Nuffnang

Friday, May 15, 2009

jangan kawen lambat sangat dik...

dush! mmg aku sering kena ngan penyataan ini.

kata mereka; jgn kawen lewat;
awak perempuan, kalau lewat2 melahirkan agak payah.

kata mereka lagi; jgn kawen lewat;
kalau lewat; awak sukar punya cahayamata.

kata mereka lagi; jangan kawen lewat;
kalau lewat; banyak perkara awak terlepas pandang..


mereka berkata atas niat yg baik. terima kasih kakak kakak.
sungguh. mereka nasihat atas pengalaman sendiri.
mereka sekadar ingin berkongsi. aku faham. sungguh aku faham.

tapi bukan aku tidak mahu kawen... percaya laa.

aku juga ingin punya cahayamata dengan kadar segera.
aku juga tak mahu terlepas pandang banyak perkara.
aku juga mahu nikmat berumahtangga.
mahu pahala berganda.

tapi.

ah, biarlah semua ini berlalu. aku tahu. bukan aku yg berhak untuk menjawab.

jawapan nya tiada pada aku :)

4 comments:

Anonymous said...

teruskan perjalanan di muka bumi ini,
teruskan mencari,
gerak langkah kaki,
insyaAllah kau akan temui cinta di hati,
jua cinta yg di janji Illahi,
suami utk seorang isteri,
ibu kepada putra dan putri...


chewah.. lancar je berkarya...
alis...doakan naz dapat keje lain ek...huhuhu.. kat ofis x bole online dah... =( isk2.. sedey medey..

||alis|| said...

waa... nazz; very the seloka!
and very the 6th sense.

kebetulan, nama putra/putri mmg akan ada dlm nama anak anak *blushing* hihi..

kenapa nak keje lain nih? laa... sian nyer. betol laa.. takde internet jiwa boleh kacau, hati boleh koyak, minda boleh rabak, kih kih kih!

kueh bakar said...

semut ada di depan mata
tgk gajah di jauh di seberang sungai...

kan..kan...

selamat mencari!

||alis|| said...

bakar berlauk: saja nak silap la tuh.. semut yg ku kenal semut besar gajah, hihi!