Nuffnang

Monday, January 12, 2009

renung2kan, selamat beramal~

renungan

Kenapa tamadun cina menjadi tamadun yang paling lama wujud di dunia ini? dan apakah rahsia tersurat disebalik frasa Islam "Tuntutlah Ilmu Hingga ke Negeri China"? renung2kanlah, fikirkanlah, ambil iktibar dengan apa yang berlaku kepada tamadun orang melayu hari ini. hilangnya tamadun itu adalah kerana perpecahan tamadun itu sendiri.

hari ini... tanggal 12 januari..

hari ini...
hari lahir dia, fa**lli.

siapa dia?
boleh kata, cinta pertamaku..

1998;
aku sekolah, kelas petang.
dia sekolah, kelas pagi.
selama itu, kami memasing tidak tahu, kami berkongsi,
meja dan kerusi yg sama dalam kelas yg sama...

selepas seketika;
waktu aku mengemas buku dalam laci meja;
taraa... ada surat terselit!
huik, ini bukan cobaan nih.. tapi benar2 berlaku~
"assalammualaikum wbt... awak, saya nak kenal awak boleh tak?
awak yg duduk meja ni, saya sekolah sesi pagi. yg benar; fa**lli
(sign yg cam cacing tapi aku masih mampu baca~)"


aku pelik; sapa fa**lli nih.. ish, salah org nih, mesti dia nak hantar kat siti,
dia letak silap meja (kerendahan diri yg nyata!)
aku pergi ke arah siti; bagi dia surat tuh; siti baca. dia senyum.
"awk jumpa surat nih kat mana" siti tanya.
"kat meja kita" aku biul lagik.
"maknanya dia nak kenal ngan awak la.. bukan dengan kiter...'
"tapi kiter tak tahu, dia nak kenal ngan sapa. dia tulis 'awak' jer.." biul lagi! sengal.
"awak, dia letak kat meja awak, bukan kiter, maknanya, dia nak kenal awak la.. meja kiter ngan meja awak kan jauh..?"


ye tak yer... budak melayu kelas petang 2 org sahaja. melayunya tidak ramai. sebab itu aku senang teka. so, pencarian bermula!

aku carik mamat yg pakaian sekolahnya selekeh, yg tak hansem, yg datang sekolah sekadar datang, bukan untuk belajar (baca: told u, aku mmg punya jiwa yg rendah, kondisi diri ini hanya untuk yg pertama... dari bawah!)


surat itu tetap ku balas. dengan menggunakan kertas muka surat tgh buku rampaian matematik; aku balas;
"wa'alaikumsalam... awak nih siapa? nak kenal dengan siapa sebenarnya? dengan siti ya? awak salah letak. meja siti bukan yg ini.."
esoknya "laa.. saya nak kenal dengan awak laa.. bukan dengan siti.". titik. di atas muka kertas yg sama.


seminggu aku carik; tak jumpa... siapa dia ek... hmmm.. mana nak cari nih...
sampai laa jumaatnya itu, petangnya... bila aku masuk kelas, 2.30pm, menunggu kelasku kosong daripada budak2 kelas pagi yg kosongnya ya-tuhan-ampun-yg-amat-lambat-dan-lembab itu. mereka ada 'event kelas'.

aku ingat. memang hari tuh, hari jumaat. jumaat selalu budak kelas pagi bertembung budak petang. sedang aku leka keluar masuk kelas (bercampur budak2 kelas pagi dan petang), terdengar suara kak Beevi, pelajar india muslim yg terkenal bijak itu.

"fa**lli... eh, mana penyapu kelas nih ek??"

ZAPPPP!!!


mata aku terus menangkap imej fa**lli.........
dan kebenarannya terbentang di depan mata, amat2 menakutkan aku yg memang penakut itu!


dia, fa**lli yg nak berkenalan denganku itu... rupa2nya
-seorang pengawas sekolah (sekolah aku dulu, melayunya amat sukar nak dilantik menjadi pengawas)
-seorang budak kadet polis (yg akhirnya menjadi sarjan kadet)
-seorang budak yg bijak pandai
-chinese look
-blaa...blaa...hensem... tak kerek..blaa..
-suka main badminton.. blaa...bla...anak murid kesayangan ustaz... blaa..

eh.....
OMG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

(bersambung.........)






Monday, January 5, 2009

bila aku terpaksa-rela buat keputusan...

hmmm... cikgu.. mintak mahap ok... bukan saya takmau jumpa cikgu untuk TT (tehtarik) session kiter yang saya tak dapat hadir tuh... saya dah bersiap... masa cikgu sefamily on the way from KL turun melaka, saya dah 90%.. silap saya satu jer, lupa nak tanya, sapa yg ada dlm TT tuh nnt...

"shah*** dan cikgu DIN" ......gulp! aku telan liur. serba salah. serba salah. serba salah.

lama dah tak jumpa cikgu, kan? sejak cikgu pindah KL. group kita semu bertebaran... takde arah.

tapi... logik segera melangkaui segala.

aku taip kembali "maaf. tak dapat hadir, nenek saudara saya meninggal dunia", text sent, aku mengeluh. aduhai...

kenapa dia harus ada masa aku betol2 serius nak bincang pasal bisnes?? kata dah kaya jual gelang? sampai aku bekas sahabat nih kau buat tak reti bila jumpa sahabat lain yg bergaya memandu VIVA...

ntah la. terpaksa rela aku batalkan perjumpaan sepenting ini semata ingin mengelak dari kau.

yg salah selalu akan menyorok?

terpulang.

aku tak kisah dan ambil peduli apa dlm fikiran kau, kini, esok, lusa, tulat, hari2 kemudian...

mulut kau mulut longkang. bila aku baru nak membidik semula, tahu pula kau terasa.

tapi aku belajar, kadar cepat, dunia ini mana ada keadilan, kan? (semua angguk..)

Friday, January 2, 2009


Pon bangun tidur lambat. Biase. Suka ati aku ler kan. Tak keje. Takde bos. Bangun2, makan apa yg ibu masak, pasta goreng ‘angel hair’ ni nama betul pasta tuh ok, pasta nih cap ‘San Remo’ from Australia.. halal.

Sejak paper takde nih, hidup muram jerr… pastuh layan sms dgn cik odah jap. Then tgh2 leka tgk Hannah Montana, cik odah call, nek bik meninggal dunia.. innalillah… nek bik nih kakak kepada arwah nek aku. Panjang usia dia… arwah nek meninggal pon dah dekat 10 tahun, arwah tok2 aku yg lain pond ah meninggal, usia dia Allah nak panjangkan sampai 88tahun… cucu dia plak minggu depan kahwin… tak pe la..

2minggu lepas ada ziarah dia ngan ibu. Teruk dah… usia 88 tahun, kena breast cancer, makk…ngeri2~ tapi alhamdulillah, meninggal pada jumaat. Lani aku leka. Layan…



diary ku...


Takde apa yg dibuat. Malam tadi tidur 11.30pm, tak sempat la nak dengar dentam dentum bunga api. Penat. Sebab semalam jalan pi nilai 3 tak hilang lagi. Tapi bangun pagi jer…. Makkkkkk!!!!!!

Turun katil jer, Miss McPhee keluar tanpa sign! Meluncur ke bawah… aku tergamam! Belum pernah aku kena cam nih… aku berdiri jer static. Pandang ke bawah, ehh… macam aku nih keguguran plak.. turun banyak. Aku terdiam untuk 2minit berikutnyer~ padan plak dengan baju bat kuning-hitam, aku static lagi. Aku pandang adik kat atas katil, tgh tidur, tapi aku terpaksa panggil dia ambilkan tuala lembab.. kesian dia, dalam keadaan miung2 tuh, dia turun gak katil, ambek apa yg aku mintak… tq adik!

Pas mandi, Breakfast, aku amek milo+susu+oat. Makan roti full grain and butter. Karipap 3biji. Lunch tak makan. Minum petang teh O takde gula 1gelas, ade gula suku gelas. Telan buah melaka 2biji, karipap 2. Malam pon tak. 11pm perut pedih tapi tak layankan sangat.

Tgk tv, gadis melayu (aku rase aisyah bleh menang, jia you2!!! Hidup org melaka!!!), tetibe angah call. Seronok la tuh hanimun langkawi… hehehe.. kelakau betol, kawen dah 6 bulan baru dapat pi hanimun, dan2 terus pakai inai balik plak tuh, kunun2 baru kawen laa tuh, alahai, hahahaha!!! Then terus tidur. Lagipon Miss McPhee datang. Layan dia jer laa..