Nuffnang

Thursday, January 31, 2013

hari ini, 2 tahun lalu.

31 januari.. tiada istimewa berlaku, kecuali dirisik... dan bila tak menjadi.. cincin hasil risikan sudah ku jual pda somebody close to me.. pelik aku bila dia cakap nak beli, heh. ada cakap badluck, ada yang tak kisah. aku memilih utk tidak kisah. let by gone be by gone. sebab semua yg berlaku, pernah menjadi indah sebelum ia merosak. heh.. (mode: angin syurga- misha omar)

Wednesday, January 30, 2013

buat si bujang

usia makin menuju ke suatu angka lagi, lalu mana arah mahu ku tuju, selagi inai dijari belum menjadi penyeri, selagi itu tiada erti merah di kuku.. bosan berfikir tentang jodoh, doaku masih belum diterima, aku cuma mampu gelak bodoh, bila ditanya "apakah sudah mula bercinta?".. pengalaman lalu aku kutip, biarlah pahit, tetap punya manis, biar kenangan mejadi teritip, tinggalkan bekas lalu aku menangis.. jangan ditanya kenapa aku masih sendiri, ada masa aku juga ketawa bersuka ria, tiada guna simpan dalam hati, kalau di dalam kau merasa terseksa.. bujang punya banyak cara.. bujang juga kaya masa.. bujang pandai selesai teka.. bujang tahu jalannya dimana.. bujang mudah selesaikan ibadah.. -------> alis :)

Thursday, January 24, 2013

...buat bakal anak2 mak... (jika ada kelak)

Pesanan buat (bakal) anak2 ku... ".. hai syg2 mak.. Maaf, sbb dpt kalian lewat dri plan asal.. Mungkin msa kalian makin meningkat dewasa..mak sudah semakin tua (tp jiwa tetap muda ye! Haha). Tp, jika kamu ada apa2 beban mahu bkongsi bahu.. Jgn segan2.. Mak sentiasa ada sebelah kamu tau.." (bt kawan2 yg sudah punya anak.. Tahniah)

Sunday, January 20, 2013

tanpa sedar

Mendukung anak sedara yg makin bertambah setiap tahun... Ditanya orang "bila mahu dukung anak sendiri ni?" Jika menjadi pengapit orang... Akan ditanya... "bila pula mau orang lain jd pengapit kamu ni?" Jika mendapat undangan majlis.. Sedaya upaya aku cuba hadiri.. Bsama senyuman di wajah dan sendu dihati... Bersama soalan utk diri sendiri... "bila agaknya kawan2 pula yg akan hadiri mjlis ku..." Sudah menjengah hampir 31.. Few months away only. Msih belum dpt membayangkan. Tidak meninggalkan terus kenangan lalu.. Tetapi tidak pula dihantui oleh kenangan2 itu. Sy jenis mudah melepaskan. Mungkin sukar melupakan. Itu sedikit keburukan. Well..who doesnt? :)

Sunday, January 13, 2013

apa yang saya buat...

............ Apa yg sy buat dengan hantaran2 terdahulu? Ada org buang.. Bagi orang.. Sikit pon xmau amek tau.. Sbb marah sgt mungkin. As for me.. Sy tak buang semua. Ada 2 barang yg smpai kini sy guna. Salah satunya.. Telekung. Yg lain.. Hantaran bukan makanan sy tak banyak. Maka set wangian (jenamanya sy tidak guna) sy minta ibu beri pda anak lelaki jiran yg akan menghantar rombongan merisik. Berkali2 mak nya bertanya.. Betolkah beri ni.. Ibu jawab..ya.. Ambil saja.. Kasut pula sy guna smpai lunyai.. Haha.. Sbb kasut ialah belian sy sndiri. Nah.. Serius tak banyak. Heh.