Nuffnang

Sunday, January 21, 2024

2024

 


January 21st, 2024.

Nyahhhh dah masuk 2024 nyah. ko rasa hidup ko sekarang macam mana nyah? happy? laju? mendung? bosan?

off dari blog ni sebab semua punca sosial media.

aku takde rasa nak masuk sini bukan sbb aku tak rindu..

tapi sebab semuanya dah sendu.

plus kat sosial media boleh bertemu.

kat wssap pon boleh type laju-laju.


jadi apa logiknya sebuah Blog disini? jujur sudah tak ada. melainkan sesekali nak baca penulisan yg dah beberapa tahun ditinggalkan. yg masih aktif cuma blog kakdi 😂 masih gigih kakdi. salute!

ramai yang datang dan pergi. sedikit yang masih disini, dalam hati.

last soalan utk yg pernah memilih untuk menyakiti; yang dulu bisa tega utk mengkhianti, sudah habis kah kalian muhasabah diri? sebab pernah aku berdoa waktu sendiri, ya benar aku tiada siapa, tiada daya upaya, tapi aku ada Dia, yang bisa bolak balikkan takdir manusia, semudah kita membalikkan tapak tangan.. aku tidak dendam, cuma aku percaya, tiap titis tuba yang diberi, aku yakin ianya akan tetap diadili sebaiknya..


done n dusted.

Ibu Alis

Saturday, June 19, 2021

one of many yang kita tak boleh kawal..


 … is jodoh. deffo.


sebab Allah dah cakap, jodoh maut pertemuan semua Dia yang Maha Pengatur.

there is no such “wanita malang ialah wanita yg silap pilih suami” OR “rumahtangga ni satu perjudian” OR “jadi bodoh2 demi jodoh” OR “kurangkan sikit hormon jantan demi jodoh”

u have your own thoughts. hold on to that.

some of them juga terlupa, aku bujang lama sebelum jumpa suami. and some of them lupa, pendapat aku tentang jodoh tetap sama tak kira aku belum kawen atau dah kawen, walau aku nak cakap sangat2 “dugaan lepas jumpa jodoh tu lagi besar sebenarnya” tapi tula, aku cuma alis. bukan prof alis. eh. 

yg masih bujang, buat saja apa yg anda rasa selesa.

bak kata suami, kita boleh carikan (jodoh), utk kawan2 yg masih bujang, tapi empunya diri sendiri wajiblah dalam situasi “berkehendak”, kalau dia taknak, kita carik n paksa pon, tak guna juga. btw officemate depan meja suami ni abg Z nama dia, ada moto besau duit banyak (ops!), keje stabil, dan baik orgnya, umur almost 50, tapi bujang. awal2 kawen aku beria gak nak carikan jodoh abg Z, sbb stok2 baik ni susah dah nak jumpa, n aku rasa sayang kalau abg z ni smpai ke sudah dia membujang, suami cakap satu je “kalau dia nak kawen, baru kita carikkan, buat masa ni, dia TAK berkehendak walaupun dia lebih dari MAMPU” hurm.. 

siapa tak sedih tengok kawan2 atau sedara atau orang keliling yg bujang2 ni belum berjodoh.. aku sedih. tapi at the same time, aku rasa biarlah kalian cari sendiri.

perkahwinan ni, kita kena sendiri kemudi. dan memang kena wajib berkehendak. kena bersedia, pertahankan smpai hujung nyawa jika boleh (kalau bolehlah..)

ada kawen, tak bahagia, lebih suka membujang kembali jika tahu perkahwinan tu tak bahagia.

ada pilih bertahan, demi anak2.

ada yg bahagia sampai sudah.

ada yg menyesal.

ada yg time bujang, bahagia. time kawen pulak kena pukul bantai mcm kerbau lembu. kena dera mental fizikal.

ada yg tak tau rupanya TERkawen dengan pasangan yg songsang nafsu. kawen 6 tahun tapi masih lagi perawan. 

macam2 lagi tak mampu aku nak list kan. korang baca kat iium bab rumahtangga je cukup.

sampai ada bujang yg bertanya “sebegini deritakah sebuah perkahwinan?” 

kawen ni tak derita, kena keep on doa, dijumpakan dengan pasangan yg kita PERLU, bukan kita MAHU. 

as for my husband, he is deffo have both. yg aku PERLU dan aku MAHU. Allah Adil utk aku smpai aku rasa errr apa yg aku doakan smpai Allah bagi dia as suami aku? sedih terharu disitu. tapi tak cakap dia perfect. i tell u tahun pertama kawen aku terawih sorang diri tau. haaa cuak tak cuak. tapi masuk tahun ke-2-5 kawen ni dia laa imam teraweh aku. 3kali aku tak larat nak teraweh, while dia cemerlang 29malam takde ponteng teraweh. so be better is better than perfect 10/10 at the 1st place. kalau dapat yg 10/10 at the 1st place? tu pon nak tanya ke? baguslah maksudnya. takyah nak argue beria dengan aku, boleh? 🤣

tapi korang kat sini tahu la kan, apa aku nukilkan selama ni, kat sini. 

apa aku buat (extra) dalam 3 bulan akhir sebelum aku menyerah total kat Allah sebelum sikitttt lagi aku nak terlepas pandang profil suami aku kat baitulmuslim tu 😆

so korang yg bujang ni, nasihat aku, simple je, bila korang dah berkehendak, jumpa jodoh depan mata, nak kawen, kawenlah.

takde jodoh, kalian boleh khidmat dengan insan2 tersayang keliling korang.

sebab ada je sesetengah orang lepas kawen, lagi banyak kumpul dosa dari pahala. just saying my 20cent.


and pls jangan cakap “alaa ko dah kawen boleh laa cakap macam2..” just DONT. kalau aku cakap benda tak best dalam rumahtangga ni, cuma aku, suami n Allah jela yg tahu. takde rumahtangga tanpa ujian. walau besar zarah. bohonglah takde. tapi tu semua mainan jiwa, emosi time kalut, mcm2. pokok pangkalnya SABAR dan Bawak Bertenang selalu ☺️

Sunday, July 29, 2018

sikit lagi nak setahun

bukan anak aku, tapi blog ni sikit lagi nak setahun tak jengah2 😂

ada yg masih kenal.
ada masih berhubung hari2.
ada yg dekat setahun tak dihubungi

tapi aku takde kawan blog baru.
sebab aku sendiri pon tak aktif.
tapi aku percaya, kawan2 blog lama jugak yg best.

takde apa nak tepek.

gambau amera dah 15bulan sajalah buat tatapan korang.

dan aku gugur masa 2hari lagi nak raya hari tu.

perasaan?

sampai aku mimpi2 mengigau nak kejar dia yg lari dari aku.
nakal ya Abbas 😊
tu baru kira 12mggu dalam perut. 


but now am all ok. alhamdulillah.
take care korang.








Friday, October 6, 2017

pentingnya dating walau dah ada baby

tolong jangan pandang remeh ya. penting yer dating berdua walau ko dh kawen. tak kisahlah anak 2-3-4-5 hatta berapa pon. macam aku skrg walau bz ngan 4 anak termasuk baby 6bulan ni... kalau wiken je mmg aku ajak laki p dating makan(-nak dating jogging selalu tak dan, kah!)

selalu yg mudah ni, makan jela. sebab dapat tempat duduk dll. anak2 yg besar selalu balik rumah nenek diorg (nenek lagi suka diorg datang sebab kat rumah mmg takde siapa pun, hujung minggu laa diorg tunggu cucu2 ni balik, rindu)

so kami ambik sikit masa utk makan. NO PHONE IS ALLOWED. sebab kualiti masa untuk duduk makan berdua ni macam emas ok.

cara kedua, untuk dating berdua walau anak dh berderet ialah, ko suruh kakak/adik ko datang rumah bawak anak2, n ready utk jadikan rumah ko macam taska. mcm rumah aku ni ada daya menarik so bila diorg datang mmg tak ingat dah mak ayah, ingat nak p swimming pool je hahaha! ko amek masa dalam 2jam p makan berdua atau dating jalan2 dalam mall pegang2 tangan (jangan balik rumah pulak!) dan makan. jangan fikir pasal anak2 sebab anak2 ko kakak/adik ko ada jaga. enjoy ur moment.

sihat tau aktiviti ni. aku mmg la baru kawen baru beranak tapi sementara baru ni la kena ajar asben buat mcm ni, kalau anak dah 6 esok nak buat mcm ni rasa mcm tak sesuai sebab mana nak letak anak ramai2 tu kecuali hantar daycare setengah hari. tapi ikutlah terpulang cara masing2. satu pon takde salah ikut mana kita/pasangan dan carer tu punya selesa.


dating makan kat SR je. ni makan sambil ngendong ni. fuh.



warm butter cake topping with ice cream. sedap gila weh!

lagi satu fav aku kalau masuk SR ni, ko order bun dua bijik, order sambal. dah. sedap dan sesuai utk pembuka selera wa cakap lu!

ok, tata. my baby melalak sudah.

Sunday, June 18, 2017

pengalaman bersalin dengan Doktor Hayati Awan (Oriental Medical)



salam penghujung ramadhan..
mehlah share sikit cerita tentang kelahiran Ameera.
lahir 3minggu awal atas faktor ketuban sudah bocor. tapi at 34 weeks aku dah ready dengan injection menguatkan paru2 baby just in case baby keluar awal. which is true. thanks to doctor Yati from Oriental Medical. adik yg kenalkan doc yati ni sebab dia doc pakar dri GH yg pindah utk buat practice sendiri.

birthplan? patutnya ada tapi sebab aku ni sambil lewa.. tak sangka BP aku tak menjadi sebab terbersalin awal. haha.

ok. dari kl asben drive all the way to melaka sebab aku nak berpantang kat melaka. maka dari kl terus ke spital kat Klebang tu jam 1.30 pagi. pasang segala alat. dan tunggulah gesa. jangkaan kelahiran ialah normal. maka menunggulah aku akan gesa tersebut.

lepas hampir 30jam. rupanya aku kena czer. haha. serius tak sangka sebab adik beradik aku bersalin semua normal. 6 org total ha. ma aku pon terkejut hehe. tapi nak buat acaner kan. ketuban makin kering n doc yati yg selalu menyokong kelahiran normal pon kata risau sebab takut baby kena jangkitan kuman. so kena laa relakan perut dibelah.

serius operation tu sebenarnya satu proses yg tidak menakutkan. epi ke belah ke jahit balik ke.. tak. serius tak. kudos to team doctor yati yg semuanya doc pengalaman.

tapi, czer ni kesannya selepas operation. aku x boleh nak rooming in with baby srbab aku czer n rasa ngilu2 masih ada lepas bius habis. so baby terpasang bottle feeding  yg akhirnya membuatkan baby aku nk bf hanya selepas sebulan usianya. now alhamdulillah 70% bf the rest susu botol.

kenapa aku czer?
1. takde gesa. serius. takde. bacaan ctg aku pon showing no pain.
2. ketuban aktif bocor.
3. lepas 1pil induce, 3 beg pitocin, aku still takde gesa. doc yati kata aku kebal.utk pengetahuan kata adik n mertua aku yg alami kelahiran paksa (pil induce) kata diorg bersalin paksa lagi sakit dri bersalin normal. but still, pain no show. so aku takde laa merasa sakit bersalin bila pinggang "menggigit" bagai.

itu jela kot ceritanya. berat aku skrg lagi 4kg nk capai berat asal. tapi aku nak turun dari berat asal.takpelah. enjoy bf dlu (maksudnya i have to eat like a mad cow lulz!). kenaikan berat sepanjang peknen ialah 13kg. toing toing toing :p

Wednesday, May 17, 2017

cinta beralih arah

salam.. pekaba semua?
hampir 5bulan kita tak bersua..
maaflah sebab semuanya datang cara tergesa2.
rindu ada, gembira pon ada.
ni haa dia, cinta hati terbaru hamba.
bukan orang muda tapi anak dara.

hehe.



"no camera please"

Saturday, December 31, 2016

selamat tahun baru. jom sambung cerita.

selamat tahun baru eh korang. apa nak cakap: semoga 2017 brings alot of hapiness to uols.. amin.

nak sambung cerita lepas 90 hari tu apa jadi haa.. benda dah setahun so aku kena recall sambil kunyah kurma 44bijik ni nak kasi ingat. lulz.

maka lepas dapat tahu yg kami ada 90 hari je left utk buat persiapan. memula sekali yg aku buat ialah p carik sijil kursus nikah aku. b4 keluar negara ritu mmg aku dh siap2 kursus (tanpa sebab utama) bila balik tu aku check sijil mmg ada lagi. tapi ntah mana silapnya adik aku jenis rajin mengemas bilik n segala fail aku tu aku syak dia p letak mana ntah. so bila sijil tu amat2 diperlukan, its GONE! seminggu cari tapi x jumpa *nangis* so terima kasih pada gugel, aku p cari solusi nya segera. sebab kalau nak nanhis pon mmg tak guna kan cik peah.. lagipon bukan aku sorg yg penah hilang sinil kursus nikah kan..? haha optimis kan aku? kah.

so bila dah rujuk few blogs (thanks korang aku dh lupa blog2 tu) alhamdulillah aku dpt setelkan masalah kehilangan sijil kursus tu. jangan main2 weh. kena amgkat sumpah n bahar bape hengget ntah. dh la aku kena p 2 x pejabat sumpah tu sebab msa 1st time p aku lupa tarikh kursus tu. adoi. ujian.

documentation pon bukan senang nak siapkan. dalam sebulan gak laa sebab nak tunggu pihak lelaki punya doc siap baru aku boleh siapkan. tunggu dia setel ngan pejabat agama dia cop sekua bagai baru dpt pada aku kemudian once aku setel semua kena plak bagi kat dia balik (ye ke? adehh lupa!) tapi mmg sebulan gak nak siapkan documentation tu. haru. tu tak masuk bab test hiv bagai. pon kena p klinik 2-3 kali sebab aku p salah hari n salah paper nak bagi klinik hahahah! ok tak kelakar.

setel bab 1, bab2 lain yg dok q pon bleh tahan penting. katering, mak andam, hantaran, gudibeg tuh semua. bare in mind benda2 ni semua aku kena handle sendiri (bab hantaran mujur mak aku handle) sebab adik beradik semua dh kawen n dok luar negeri (bukan luar negara yerk) then kawan2 pon tak tau aku nak kawen.. plus kalau tahu pon yg bujang semua kat luar negeri n luar negara mana nak jumpa apatah lagi nak tolong. so i am all alone. blur tu jangan cakap ah. nk beli cincin pengantin lelaki pon aku kena gugel. haa yg ni kelakar sebab dah gugel dua tiga blog semua sebut nama kedai ni bagus utk beli. tapi tempatnya kat KL. masa tu aku masih kat Melaka. so naiklah bas berbondong2 kemudian naik lrt la jalan kaki la tanya org la baru smpai mall tu. bila aku smpai dan mmg ikut number lokasi kedai tu... aku terpana! lepas tu aku mcm nak nangis..!

apa berlaku eh? jeng jeng jeng

(bersambung)

Saturday, September 10, 2016

10/9/2016- hari sepatutnya kami nikah, tapi...

aturan tuhan itu tak pernah silap. semasa perbincangan antara kami (dalam taaruf) plan nya memang hari ini.. 10 sept dua kosong enam belas. tapi bila sampai perbincangan pihak atasan (kedua belah pihak) tiba-tiba ianya jadi 30 april 2016! dah laa masa tu aku kat dapur tak tahu apa2, yg tukang bagitau on the spot pulak adik ipar lelaki yg tolong angkat dulang lauk masa tu. bila dah 2 kali tanya kepastian, dan dua kali jugak dia kata "yer kaklong, nikah 30 april!" bersungguh dia masa tu sebab dia takut aku igt dia main2 haha!

apa lagi terus aku meluru p tengok kalender terdekat..

what??! 90 hari lagi?!!

bersambung... 😅

Friday, May 27, 2016

cerita 1: Bagaimana kami bermula

things is, benda ni di luar fikiran. instinct dah lama dah tau apa boleh terjadi, melalui doa, usaha, doa, usaha lagi.. dan lagi.. smpai satu masa, sebenarnya aku pilih utk mengaku kalah dalam hal perjodohan.

hinggalah 1 hari di bulan ogos 2015 kelmarin, aku terjumpa status KakFel, dia mengajar bagaimana mahu menjadi manusia lebih bersyukur, bagaimana mahu agar doa2 kita dimakbulkan seperti kilat. tips diberi hampir 12. aku cuma buat 3 atau 4 sahaja. masa tu masih lagi tak rasa mahu berdoa utk jodoh. penat dan merajuk barangkali. bila fikir2 sekarang, bodoh juga ya, merajuk sama Tuhan dan takdir yg diberi? hurm..

lantas aku buat sungguh2. antara pesan kak Fel, kalau biasa dhuha 2 rakaat, kali ini tingkatkan jadi 4rakaat. kalau dlu sedekah sekian2 amount, kali ini gandakan sedekah dan amalan2 yg lain. kalau terbiasa bangun tido cuma retinya celik mata dan terus bangkit, cuba pula bangun dan pertama kali diucap alhamdulillah nyawa masih dikandung badan, alhamdulillah anggota badan, mental fizikal semua lengkap sempurna. (kalau biasa baca buku Law of Attraction, mmg ini saja2 tips yg omputih tu bagi, padahal dalam agama sudah ada dititip awal2 supaya kita ini diajar utk reti bersyukur dan reti meminta pada yg berhak diminta.. ironi.

dalam buat tips2 diberi dengan tak berapa nak sepenuh hati, aku juga masih berdebar menunggu keputusan dari apa yg ku minta, ku amal. jodoh masa tu dminta dari tangga 4. tangga 1-3 aku berusaha doa yg lebih2 penting (aku kira) waktu itu. kerjaya, mati dlm islam n amal, ibu ayah, sahabat dan keluarga semua. jodoh mungkin no 5. ya. bukan top 3.

lepas 3 hari, aku bertemu Fahri. ait? no 5 kan? kenapa dia yg aku perlu jumpa dlu?

jeng3. bersambung.. :p
hari ke berapa ntah. dia ambil cuti dan dibelanja makan sempena hari lahirku baru2 ini..

Monday, May 9, 2016

alhamdulillah :)

10 hari dalam hidup yang baru.
masih kena belajar banyak dari suami saya.

makan pakainya mudah dijaga. tak cerewet.
doakan kami dipermudahkan semua urusan.

cerita bagaimana kami bermula?
harus cerita disini inshaAllah.
bagi sy sedikit waktu ya.
pinky promise. saya ceritakan ;)

Alis dah kawin.. tak percaya kan?

Monday, April 11, 2016

2012


aku tak tahu kenapa aku bagitahu kamu

aku jenis advance mungkin.

nak tahu sejak bila aku simpan gambar ni?

2012.

yes, 2012.

bila nampak, terus rasa nak kawen.

rasa macm fairy bebenau. padahal gambar je.

bila rasa down, pandang lagi gambar ni.

aku bukan jenis beria, aku cuma berani dalam hati.

so berangan tak salah.

kumpul gambar2 mcm ni tak salah.

janji ko berangan dalam doa dan usaha.

chayok!

p/s: yer, sebab berangan tu tak salah, aku berani laa simpan gambar model baju pengantin size zero ni, kah!

Monday, March 7, 2016

M.o.J.o dan pantun berkerat-kerat.



Assalammualaikum semua..

Lama tak kesini
sebab tak tau apa nak beri
dan sedar takde siapa yang cari

blog jodoh makin sunyi
bukan makna aku sendiri
masih wujud, dalam realiti

inshaAllah bukan nak janji
bukan juga nak bagi kata pasti
Alis akan tetap ada kat sini
sampai akhir nanti

yang sudi hadir menjengahkan diri
terima kasih tidak terperi
ikhlas dari hati sanubari
tanpa kalian disisi
hidupku kosong tak bererti.

kalau Alis jemput kenduri,
ada sesiapa yang nak hadiri?
hihihi~

Wednesday, February 10, 2016

Malam Pertama Di Bilik Ini...


pernah menginap 4 malam dalam bilik cantik ni. sesuai dengan pemilik kediamannya yang bergelar Fashion Editor. kerjanya terbang back and forth London-New York.

nyaman je bilik dia.

tapi, senyaman2 dan setenang2 keadaan bilik ni, sampai sekarang aku tak boleh lupa malam pertama aku tido kat sini. aku mimpi buruk sangat2. hoho! mimpi buruk apa yg paling tak best? sah2 mimpi hantu! ko jangan ingat kat London takde hantu eh~ 

apa mimpinya? memang aku tak dapat nak cerita kat sini. tapi yang pentingnya, dalam mimpi tu melibatkan salah sorang ahli geng kami gak. bila bangun2 tu, dia pulak cerita dia meracau sampai baca yasin sambil mengigau (geng lain yg terjaga sahkan hehe~)..

masa dia cerita tu kami baru 1st night, so aku diamkan jela dulu, sebab takmau la bila aku cerita kang, haru pulak jadinya, silap2 tido semalam je terus blah. tanak ah aku, rumah tu cantik sangat, aku suka deco dia, even frame dia sana sini tergantung gambar model pompuan(yg senonoh yer), masa aku nmpak gambar2 tu aku p gantung tisu. imajin, dalam toilet pon dia nak letak frame, haha~

kira berani la gak aku tido sorang2 selama 4mlm kat sini. sedang budak2 lain dari 2 bilik jadi 1 bilik himpit berlima. sebab takut. haha~ tapi serius, aku suka deco rumah dia. and mmg segenap pelusuk laa aku amek gambar area2 rumah dia ni sebab aku suka. main kaler dia pastel (hijau-krim-koko-pink2 sikit), jenis kaler tak garang.

Wednesday, December 2, 2015

bila nak salji ni..


this is Skye. selagi kau jenis tak pandai nak mabuk darat, u are safe. sebab nak sampai sini.. dia punya jalan, lebih dari berliku, lebih dari berpusing2. sejuk dan kalau ko tak reti control, ko akan rebah.

tahniah, u are taff, alis.

kah!

Wednesday, September 23, 2015

perihal apa-apa sajalah.

Everybody makes mistakes. No one is spared. Making mistakes is part of life.
We make mistakes and we learn from it. That's is how life should be.

But we can't be making the same mistakes again and again.
That's is stupidity.
Start to learn from it and avoid repeating it.

Sometimes,
we never realize it was a mistake until it was too late,
or someone highlighted it to us.

cerita mudah yang dia nak cakap ialah;
dah ludah jangan tengok2 balik dah ludah tu.
tapi kalau tak jijik, tak apa.
teruskan tengok.


salam wuquf untuk semua.

Thursday, September 3, 2015

alhamdulillah :) :) :)


saya single.
tapi tak available.
terima kasih atas doa semua orang.
saya masih milik kedua ibu bapa.

1-0?
heh.

Sunday, August 23, 2015

pengisian jiwa demi kelangsungan sebuah perubahan? tidak mudah.


makan2 sambil jalani usrah.
penuh perut sarat pengisian jiwa.


30min perjalanan dari rumah.

sumber protein saya kini.
(tipu, ni makanan burung)

Monday, August 10, 2015

mata vs hati, biasanya kalau lawan, dua-dua kalah.

 semua orang penah hadapi situasi yang mereka tak mahu hadapi. baik seringkas2 tak tahu nak pilih kaler tudung apa utk blouse biru pada hari isnin, hinggalah serumit kalu kena pilih salah satu antara dua option, walau dalam dasar hati, kau sedia maklum, kedua pilihan akan melukakan hati, sama ada kau atau pihak satu lagi. (aku bukan ckp pasal boifren gefriend eh kat sini)

satu je aku sebagai pompuan maklum.

pompuan ni, kalau orang sakitkan hati dia, dia akan menangis. kalau dia sakitkan hati orang pon, dia menangis jugak.

Wednesday, August 5, 2015

auch!


Tuesday, August 4, 2015

pantun 2 kerat

perkara di atas tidak bersabit dengan pantun 2 kerat di bawah.

Terhenti lamunan ini
bila ku tahu namanya seakan "Fahri"

#jodohalisdimanadansiapa