aku tak pernah berhenti mencari "rusuk kiri" ku.. ya Allah, permudahkanlah, amin.
Nuffnang
Thursday, July 19, 2012
daripada andrea hirata..sesuatu.
Guru mengajiku pernah mengajarkan..bahawa pertemuan dengan seseorang itu mengandungi rahasia tuhan.
Maka pertemuan itu ialah nasib.
Manusia tidak bertemu hanya begitu saja.
Pasti ada sesuatu disebaliknya.
Begitu banyak org berubah lantaran kerana sebuah pertemuan.
Disebabkan itu.. Umat islam disaran agar melihat banyak tempat dan bertemu dengan ramai orang..
Untuk merubah nasibnya..
Dan beruntunglah sedikit manusia yang memahami erti sebuah pertemuan itu..
Wednesday, July 18, 2012
Dia bukan fahri yang saya tunggu agaknya.
Ujian pertama telah berlalu.
Sy fikir mungkin lepas ini laluan dlm pencarian makin mengecil.
Siapa2 akan berfikir 2-3 kali jika status gadis itu "pernah bertunang, tapi putus"
Saya tetap menjadi seorang yg mahu berlapang dada menghadapi ujian2 Nya.
(tipulah saya kuat sangat.. Saya bahagia bertemu dengan para peniup sema ngat dan punya lebih dari 4 bahu mintak disandarin ;)
Ujian kedua bermula.
Cuma yang ini saya mahu ringkaskan sahaja.."tiada jodoh" itu ayat terbaik buat kami.
Tidak bertunang. Cuma hampir.
Kerana sy takut pd pndngan org bila melihat gadis yang pernah putus tunang 2x. Sedar.
Ada yg tabah berlebihan dari sy.
Ramai. Sy tahu itu. Cuma untuk sy..kalau diberi..sy tak cukup tabah seperti mereka.
Fahri sy harus kenal kiblatnya. Itu minta sy andai datang permintaan untuk dijodohkan lagi...
Anda mahu tahu.. Kerana itu saja..saya menolak. Dan kerana menolak..saya dikata dgn pelbagai kata. Itulah akhir ujian kedua sy :)
(kenapa saya menolak?..bersambung...)
Tuesday, July 17, 2012
fahri itu yang benar fahri atau fedi nuril?
Saya menamakan peminjam rusuk saya sebagai "fahri" sejurus selepas saya habis membaca novel AAC selepas 3x.
Itu cerita hampir 3tahun lepas.
Sebelum filem AAC (ayat2 cinta) difilemkan.
Sebelum saya kenal fedi nuril (pembawa watak fahri)
Saya rasa satu perasaan torn..berbelah bahagi waktu itu.
Sebab kalau mahu seorang mcm fahri..
Saya belum jadi sperti maria.
Aisyah apatah lagi.
Lantas selama sejak itu. Sy istiqamah.
Tak bnyk kemajuan yg sy dpt capai
(lantaran lemahnya iman saya dan banyak pula ujiannya.)
Lalu jodoh hmpir sampai. Tapi putus ditengah jalan lantaran campurtangan org tuanya yg agak melampau (bila jumpa ayahnya di satu majlis sy cuma tersenyum. Tidak bersalam. Ujian pertama sy dlam mencari fahri pun bermula...si ayah tidak setuju sy tidak bersalam drngan waktu. Malu bila ramai org lihat dengan kelakuan "tidak sopan" sy terhadapnya.
Si ayah mengadu pada anak. Anak telefon hingga menangis dan mohon saya "jangan sakiti" hatinya. Jika ayah terasa..saya terasa sama..dlm menangis dia mngujarkan itu..cuma pada mggu pertama kami bertunang...
Saya sudah termenung. Ah. Sudah. Hujung2 saya minta maaf. Katanya "tak mengapa..hal kecil saja tuh.." tapi itu semua ialah pemula rupanya. Kemudian bila tidak sefahaman..(lantaran kami juga tidak saling mengenal lanjut sebelum bertunang).. Sy diputuskan melalui sms. Sejarah. Tidak sedikit sy menyesal. Bak kata penghidup2 semangat.."mujur dia putuskan tunang..kalau diceraikannya memalui sms..kamu sudah jadi tajuk utama akhbar2 utama..dihubungi mingguan wanita..atau paling2 tiba2 masuk psatuan ibu tunggal..bila ditanya "bagaimana".. Kamu jawab pula "melalui sms kakkk..." pecah tawa kami..sampai sy mengelap air mata akibat tertawa..
(bersambung...)
Sunday, July 15, 2012
Takut komitmen..sebab itu kawen lambat?
Mungkin itu salah satu punca. Tapi jujurnya;
Saya lebih takut jika pasangan (bakal suami) tak mampu untuk terima kelemahan saya yang bukan lima atau lapan atau lapan belas macam itu.
Jujurnya.. Saya takut yang itu. Tak pasti kenapa.
Tapi itu mungkin punca kenapa sy lewat mencari jodoh.
Saturday, July 7, 2012
pitam dalam pelik
Satu malam... Sebuah sms dtg..
Dgn 1 soalan.."lis..akak nk knalkan hang dgn sorang mamt ni...boleh?"
Kepelikan sedikit. Sbb akak kpd 2anak ni xpnah sms sy. Jumpa time knduri..selalulah..
"kwn akak ke?" sy sekadar berbasi tanya.
"haah...kawan fb..dlm 3bln kenal"
Saya terus kepitaman dlm kepelikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)