Nuffnang

Wednesday, February 10, 2016

Malam Pertama Di Bilik Ini...


pernah menginap 4 malam dalam bilik cantik ni. sesuai dengan pemilik kediamannya yang bergelar Fashion Editor. kerjanya terbang back and forth London-New York.

nyaman je bilik dia.

tapi, senyaman2 dan setenang2 keadaan bilik ni, sampai sekarang aku tak boleh lupa malam pertama aku tido kat sini. aku mimpi buruk sangat2. hoho! mimpi buruk apa yg paling tak best? sah2 mimpi hantu! ko jangan ingat kat London takde hantu eh~ 

apa mimpinya? memang aku tak dapat nak cerita kat sini. tapi yang pentingnya, dalam mimpi tu melibatkan salah sorang ahli geng kami gak. bila bangun2 tu, dia pulak cerita dia meracau sampai baca yasin sambil mengigau (geng lain yg terjaga sahkan hehe~)..

masa dia cerita tu kami baru 1st night, so aku diamkan jela dulu, sebab takmau la bila aku cerita kang, haru pulak jadinya, silap2 tido semalam je terus blah. tanak ah aku, rumah tu cantik sangat, aku suka deco dia, even frame dia sana sini tergantung gambar model pompuan(yg senonoh yer), masa aku nmpak gambar2 tu aku p gantung tisu. imajin, dalam toilet pon dia nak letak frame, haha~

kira berani la gak aku tido sorang2 selama 4mlm kat sini. sedang budak2 lain dari 2 bilik jadi 1 bilik himpit berlima. sebab takut. haha~ tapi serius, aku suka deco rumah dia. and mmg segenap pelusuk laa aku amek gambar area2 rumah dia ni sebab aku suka. main kaler dia pastel (hijau-krim-koko-pink2 sikit), jenis kaler tak garang.

3 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Manusia Berubah said...

errr...!! cantik-cantik-sweet pun seram mehh..!
'sesuatu' sangaaaattttt...

:p

||alis|| said...

seram. kalau tak betul2.. cuak jugak. mimpi tu mcm beria masuk dlm kepala kita ni seharian. dah la tengah happy2 nak meronda. haha~