Nuffnang

Sunday, June 28, 2009

my future walimah: Do's and Don't

aku imajin... semasa walimah aku... aku mahu semuanya hanya ikut agama, takde maknanya nak ikut adat2 nih... aku rimas.... yer, rimas. mungkin salah satu faktornya ialah: sejak usia 17thn, aku dah berpuluh kali terlibat ngan majlis kawen sedara/orang ramai.. (still remeber i'm my mak long's mak andam kecik...?) sejak sekian lama, aku dah lama decide apa yg aku nak untuk WALIMAH AKU DAN 'FAHRI' KU KELAK:

my DON'T:
-tiada sesi nyanyi2 karaoke... pantun2 seloka2 nih.. ok. nyanyi? NO! *lagu2 kawen/nasyid/lama, still ok, sebab bonda dan ayahanda sorang yg gemar dengar lagu2 cam tuh.. klasik.fm rowks!

-tiada majlis bersanding.

-tiada renjis dipilis bagai.

-tiada pakai baju berbelas pasang dlm rumah (aku plan nak buat kat dlm studio saja)

-tiada hantaran yg berpuluh-puluh (ADAT family aku, harussss hantarannya 20 dan ke atas, dulu masa majlis adik aku, dekat 25 dulang!)

-kalau boleh, aku hanya mohon doa selamat buat aku dan fahri, dan kalau boleh, avoid any hadiah. tak bagi pon tak apa, asal kamu hadir walimah aku ;)

my DO:
-nikah di masjid. afdal.

-hantaran untuk aku, aku akan mohon SEMUANYA dikotak-rapikan. maknanya...tiada tayang tayang barang hantaran dari suami untuk aku. "eh laki ko bagi ko make up jenis apa eh..kasut brand apa eh.. kek brapa jenis dia hantar eh...". blerghhhh~

-jika bakal suami setuju, aku juga mahu meng-kotak-rapikan hantaran dari aku untuk dia.

-hari walimah aku kelak, aku hanya akan meraikan keluarga, saudara dan teman. aku akan sendukkan nasi minyak aku untuk mereka, layan apa yg mereka mahu. TIADA ISTILAH RAJA SEHARI~ aku bukan raja sesiapa waktu tuh, in fact, aku yg patut layan mereka sebab mereka2 nih sudi datang. faktor: terkadang aku lihat, betapa ramai kawan2 yg datang nak jenguk pengantin, tapi sebab terpaksa tadah muka duduk di bilik saja, tak dapat berborak lama. kesian tau sebab ada kawan2 yg dah lama tak jumpa, drive jauh2 sebab nak jumpa, tapi balik mereka hampa, ada tidak, dapat laa doorgift paperbag "terima kasih"..

hmm... takat nih, itu jer yg aku fikirkan.. ingat sekali lagi, ini tulisan aku, pendapat aku, kalau kalian ada yg terasa hati ngan idea2 aku nih, aku minta ampun ya~

lain kali, lain hari... salam.


tata!



.
p/s: apa lak pendapat korang eh??



.
.

5 comments:

Ms.Lilies said...

ko punya walimah mcm aku punya....

*aku mmg guna kotak2 untuk hantaran...
*mmg xde bersanding renjis menjis bagai...aku sendiri and abah mak aku pun mmg x nak....
*baju aku cuma akad nikah 1 and kenduri esoknya 1...

yg penting yg wajib...bagi akula

||alis|| said...

bismillah...

walla kak mimi, kita seropaaaaa.... hehehe...

Jard The Great said...

erkk.... bagus info neh.. ahaha..

||alis|| said...

ahehehe.. plan jer dulu jard, fahrinya masih ngak ketemu deh~ lalaa...

uyunadhwa said...

salam. sy pon trpk nk wt cmtu. tp mnde yg simple kte pk, org2 tua pk len pulak. ssh nk cope ngn pemikirn kte ni. i like that.