Nuffnang

Tuesday, September 23, 2014

tak boleh lari jauh mana pon sebenarnya.

kalau takdirnya hari ini kita happy bersama namun esoknya kita bermasam muka.

aku nak kamu tahu satu perkara; manusia yg normal, akan marah, akan rasa tak puas hati, akan rasa kecamuk, akan macam-macam.. sebab apa? sebab manusia ni fitrahnya memang macam tuh. dan aku mengaku aku salah seorang manusia normal itu.

tapi macam mana marah, macam mana tak puas hati, macam mana kecamuk hatta macam mana rasa macam-macam pon, akan tetap ada surutnya.

bukan.

ini bukan sesi memujuk, jangan salah faham. aku cuma mahu bercerita tentang hakikat dan jahatnya peranan sifat yang bernama EGO. sifatnya memang mampu meruntuhkan siapa sahaja. tiada sempadan yang boleh bezakan antara EGO dan apa sahaja.

kau boleh jadi baik hati dan EGO.
kau boleh jadi lemah lembut dan EGO.
kau boleh jadi perengus dan EGO.
kau boleh jadi cantik dan EGO.

apa jugak pasangannya dengan EGO, semua jadi tak cantik, kan? normal la kan. mana ada sifat mazmumah yang baik kalau diganding dengan sifat mahmudah.


masing-masing dah dewasa, dah boleh fikir secara ta'akulan dengan baik.




sebab hujung-hujung pun aku percaya,
kau juga manusia normal.
sama saja macam aku.

-alis-
aku sedia maklum ada yg tinggalkan jejak disini
tanpa salam dan terus mengambil apa yg ada dengan rakus
itu tak bagus, tau tak.
dah lupa ustaz cakap apa?
mencuri itu berdosa

4 comments:

Umm AA said...

salam lis,
memang manusia dengan EGO susah nak dipisahkan ..bawa sampai kemati..ego ade yg baiknya..tp bykkannya tak baik..
psl travel itu secara islamnya kenalah seorang muslimah travel bersama mahram mereka tambah2 tmpt yg jauh makan masa 2 hari nak sampai cam fiji nie kan..
nampak lis cam btul2 berminat nak dtg fiji nie ...heheh, baru2 nie ade sorang pompuan melayu kawen ngan guy fr fiji, tp depa menetap kat australua lah..family laki tuh yg asal dr fiji...

Nizam.Ariff said...

Ego....lawanya rendah hati.
Ada sesetengah cara sufism yg menganjurkan satu perkara yg mudah...bos susun kasut anak buah di luar pintu...ada juga bos cuci tandas pekerjanya. Aku ada seorang kawan (arwah) yg memiliki kilang dan beratus2 pekerja...setiap hari Jumaat, dia akan berselipar dan memandu Van....hmmm....jap..jap....aku rasa elok aku tulis dlm entri aku kut...hehe...

||alis|| said...

kak ummu Aidan-Arissa

gulp- ternampak mahram tuh terus laju2 lower down sket semangat travel solo, ehehe~ yeke, jodoh tu kan kak :)


||alis|| said...

en nizam

apa2 semua berbalik pada hati, rasanya bos yg asal2 susah dan kemudian naik dengan cemerlang akan tetap ada rasa rendah hati di sudut hati. mcm bos aku yg sekarang, dulu dia punya susah, aku pon x penah jumpa. so bila dh ada staff, sebolehnya dia nak yg terbaik utk staff dia, sampaikan nak p keje pon, takyah susah2, dia terus belikan skuter, huntung x huntung.. itu baru part skuter, belom part lain2 :)

*baik ko sediakan n3 ko laju2, aku nk baca ;D