Nuffnang

Tuesday, June 23, 2009

dia, lelaki pertama

dua tahun lalu...aku diminta dikenalkan dengan dia, lelaki pertama. dia, penjawat awam di melaka. ibu usahakan sama ustazah mengajinya. kata ibu, dia anak angkat ustazah.
dari khabar, dia baik orangnya...

sudah punya kerjaya tetap..sudah punya sebuah rumah.. sudah punya kenderaan dua roda..empat roda..isteri saja belum punya...

masa itu aku masih 50-50... mahu tidak.. tidak mahu... hati masih bolak balik. tidak tahu mengapa. ibu minta izin no telefon ku diberi kepada dia, lelaki pertama itu. aku akur. sebabnya, tak mahu selama ibu lihat usahanya menyatukan ikatan, bagai curah air atas daun keladi. sebab utama; aku sayu bila ayah tarbiahkan aku mengenai perjodohan menjelang beliau memakai stokin mahu ke pejabat, waktu pagi. serius, aku setuju sebab ayah :)

no ku dipass oleh ibu ke ustazah.. 5 minit selepas no hp dihantar oleh ustazah.. sms pertama no. asing masuk dalam hp ku..waktu itu aku dlm bas, atas jalan lebuh raya, urusan kerja, melaka-perak. sms pertama...kedua...ketiga.. tidak aku balas. sebab aku tertidur waktu itu.. hingga laa tersedar, sebab ibu menelefon dari rumah..

"kakak, kenapa tak jawab sms dia?" aku, terpisat pisat... "ada ke?". ibu "ada, cuba kakak check"..

'baaaaiiikkkkkkk......'

ku buka hp... amek kau...
sms pertama : salam, sy *** ank angkat mak yam (ustzh). no awk ni mak yam yg beri.
sms kedua : salam.... knapa x jwab sms sy?
sms ketiga : salam.. awk x suka ke no awk nih ada pada sy?
memasing jarak kurang dari 15 saat..
(and amazingly~ after 2 yrs time, i still remember all of his sms'es (sort of) hihi~ )


menjelang mahu ditemukan...aku relaks. ibu gabra. aku minta satu, ibu temani aku menjelang pertemuan. aku tak mahu ada fitnah. pernah sekali, pertemuan rasmi aku dan rakan sekerja bujang, di sebuah cafe, terlihat secara tak sengaja oleh seorang sepupu ku.. next pertemuan kenduri.. hamek lagi, cair ko kena usik!

ibu kelihatan sedikit berat. aku jawab, kalau ibu tak mau, kakak tak mau. demi sebuah ikatan agaknya, ibu akhirnya sanggup. tempat pertemuan, food court tesco sudaa..... ibu memilih untuk melihat dari jarak 3 buah meja. aku setuju. tujuannya, aku mahu biar ibu sama sama lihat, lelaki yg mahu dijadikan menantu itu.

tepat waktu, aku dah sampai, dia masih lagi tidak. melalui sms dia beritahu akan terlewat. tolak satu poin nih.. desir hati. to kill time, aku baca buku tom hopkins yg terbaru, tebal, warna hijau...ingat satu benda, hingga waktu itu, aku dan dia tidak bertukar gambar, dia tak tahu aku bagaimana, aku tak kenal bagaimananya dia ;P. tak ke nanya tuh..... mainan gila pon ya jugak nih. nak sangat klasik tradisional kan.... 2-2 saling tak kenal.. haha!

hingga selepas 10min, dia masih tidak menyatakan dia sudah tiba. aku gusar. ku pandang ibu dari jauh, minta pandangan lalui telepati (haha!). tangan ibu hanya tunjukkan sabar, 5 minit lagi... ibu menahan. aku teruskan bacaan.

agaknya terlalu ralit. aku tak tahu rupanya dia sudah sampai, siap dah order makan lagi tuh! dia sms: "awk, awk yg pakai tudung putih baju kurung biru tuh ke? sy selang semeja ngan awk nih"

adeh! aku tak perasan. takpe, sapa suruh lambat kan? dia beralih tempat kepadaku. aku jeling ibu. ibu hanya pemerhati jauh. so dah nampak laa siapa lelaki ini yaa...

orangnya sederhana tinggi. sedikit gempal. rupanya iras anak cina. speaky. orangnya masih dalam baju kerja pejabat. berborak lebih kurang. dia dan aku beredar sama sama, sambil dia menyatakan, "lain kali ada masa kita jumpa lagi, ya?" aku cuma angguk dan nyatakan 'insya'allah'... tersenyum.

selepas pertemuan. sms yg biasanya tiap 15minit sekali dihantar.. tiada... terus senyap sunyi. bunyi cengkerik. sehari...dua hari.. seminggu.... diam. hatiku sedikit terdetik, kenapa senyap? ibu? lagi tidak tentu arah.... tapi segan mahu bertanya pada ustazah yam...

kira kira 10 hari selepas itu.. baru ustazah bersuara:
"hajah, sebenarnya *** malu sama kakak.. banyak bezanya dia dan kakak.... itu yg dia terus senyap tuh.."

ibu terkejut. aku? apa lagi!

sambung ustazah:

"katanya, kakak didikannya tinggi (aku hanya pemegang diploma banking ya, buat masa ini. tapi ada cita cita mahu sambung dlm syariah yg lain), lepas tuh, kakak nih pandai serba serbi, tak macam dia... SPM sahaja.. (pandai????? pelik aku. adakah kerana aku fasih mandarin, as per our conversation last time, dikatanya aku lebih pandai dari dia??)"

aku... tak mahu ulas banyak banyak. mungkin aku ini bukan citarasa dia. dan bukan sekufu dengan dia... dia mohon diberi kebebasan dari rancangan ibu-ustazah ini.... secara halus, dikatanya aku punya banyak, dia punya kurang... ntah apa apa laaa... kan? aku jawab sama ibu: itu laa.. dari dulu kakak tak mahu, ibu suruh juga... sekarang? jadi selepas ini, harap ibu beri laa kakak ruang cari 'fahri' kakak sendiri, ya?

ibu diam. ya laa.. mahu cakap apa lagi? modalnya pujukan sudah habis :P

oleh itu.... haaa..... sapa yg agak agak punya banglo 2 bijik, fasih 5 bahasa, duit juta juta RM, sila laa berkenalan ngan aku, baru nampak sekufu, yer kan...............??
.



apa? ada seorang disini? hehehe.....



.

7 comments:

Anonymous said...

mungkin ada kakak...kot2 kueh bakar berlauk.. *wink2

~maaf,
naz salu terlupa yg kak alis ni kakak dr naz.. hehehe

Ayu Zan said...

hihi..
bukan jdoh akak la tu..
sebab die nampak xmenerima akak seadanya...kan kan kan...

p/s : akak ni mesti cantik...dan baik kan...hihi..kalau ayu ade abang..mesti suh die pinang akak...

||alis|| said...

bismillah...

salam nazz; bakar berlauk.. tidak laa... bukan. dia kan dah kawen *wink wink jugak kemudian lari dari kena parang en kueh!*

salam ayu; itu laa.. akak fikir akak tak pantas untuk dia jer :)

Ms.Lilies said...

aku lompat punya lompat sampai ke sini dik oii...ko punya blog juga kah??

btw entry yg ini sangat menusuk kalbu....ko mmg anak yg baik

||alis|| said...

kakmimi: AHHHHHHHH.... TIDAK!!!!! KAK MIMI MASUK SINI? TIDAK!!! NEHI NEHI!!! ahahahaha!


*aku.....kan..........pemalu, hiks hiks!*

Anonymous said...

Salam Alis....

emmmmm saya faham perasaan awak.....jgn risau...percayalah....Allah maha mengetahui segalanye....pasti ada yg lebih baik yg Allah tentukan untuk kita.....ape2pon....teruskan perjuangan hidup kita...jgn risau kalau org dok tanye bila & bila lg.....janji hidup kita tak menyusahkan mak ayah....nie lahhh masanya tuk kita membatu mereka selagi kita mampu......

||alis|| said...

bismillah..
salam hanis ;). terima kaseh. saya sekadar berkongsi. teruja rasanya bila ada yg mengalami apa yg telah saya alami ;). pengalaman itu terkadang pengajaran, kan?