Nuffnang

Friday, January 24, 2014

re-union (dan lain2 isu berbangkit)

(akan) berlaku pada 1 may, 2014.

kenapa 1 may, khamis? sebab semua yang bekerja cuti. baik sang suami, sang isteri, atau erm.. si bujang.

pagi-pagi lagi aku dah dijemput, melalui mukabuku.

tengok je event re-union, semangat pagi aku yg berkobar-kobar, terus jadik lemah, ok ezegeret sangat, tapi betul apa!

masuk laa kejap page event, untuk tengok apa yang sedang diperkatakan dek alumni sekalian yg ada.

ada yang cerita sejarah silam mereka makan ikan jaket, daging tayar, sayur petola tua masak air..

ada plak yang cakap nak masukkan menu "burger segamat (sapa blaja segamat tak kenal beger segamat mmg penipu besor! lel~)"

ada yang cerita pasal makan di café yg diberikan nama khas seperti benteng (utk café di kolej lama) dan di uptown (utk café di kolej baru)

aku bukan anti reunion event atau gathering sebegini tau, but those yang pakai kasut yg sama, sarung topi serupa, korang akan rasa apa yang aku rasa, kan?

nak-nak tahun ni, lagi laaa aku terasa betapa kawan2 yang dulu dok berhuha huha sama2 dengan kita sewaktu remaja atau bergelar pelajar, mula tepek gambar anak2 masuk kindy, seusia 3 tahun, 4 tahun..

dem, memang terus rasa diri ni tua! perasaan dia macam..."kalau aku dah ada anak, anak aku dah masuk sekolah dah pagi ni..." gitu.

bukan cemburu, NO. itu bukan perkataan tepat. malah langsung tidak tepat.

perkataan (perkataan) yang betul ialah... kawan2 dah jalani kehidupan berkeluarga, aku, bila lagi agaknya yer? bila akan mula hantar anak sekolah yer... haaa.. macam tuh lah.

memanglah, bila dah ada anak, sedikit sebanyak aku lihat (atau kebanyakan) kawan2, life diorang dah tak sama macam baru kawen, atau masa anak2 kecil lagi. alah, benda berubah kan, follow the flow sajalah. memang ada ups and downs, tapi aku melihat keadaan aku jugak. bagaimana kelak?

aku masih tak seorang yang bujang, masih ada lagi kawan2 rapat aku yang bujang. kawan2 aku yg dah kawen pon, cakap masih ada kawan2 atau kakak2 diorang yang belum kawen, belum ada family (takde plak disebut abang2 mereka yang bujang yer, haha!)

yang ada sekarang ni pon, bukan satu jaminan untuk betul2 kami akan jalani kehidupan berkeluarga. oh tidak, selagi dia tak lafaz ijab & qabul depan ayahku/imam masjid, selagi itulah aku belum rasa apa patut aku rasa.


alaaa... at least ko dah ada la jugak jumpa someone..

alaaa... at least ko dah pernah rasa bertunang tuh macam mana..


kawan, I feel you, tapi kan, tuhan tu Maha Tahu kenapa Dia tak bagi kau sarung kasut aku.


sebab kalau Dia bagi ko sarung, aku sendiri takut kau terduduk tak boleh nak bangun.


.


8 comments:

Umm AA said...

mmg paham benar perasaan tuh..ms akak belum kawen dl rs jugak camtuh..yerlah dah masuk 3 series baru jumpa rusuk kiri kan..hehe

||alis|| said...

UmmuAidan-Arissa:

perasaan tuh kejap ada kejap hilang. harap2 tak lama lagi hilang lah ia. amin :)

peluk cium untuk aidan dan anak dara akak si arissa tuh :D

t.a.t.a said...

Sama la ngan aku alis. Segala reunion, gathering boke puasa ke raya ke tak pernah nya aku join. Sebab nya

1. kadang tu depa buat hari aku kerja. hari kerja aku lain dari depa. Sabtu pun aku kerja. hari cuti pun aku kerja.

2. aku adalah yang masih single. depa kalau datang mesti dengan hubby dan anak-anak. and nanti mesti cerita pasal family depa. aku malas la nak campur.

huhu

Ms.Lilies said...

Reunion?
Topik menarik psl aku pun yg dah berfamili sama2 laki bini xminat pegi...

Topik yg berbangkit are...
Ko xkeje?knp? Rugiiiiiiiii bljr
Org ni pakai kete gini org tu pakai kete gitu..
Org ni gaji gini org tu gaji gtu...
Org ni gini2 org tu gtu2...
Ai is tak gemo!
Maka xpayahla pigi heheheh

||alis|| said...

cikta


ok la cikta, kasut kita saiz yg sama~ huhuhuuuuu~

aku ada anak tekak je la, tayang time nganga molut nk makan, wihu!

||alis|| said...

kakmimi


skrg life kita mcm nk pls others je kan kak? huhuhu..

sebutlah memula, dari majlis kawen, majlis qiqah, majlis bday.. semuanya la..

buat kecik ke beso ke, org ngata gak. tak depan, scara belakang2.

ai is rimas gak kadang..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

akak xpenah dah p reunion lepas kawin.. pergi pun dulu masa bujang sebab masa tuh geng2 semua bujang lagi.. so takde hal kalau nak p reunion.. cerita pun lebih kurang sama..

tak minat sebenarnya bersosial.. kecuali kalau reunion tuh hanya sekadar kita-kita sahaja tanpa suami dan anak2.. itu akak boleh consider sebab sosial begini lebih privacy dan kurg sikit cite berkeluarga..

t.a.t.a said...

Betul tu Kak Iina. Kurang sikit cerita pasal family and also kurang sket perhatian pada family, more to kita-kita aje.

Lagi pun terasa juga pada mereka yang masih single itu kan?

Hehehe.