Nuffnang

Thursday, February 28, 2013

dalam hidup.. kita mesti akan..

dalam hidup... kita memang akan pernah jatuh hati pada seseorang yg bukan ditakdirkan utk jadi milik kita.

pedulikan siapa dia. atau betapa pernah kita merasa fullest of teruja pada dia.

dan bagaimana shit nya perasaan bila kita tertonggeng sakit sewaktu dapat tahu si dia itu sudah ada yang punya.

ketuk kepala sendiri 3kali.

dah tau kepunyaan orang, kenapa mahu dicuba-cuba?

degil.

ok.

degil yg positive.

haha.. takmo kalah pulak tuh.



but above all;

its the experience that count bebeh! heh.

Monday, February 18, 2013

hamba yg terasa hamba



hamba itu maksudnya apa?

"sanggup bersusah kerana _______"




kalau dia sanggup bersusah kerana duit;
maka dia jadilah hamba duit.


kalau dia sanggup bersusah kerana pangkat;
maka dia jadilah hamba pangkat.

kalau dia sanggup bersusah kerana jodoh;
maka dia jadilah hamba jodoh.

eh.
terasa ai. heh

hal2 perjodohan...


kalau belum mahir;
jangan difikir.
bukan senang nak lalui getir
silap2 maut dahulu yg hampir.


kan?






xoxo
alis

Friday, February 15, 2013

cinta jari manis part iii

apa bakal dirasa?

bila cincin hampir tersarung

tapi terpaksa dilurut

atas hal2 yg remeh

hal2 yg tak perlu kita berat-beratkan

tak perlu fikir sekarang..

kerana 1 perkahwinan

maksudnya 1 rezeki

kerana 1 perkahwinan

maksudnya 1 masa depan lain.

kenapa mahu takut.

kenapa mahu bimbang.

akan perkara yg tidak2.

baiklah; untuk ini; saya jahit sulam bndera putih saya.

#keluhkesah.

Wednesday, February 13, 2013

berkongsi kisah

belum mahu beritahu pada sesiapa.

kerana bimbang kelak ia akan bakal meluka.

baik aku mahupun dia yang disana.

masing masing butuh pada kerendahan jiwa.

bila berdua; harus juga mengalah pada yg ketiga.

hati; tenangkan saja.

keadaan ini tidak akan berlama-lama.

bertahan dan bersabar la ya?

^^

Tuesday, February 12, 2013

kalau fahri kata jangan, maka jangan dibuat..

Sy tidak obses dgn pencarian jodoh yg mirip fahri 100persen.
Sedar diri.. Sy bkn aisyah atau maria.

jauhhhhh sekali rabiatul adawiyah.


saya cuma meminta seperti gadis2 lain minta.

jodoh yang baik buat saya.


diri saya yg lama dah hilang.
diri yang selalu memikirkan ibu ayah dahulu..
kemudian fikirkan fahri saya.


ya, dulu apa2 perbuatan yg saya nak buat..
saya fikirkan bakal fahri.
berpuasa sunat pon saya hadiahkan pahalanya buat si bakal fahri.
serius, macam logic tak logic.

weird.
ia macam bermain dengan hati.

tapi itu dahulu.

kemudian saya leka.
fikirkan cuma ibu ayah sahaja.

dan terus leka.


tapi sekarang, saya nk cari balik diri saya!


take care everyone!



xoxo
alis

Monday, February 11, 2013

suatu masa dahulu..

- W'slm. Ok, saya baru saja download whatsup semalam. Itu pun sebab anak saya minta sebab dia org pun on android skrg. Selamat maju jaya dlm kerjaya..kalau free contact. Tq




[dem. boleh pulak teringat dia]

Friday, February 8, 2013

anak angkat

sekarang macam trend kan? agak2 kalau terasa diri tuh lambat nak kawen,
plan amek anak angkat harus ada dalam kepala.

anak angkat. anak orang. anak manusia.

amanah tuh weh..

ingat senang nak jaga amanah?

tak pasal2 orang akan cakap "takde masalah carik masalah"

ntah. aku dulu pernah terfikir, masa tuh masih lagi form 3.

-agak2 lepas nih kalau aku tak kawen, amek anak angkat la senang.
dah tua ada orang jaga.
(gile kau masa form 3 lagi dah terasa diri nih lambat kawen)



tapi bila fikir amanah tuh berat, terus hati aku bolak balik.

sebab jadik cikgu pon aku tak nak sebab takutkan amanah,
inikan pulak bela seorang (atau lebih) anak orang,
apa aku nak jawab depan Allah kalau aku gagal?.

aku rasa, kalau aku tak kawen,
tapi nak cari riang di muka bayi/ kanak2,
aku pi jer nak tumpang manja kat anak sedara,


sebab kalau aku bosan gak, aku pi laa buat umrah, jalan2 makan angin, buat group gadis bujang dan lewat berkahwin (pasti ramai kawan dalam grop tersebut, aku agak laa..)


haha!

Tuesday, February 5, 2013

pahala dari manusia

bahayanya tajuk kali ni. haha.

tadi, berwassap sama kakween.. jelang dari Melaka sayup ke Jakarta nun. berbincang2. tukar2 pandangan. makrifat.

lol.

tahun ni akan berlangsung sebuah lagi majlis di rumahku in sha allah.
adik lelaki no 3. takde tunang2, nikah terus. 10 bulan dari sekarang.

aku, masih macam dahulu. menunggu.
itu sajalah. usikan2 bakal menjelang,
tapi tak perlulah aku nak bubuh dalam perot.

senyum saja.
...dan pakai serta make up lawa2!
haha.

pernah, baru jugak laa berlaku,
aku ingin mengadap seorang jejaka nih.
menyampaikan hasrat.
tapi belum ada jodoh barangkali,
dia (mungkin) kepunyaan orang.

melepaskah? tidaklah.
aku cuma mencuba. kalau gagal.
tak apa, cuba lagi lain waktu.
oh, bukan gagal,
aku cuma beralih.

better.

benar juga, ada kala lelah. sering terfikir,
kenapa ada orang, wanita khususnya,
mudah2 mendapat jodoh.
terbaru yg aku baca,
jodohnya cuma di airport rupanya!
aduh. aku belom pernah lagi menjumpai sesiapa di KLIA,
di masjid apatah lagi, haha..
[mode: tetibe nak berumahtangga di KLIA, motip ala2 desperado?]

kepingin sebuah perkahwinan campur sebenarnya.
ya, saya memang tak sedor diri, haha!

tapi jodoh itu, tidak kira laa siapa, apa kerjanya,
janji,
dia mampu bahagiakan kita,
boleh manja dan pujuk2 kita sedikit2, sudah,
seribu rahmat.


ini sebenarnya, ikot masing2.

ada yg suka, ada yang tak suka. terpulang.

hidup kalau asek nakkan pahala dari manusia ni..
kalau dilayan..
lama lama kau juga yang penat!




xoxo
alis