Nuffnang

Sunday, February 13, 2011

seloka si NJ...

Hanya kerna aku perempuan,
kau buat ku seperti badut yang tidak bernyawa,
kau anggap aku tidak bermakna,
kau biarkan ku dalam dilema,
kau tinggalkan diriku seperti tiada makna,
adakah aku penyebab segala-galanya.


Hanya kerna aku seorang perempuan,
kau mencurangiku seperti aku penghancur segala-galanya,
kau biarkan diriku menghadapi segala-galanya,
tiadakah rasa cinta dalam hidup dirimu.

Kerna aku seorang wanita, ku korbankan segala-galanya,
hanya kau yg sering di dalam jiwa,
tapi kau musnahkan segala-galanya,
adakah aku tak setia,
adakah aku yang membuat angkara,
hingga kau berpaling tadah,
hingga kau musnahkan segalanya.

Akukah yang bersalah,
di atas segalanya,
tinggalkan aku jika kita tak pernah bercinta,
biarkan aku menangis dalam ketawa,
agar kau sentiasa gembira,
agar aku tabah dan menjadi dewasa.

Aku benci dirimu yang lupa akan segalanya,
waktu kau susah aku yang bersama,
waktu kau senang kau lupa segalanya,
tapi aku tak pernah ambil kisah,
lepaskan aku agar ku bahagia,
walaupun dalam kesuraman dunia,
agar aku tabah untuk segalanya...

Nukilan: nj


aku tak kenal sapa nj nih, harap jangan frust lelebih~

2 comments:

AinNur Haris said...

kelebihan WANITA : berkias dan berhias.. :)

kelebihan LELAKI : bersemuka dan berterus terang.. :)

sometimes kita kena ikut cara lelaki baru kita boleh faham dunia dia.. sebab org lelaki x kan mahu masuk dunia kita utk faham kita..owhh.. ;-p

||alis|| said...

puan ain: alis taktau alis dah boleh masuk atau belum blog puan ain ;). pas nih nak check la, ehem2..

yer.. betol. benarkan kita masuk dunia mereka, dan benarkan mereka masuk dunia kita ;)