Nuffnang

Saturday, June 19, 2021

one of many yang kita tak boleh kawal..


 … is jodoh. deffo.


sebab Allah dah cakap, jodoh maut pertemuan semua Dia yang Maha Pengatur.

there is no such “wanita malang ialah wanita yg silap pilih suami” OR “rumahtangga ni satu perjudian” OR “jadi bodoh2 demi jodoh” OR “kurangkan sikit hormon jantan demi jodoh”

u have your own thoughts. hold on to that.

some of them juga terlupa, aku bujang lama sebelum jumpa suami. and some of them lupa, pendapat aku tentang jodoh tetap sama tak kira aku belum kawen atau dah kawen, walau aku nak cakap sangat2 “dugaan lepas jumpa jodoh tu lagi besar sebenarnya” tapi tula, aku cuma alis. bukan prof alis. eh. 

yg masih bujang, buat saja apa yg anda rasa selesa.

bak kata suami, kita boleh carikan (jodoh), utk kawan2 yg masih bujang, tapi empunya diri sendiri wajiblah dalam situasi “berkehendak”, kalau dia taknak, kita carik n paksa pon, tak guna juga. btw officemate depan meja suami ni abg Z nama dia, ada moto besau duit banyak (ops!), keje stabil, dan baik orgnya, umur almost 50, tapi bujang. awal2 kawen aku beria gak nak carikan jodoh abg Z, sbb stok2 baik ni susah dah nak jumpa, n aku rasa sayang kalau abg z ni smpai ke sudah dia membujang, suami cakap satu je “kalau dia nak kawen, baru kita carikkan, buat masa ni, dia TAK berkehendak walaupun dia lebih dari MAMPU” hurm.. 

siapa tak sedih tengok kawan2 atau sedara atau orang keliling yg bujang2 ni belum berjodoh.. aku sedih. tapi at the same time, aku rasa biarlah kalian cari sendiri.

perkahwinan ni, kita kena sendiri kemudi. dan memang kena wajib berkehendak. kena bersedia, pertahankan smpai hujung nyawa jika boleh (kalau bolehlah..)

ada kawen, tak bahagia, lebih suka membujang kembali jika tahu perkahwinan tu tak bahagia.

ada pilih bertahan, demi anak2.

ada yg bahagia sampai sudah.

ada yg menyesal.

ada yg time bujang, bahagia. time kawen pulak kena pukul bantai mcm kerbau lembu. kena dera mental fizikal.

ada yg tak tau rupanya TERkawen dengan pasangan yg songsang nafsu. kawen 6 tahun tapi masih lagi perawan. 

macam2 lagi tak mampu aku nak list kan. korang baca kat iium bab rumahtangga je cukup.

sampai ada bujang yg bertanya “sebegini deritakah sebuah perkahwinan?” 

kawen ni tak derita, kena keep on doa, dijumpakan dengan pasangan yg kita PERLU, bukan kita MAHU. 

as for my husband, he is deffo have both. yg aku PERLU dan aku MAHU. Allah Adil utk aku smpai aku rasa errr apa yg aku doakan smpai Allah bagi dia as suami aku? sedih terharu disitu. tapi tak cakap dia perfect. i tell u tahun pertama kawen aku terawih sorang diri tau. haaa cuak tak cuak. tapi masuk tahun ke-2-5 kawen ni dia laa imam teraweh aku. 3kali aku tak larat nak teraweh, while dia cemerlang 29malam takde ponteng teraweh. so be better is better than perfect 10/10 at the 1st place. kalau dapat yg 10/10 at the 1st place? tu pon nak tanya ke? baguslah maksudnya. takyah nak argue beria dengan aku, boleh? 🤣

tapi korang kat sini tahu la kan, apa aku nukilkan selama ni, kat sini. 

apa aku buat (extra) dalam 3 bulan akhir sebelum aku menyerah total kat Allah sebelum sikitttt lagi aku nak terlepas pandang profil suami aku kat baitulmuslim tu 😆

so korang yg bujang ni, nasihat aku, simple je, bila korang dah berkehendak, jumpa jodoh depan mata, nak kawen, kawenlah.

takde jodoh, kalian boleh khidmat dengan insan2 tersayang keliling korang.

sebab ada je sesetengah orang lepas kawen, lagi banyak kumpul dosa dari pahala. just saying my 20cent.


and pls jangan cakap “alaa ko dah kawen boleh laa cakap macam2..” just DONT. kalau aku cakap benda tak best dalam rumahtangga ni, cuma aku, suami n Allah jela yg tahu. takde rumahtangga tanpa ujian. walau besar zarah. bohonglah takde. tapi tu semua mainan jiwa, emosi time kalut, mcm2. pokok pangkalnya SABAR dan Bawak Bertenang selalu ☺️

No comments: