balkoni, semata mata mahu melihat dia dari tingkat dua bangunan itu, menjaga gate! (apa benar gila aku masa tuh, kekeke...)

kalau dia tersedar, dia akan tunduk, malu, kemudian tersenyum kembali pada aku... begitu selanjutnya. waktu ini aku di tingkatan dua, sekolah cina lagi.

ada sekali, ntah apa yg buatkan si temannya ini, aku namakan "azizi", mengutuk aku. (as per my previous n3). Asri enggan memberitahu aku pada mulanya, bila aku terus terusan memujuk, baru dia suarakan sesuatu yg Azizi katakan hingga aku terduduk dan menangis kat situ jugak...

Asri gabra lantas memujuk sambil pandang sekeliling. mungkin dia takut orang akan kata yg dia punca aku menangis hingga parah begitu.

"dah, jangan menangis. apa yg zizi ckp tuh sikit pon saya tak heran. pada saya awak baik sangat, dia yg tak puas hati ngan awak sebab kita berkawan"

sedu aku hilang.

kami berkawan bukan seperti item yg lain. lantaran aku mmg jenis yg bukan 'mudah'. maksud mudah disini ialah mudah berpegang tangan, mudah berdating sana sini, mudah serah.

dia juga, hormati aku sebagai wanita, bukan jenis sebarangan.. (barangkali atas ajaran family juga, psst.. ayahnya seorang imam), sebab itu dia juga jenis menjaga hubungan kami agar tak menyimpang. atas sebab itu, selain rasa sayang, aku juga hormat sama dia.

keluar beramai ramai sekali dua dulu pun, teman yg lain tidak perasan rupanya kami ialah item :D

bila selepas tingkatan 3, aku sendiri mahu memutuskan untuk berpindah sekolah. atas sebab mahu sekolah yg dekat sedikit. ayah setuju. asri tidak. "kenapa mahu pindah? kat sini kan sudah baik benar keadaannya?"

benar, sekolah ini baik. yang tak baiknya hanya student2 lelaki muslimnya, yang asyik saja mengacau aku bila mahu pulang dari sekolah. perasaan ada sedikit takut.

Asri kecewa dengan keputusan aku mahu pindah sekolah. katanya ini tidak adil buat dia. "kalau kita sudah saling jauh, bagaimana mahu berhubung?" (perlu diingatkan, 1998, handphone masih lagi alien pada kami sebagai seorang student ini...)

"telefon laa saya sekali sekala" masa itu, bila aku keluarkan sahaja statement itu, dia sudah mendung.

aku tetap sama keputusan aku, pindah sekolah. dia masih lagi mendung. namun itulah yg menjadi turning point buat dia dan aku........

(sambung lagi, sebab aku tgh buat discussion group assgmnt, thee hehehehe....)




.

5 comments:

Sa Rathisa. said...

salam kenal allis...
sa ada buat make up n butik pgntn.
syoknya alis leh ambik gmbr n mask2

Sa Rathisa. said...

buka la www.norsaini.blogspot.com & www.rathisa.blogspot.com

Ms.Lilies said...

baik...aku sabar menanti cite ni hehehe

et said...

nk tau lg d next cer..hik3..

item tuh=kapel la ek? sye lampi-lampu-lip-lap-lip-lap

||alis|| said...

salam kasih teman teman....

sa rathisa: salam. tima kaseh :). baik. akan dikunjungi kelak ;)

kakmimi: sabau eh.. sabau...

et: ahehehe... suka part lampi lampu lip lap hang! kekeke.. yup, item=kapel