Nuffnang

Tuesday, February 5, 2013

pahala dari manusia

bahayanya tajuk kali ni. haha.

tadi, berwassap sama kakween.. jelang dari Melaka sayup ke Jakarta nun. berbincang2. tukar2 pandangan. makrifat.

lol.

tahun ni akan berlangsung sebuah lagi majlis di rumahku in sha allah.
adik lelaki no 3. takde tunang2, nikah terus. 10 bulan dari sekarang.

aku, masih macam dahulu. menunggu.
itu sajalah. usikan2 bakal menjelang,
tapi tak perlulah aku nak bubuh dalam perot.

senyum saja.
...dan pakai serta make up lawa2!
haha.

pernah, baru jugak laa berlaku,
aku ingin mengadap seorang jejaka nih.
menyampaikan hasrat.
tapi belum ada jodoh barangkali,
dia (mungkin) kepunyaan orang.

melepaskah? tidaklah.
aku cuma mencuba. kalau gagal.
tak apa, cuba lagi lain waktu.
oh, bukan gagal,
aku cuma beralih.

better.

benar juga, ada kala lelah. sering terfikir,
kenapa ada orang, wanita khususnya,
mudah2 mendapat jodoh.
terbaru yg aku baca,
jodohnya cuma di airport rupanya!
aduh. aku belom pernah lagi menjumpai sesiapa di KLIA,
di masjid apatah lagi, haha..
[mode: tetibe nak berumahtangga di KLIA, motip ala2 desperado?]

kepingin sebuah perkahwinan campur sebenarnya.
ya, saya memang tak sedor diri, haha!

tapi jodoh itu, tidak kira laa siapa, apa kerjanya,
janji,
dia mampu bahagiakan kita,
boleh manja dan pujuk2 kita sedikit2, sudah,
seribu rahmat.


ini sebenarnya, ikot masing2.

ada yg suka, ada yang tak suka. terpulang.

hidup kalau asek nakkan pahala dari manusia ni..
kalau dilayan..
lama lama kau juga yang penat!




xoxo
alis

2 comments:

AinNur Haris said...

cik alis..
ya, suka ayat "tapi tak perlulah aku nak bubuh dalam perot..."

hehehehe...strong enuff.. :)


.

||alis|| said...

bubuh dlm perot tu sy dgr sejak kecik puan ain. org2 tua dulu sgt strong eh.. haha.. tp dlu xde sentap2.. klu skrg slang2 mlka ni diguna pkai.. ai yg melaka pon silap2 sentap beria. lol!
salam jumaat puan ain :)