Nuffnang

Sunday, March 27, 2011

tentang dia.

dia.

dia tak tahu apa itu blog.
dia tak tahu apa itu facebook.
dia tak tahu apa itu blackberry.
dia tak tahu apa itu 'yg jadi kegemaran anak2 muda sekarang'


dia hanya tahu pergi dan balik kerja.
dia mulakan hari pada setiap 5.00 pagi.
dia tidur pada setiap jam 10.30 malam.
dia cuba faham apa suka ku, apa tidak aku.
dia seboleh mengelak buat aku angin.
dia tak suka selisih faham.
dia suka kanak kanak.
dia kebapaan.
dia suka usik abahnya yang seorang pelatah.
dia kesayangan seluruh keluarga, pakcik, makcik dan saudara.


dia suka laut.
dia pandai menjahit jala yg koyak.
dia tahu bila pasang surutnya laut.
dia suka pergi menjala.
dia suka tangkap ikan tapi tak suka makan hasilnya.
dia suka cari kupang kerang dan sebagainya..
dia tahan mencari sampai 5kg sahaja..
tak kira banyak mana hasil yg lain ada menanti,
sebab katanya
"ini rezeki saya, yang lain rezeki orang pulak"


....dan dia merendah diri kerana dia tahu dia tak punya apa.

tapi aku...

aku suka dia.
bukan kerana dia bakal menjadi separuh dari hidup aku.
bukan kerana dia tak tahu banyak perkara yang aku tahu.

sebab pada aku dia comel. sebab dia jujur apa adanya.

aku bukan cari cinta sempurna.
aku cari cinta yang halal dimataNya.
aku bukan cari manusia sempurna.
aku cari dia, yang boleh buat aku sempurna.



nah..nah... hamek baldi nih, kasik buang semua muntah kamu!
haha! yerp. sebab aku sendiri rasa dah seram sejuk bila baca n3 nih balik.

;P

*ini auto publish. ahad. insyaAllah, lepas zuhur nih...
saya selamat menjadi tunangan si dia, yg sempurnakan saya, insyaAllah ;)

.

Friday, March 4, 2011

dua puluh tujuh february dua ribu sebelas...

"ko betul nak kan anak sedara faveret pak long nih??!"
.paklong dia.
.
.
"err..err...." telan liur~
.aku.
.
.
------------------------------------------------------------------
taklah. cerita sebenar:
.
dia panggil sebab dia nak tanya pasal pokok bunga raya kaler kuning.
ditanam oleh ayah.
.
"pak long nak mintak benih dia nanti sikit, boleh?"
.
"boleh pak long.. boleh.." senyum-tahan napas-senyum!
.
.

Tuesday, March 1, 2011

soalan ini tak pernah ku jangka, walau selepas 2 tahun.

aku kan ada Formspring.... satu hari.. melalui blog jodoh nih,
aku terima satu soalan berbunyi:
.
.
adakah anak saya Nur Ar**ila binti Z*inin jadi menikah
dengan Mohd Ra*hid bin Yu**an?
.
.
makcik/kakak yang bertanyakan soalan ini: maaflah, saya bukan pawang jodoh ;S
.