Nuffnang

Friday, July 27, 2012

cinta dan macam-macam

cinta semacam..bila kamu (pompuan) dan sudah lama berkawan baik dengan seorang lelaki ni selama bertahun2 hingga kawan2 semua cakap "klu bukan kapel..baik korang kapel jela.." Korang mencuba..sekali..atau dua..tapi tak berjaya. Akhirnya kamu putuskan sendiri "kita better stick pd kawan jela..ok?" Namun dalam "better2 stick" korang tuh.. Selama untuk beberapa bulan kemudian.. Korang mungkir janji..dlam diam..masing2 masih mahu mencuba..tp bukan dlm acara nerpasukan..korang buat dalam liga solo korang sendiri. How? Dengaan masing2 try kawan dgn "org itu" dan "org ini" dan mahu secara diam2.. Biar mutual fren korang bagitau to korang each other yg korang msg2 "dah tak berapa nk solo lagi" Kemudian bila masing2 dpt tau.. Masing2 meroyan dlm diam *jujurnya..pompuan lebih berasa emo* heh. Kemudian lagi..korang cuba nk build up hubungan baru korang dgn teman baru korang.. Korang kena blaja dari 0..semua ttg teman baru korang. Memula mesti akn happy..sebab byk benda bru ttg diri masg2 yg korang nk xplore.. Tapi lama2.. Korang akn mula bosan. Sbb macam mana pon..korang rasa "cinta platonik" antara korang yg lebih ikat korang daripada hubungan baru tuh.. Lalu..korang akn menjauh dengan teman baru (atau yg xbrapa nk baru sebab after lebih setahun baru korang rasa "kenot go" dgn teman baru korang.. Dan tanpa sedar.. Korang akn tertarik semula pada masing2 dan ingin mencuba bt sekalian kalinya.. Kali ini... Korang lebih matang..sejajar usia yg makin meningkat. Lalu korang pakat2 mahu teruskan hubungan ini dengan ikatan "sampai bila2".. Dalam proses cinta ini.. Benar..masa kita byk terbuang dgn segala trial and error.. Tapi positifnya.. Sekurang2nya kita tak bsama dengan org yg kita rasa "kenot go" dengan dia... ;)

Monday, July 23, 2012

mencari cinta jari manis (part 2)

Mungkin ramai dah tahu..kenapa jari manis dipilih sebagai jari untuk disarungkan cincinnya. Sebab kukuh. Tidak terbuka walau dipaksa kedua jari bagaimana pun ia. Namun kenapa..jika cinta yg mula asasnya ialah mahu sekekal eratnya jari manis terlerai tanpa rela?? Kerana... Cinta jari manis tak perlukan hantaran atau mas kawen rm50,000. Cinta jari manis tak perlukan majlis segah bagaimana apa pun ia. Cinta jari manis cuma perlukan kefahaman 2 hati. Cinta jari manis cuma perlukan ehsan 2 hati. Cinta jari manis juga tak perlu 100%.. Cinta jari manis juga tak perlu sebarang alasan2 remeh. . . . Cukup andai cinta itu kerana Dia. Kerana hebat mana cinta jari manis itu...ia tetap hak milik yg Esa... :) ♥♥♥

kalau sayang, lepaskan dia dulu.

berapa banyak hal.. Berapa banyak kasih syg dan berapa ramai manusia yg saya sayang.. Saya kena lepaskan sepanjang menikmati hidup takat ini. Payah. Cukup payah sebenarnya. Bila saat saya masih belum faham apa maksud redha.. Apa makna menyerah pada qada qadar.. Tidak sedikit saya bertanya berulang.. KENAPA SAYA YANG PERLU HADAPI INI.. KENAPA SAYA PERLU BERDEPAN DENGAN SEMUA INI? Sekarang saya rasa saya sudah hampiri kepada "nikmat melepaskan dengan rela" Bukan mudah. Kita kena melalui proses kehilangan itu banyak kali dan tiap kali berlaku kehilangan.. Kita harus belajar. Jika tidak.. Kehilangan yg kita alami itu cuma sekadar kehilangan. Saya pernah kehilangan kerja. Kehilangan duit. Kehilangan harta peribadi. Kehilangan kasih sayang. Kehilangan orang yg saya sayang. Kehilangan banyak perkara. Saya pernah persoal.. Kenapa begitu byk kehilangan yg berlaku. Hujung2 saya akui.. Jika berlaku kehilangan.. Pasti tuhan itu mahu menggantikannya dgn yg lebih baik untuk sy.. Dan tiap ujian yg datang itu wajib disertakan sekali dengan hikmah :) ♥~

Saturday, July 21, 2012

salam ramadhan buat semua..

Ya. Masih kempunan mahu menggosok pelekat buat sang suami untuk berterawih di masjid lagi tahun ini... Takpe..*tepuk bahu sendiri.. Cuba lagi tahun hadapan :)

Thursday, July 19, 2012

daripada andrea hirata..sesuatu.

Guru mengajiku pernah mengajarkan..bahawa pertemuan dengan seseorang itu mengandungi rahasia tuhan. Maka pertemuan itu ialah nasib. Manusia tidak bertemu hanya begitu saja. Pasti ada sesuatu disebaliknya. Begitu banyak org berubah lantaran kerana sebuah pertemuan. Disebabkan itu.. Umat islam disaran agar melihat banyak tempat dan bertemu dengan ramai orang.. Untuk merubah nasibnya.. Dan beruntunglah sedikit manusia yang memahami erti sebuah pertemuan itu..