Nuffnang

Wednesday, July 20, 2011

ingin sekali berkongsi rasa, namun..

mahu, malah ingin sekali rasanya,
aku berkongsi apa yang aku rasa 2bulan lalu.
semestinya sebuah kesedihan lampau.
semua dah jadi sejarah, kalau boleh, nak kenang pon aku dah tak mahu.

ianya pahit. terlalu pahit.

maruah keluargaku diinjak2 oleh dia, si bekas tunang,
bila pertunangan diputuskan dengan cara yang paling kurang ajar
waktu kejadian, aku tak pernah terfikir;
pada hari itulah ikatan terputus

tak pernah terfikir;
bila balik rumah
aku balik dengan keadaan aku bukan aku.
kemudian terfikir: bagaimana, bila, dimana
waktu yg sesuai untuk diberitahu perkara ini.
aku memerlukan lebih 30jam untuk beritahu bunda dan ayah;
selepas dia memutuskan ikatan

sebab aku takut. aku sedih.
aku terfikir satu: MARUAH MEREKA.

tiada masalah.
aku tak buat hal.
aku tak tarik muka.
malah tak buat apa yang aku silap.
tapi dipilihnya juga hari itu untuk memutuskan.
hari yang baik, bulan yang baik.
malah sebelum seminit terakhir sebelum perkara itu berlaku,
aku membelek cincin tunang, sambil tersenyum.

apa maknanya.
selama ini, selama 5 bulan ini, dia cuma berlakonkah?
kata dan pendapat mereka yang tahu,
aku patut sujud syukur 3malam berturut kerana Allah hadirkan ujian ini.
dan, Alhamdullilah, dah pon aku buat.
cuma aku tak pasti, dimana salah silap aku, ujian datang begini.

sebulan pertama selepas putus, aku banyak dekatkan diri denganNya.
banyak belajar lebih dalam lagi tentang

apa makna redha,
apa makna pasrah.
apa makna doa,
apa makna bersangka baik dengan Pencipta,
apa makna usaha,
apa makna bermula dari kosong kembali,
dan apa makna sebuah kemaafan
*yg ini paling tak mampu nak buat sehabis daya, sampai sekarang.

7 comments:

Anonymous said...

semoga kita tabah dalam apa jua halangan dan cabaran hidup alis....by along....

kueh bakar said...

pahit tu obat.keep movin forward...

...kadang ujian tidak datang kerana kesilapan..

kadang ujian datang kerana Tuhan suruh datang...

||alis|| said...

along: thanks along ;)

kueh: betol. kadang cuma fikir mana datang semua kekuatan untuk terima semuanya? hmm..

Anonymous said...

cik alis..
itu pengalaman.. pengalaman yang membuatkan awak HEBAT daripada yang lain..

tahniah kerana mendepaninya dengan kematangan.... saya sungguh2 respect awak..


p/s : doa saya tetap mengiringi awak..semoga bertemu bahagia sedikit masa lagi.. :)

Anonymous said...

kalau boleh mahu awak cerita panjang lagi..ulas lebih lagi.. tapi hati tak sampai..takut hati awak tercalar....

apa-apapun semoga awak tak serik berkongsi kisah di sini..

fatraz said...

nak tumpang sekaki jugak la...hehehe....mudah mudahan, Allah gantika yang hilang itu dengan yang lebih baik...pahit, mmg pahit..tapi rencanaNya, tidak kita ketahui...moga allah beri kekuatan kepada hambaNya :)

||alis|| said...

dramatic
akan buat, nak menaip jer tak sempat2.. madang masuk draft ;), any thanks ya ;)

fatraz
terima kasih, doa2 sume sangat saya hargai, and syukur sebab jumpa kalian yg baik hati kerana memberi doa buat semangat saya pulih.