Suami saya adalah serorang jurutera komputer, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih... lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.
Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?"
Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok."
Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."
Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lamgi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku... biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang- barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
aku tak pernah berhenti mencari "rusuk kiri" ku.. ya Allah, permudahkanlah, amin.
Nuffnang
Wednesday, November 30, 2011
Monday, November 28, 2011
melayan sunyi dan riuh..
sunyi
ada yang suka tidur dalam suasana sunyi
bunyi ketik sikit atau pintu berbunyi
terus sedar2 pandang ke tepi
riuh
ada yang suka tidur dalam riuh
jenis suka bising dan kecoh
dia boleh lena walau bantal tak dihulur
terer org macam nih kan, saya tabik jari sepuluh.
sunyi
ada yang suka berkarya time sunyi
sebab katanya, masa itulah idea mari
kalau tetibe blur, pi dapor buat kopi
syurga katanya, bila cicah dengan biskut merry.
riuh
si pengkarya kalau terasa nak cari tempat untuk riki
sanggup jer dia masuk kedai mamak walau dinihari,
walau tahu sekarang nih, situ port laptop senang kena curi
takpe, boleh sambar satu tab bila hujung bulan dapat gaji.
saya sekarang dalam mode riuh dalam sunyi
penderhaka kepada perasaan sendiri
.

Saturday, November 26, 2011
statik
takut nak ke depan walau setapak.
nak kebelakang semula, tak mahu jugak.
hati berlagu nyanyi walau kadang ia berdetak.
antara cinta dan benci
dua dua aku sudah tak puji
ya, aku bukan org macam tuh punya suci.
sampai kapan harus aku diuji?
sebagai manusia biasa dan bukannya sufi,
aku tahu lelah penat punya erti.
bicara sama bulan, aku perlu tuggu malam hingga dinihari
bicara sama mentari, aku tak tahan dek silau dari sisi
mahu diluah pada angin, pastinya berlalu pergi tak kembali
hujung hujung aku rasa, perlu tunggu si pelangi
walau bila datangnya tak berjanji dan kadang tak ditepati
aku butuh juga menunggu, kerana pelangi, antara suri dalam hati
:)

Friday, November 18, 2011
bila hati berbisik, dan jari mula hendak bertinta..
menoleh ke awal awal nukilan
terdetik kini apa akan jadi pada akhiran
harap ini cuma satu kitaran,
bukan terpatri sebuah hujung simpulan.
idea, idea, dimanakah anda?
saya tetap akan cari walau dimana kamu berada.
walau ke mana, saya tahu perginya kamu tidak jauh melata.
sebab sedikit sebanyak kerna kamu, madah saya kini sudah berbeza.
mungkin sedikit punca kerana saya kini bukan dalam gundah
tapi bukan juga saya kini dalam bahagia
percaya atau tidak saya perlu emosi jika mahu bermain seloka
kala itu, semuanya akan datang berlumba, mencurah curah..

Sunday, November 13, 2011
berbeza itu unik sebenarnya
saya kadang boleh terlupa dia july's baby
dan saya may's baby.
macam langit dengan bumi.
tapi kami masih ada persamaa.
ada sifat tak bergantung beria.
mmg memula saya tak boleh terima.
tapi saya diajar, dinasihat oleh dia dan kawan2 baik.
"saling berkenal itu lebih baik dari nak beri kata putus buat masa nih.."
yer..yerr.. baik.

Friday, November 11, 2011
cinta itu umpama...
nyamuk.
sebab...
kalau kita pasrah, dia datang n gigit, kita diamkan jer, walau tahu kesudahannya kita akan terasa gatal pas kena gigit. kita biar jer dia gigit.
cuba kalau...
kalau kita tak pasrah, sebelum dia datang, dengar bunyik weng3 jer kita dah macam org gila menghalau.
atau, amek ridset, spray bagai nak rak, semata takmau dia kacau atau gigit kita.
*bidalan yg ilhamnya saya dapat, semasa nak tido, 3 mlm lepas.
heh.

Tuesday, November 8, 2011
nak tunggu apa lagi
ada yang menyahut sudah.
bila dia mahu datang ke rumah? saling berkenal? saling mengenal?
jangan lewat2, perkara baik tak perlu tangguh. ada yang berkata.
yep, kalau dulu, saya sendiri selang dua hari akan tanya benda yang sama. cuma bila dah pernah melalui peristiwa pahit, dan ada pengajaran di dalamnya yang saya panggil hikmah, saya tidak lagi mahu terburu, tergesa, nak cepat sudah atau nak cepat sahkan apa yang masih belum sah.
saya belajar dari pengalaman lalu.
dia belajar dari pengalaman lalu.
saya juga ada belajar dari dia tentang sesuatu.
sabar.
"antara kita sekarang nih cepat atau lambat sahaja , saya sendiri tak mahu pisang berbuah 3-4kali" ujarnya.
mana yang tahu, tahulah. kami minta semua pendamkan dahulu. ada perkara masih belum boleh dibuka secara terang2.
cuma mana yang masih tak tahu tuh, itu yang memeningkan kepala.
masih sibuk mahu kenalkan dengan si X, si Y, si Z.
aduh.

Subscribe to:
Posts (Atom)