Nuffnang

Tuesday, December 28, 2010

bagaimana aku melupai janji tuhan itu pasti?

dulu dulu....

tak.
aku tak akan berkahwin dalam masa terdekat.
tak.
aku takkan jumpa siapa pun lepas Asri mencarik dalam hati ini.
tak.
13 tahun satu bulan itu sangat lama untuk sembuh. mungkin 10 tahun lagi baru pulih.
tak jugak.
aku akan hidup seorang lepas ini. memang akan seorang.


tuhan janji. kau hadapilah ujianKu ini. Aku akan beri hadiah tak ternilai sebagai ganjaran.

benar.
sejak 2009, aku berharap macam2 ciri yang perlu ada pada seorang suami.
benar.
aku minta ayah doa di depan kaabah supaya aku dapat lupakan Asri.
benar.
setiap hari ibu berdoa agak jodohku didekatkan.
dan benar.
tahun depan (yang lagi 3 hari mahu menjengah itu)
InsyaAllah aku mungkin akan bergelar isteri.

mungkin setelah hampir 14 tahun mendengar kata hati, aku gagal.
dan mana tahu untuk tempoh 2 minggu..
ada hikmah aku mendengar kata ibu dan ayah.
restu. itu yang penting.
dan restu juga sudah aku dapat dari kedua2 belah pihak.

fahriku, sudah hampir ada didepan mata.
dia terima baik buruk aku semua.
boleh jadi imam subuh dan isyakku.
penyabar. matang.
kata kawan2 rapat melalui makcik ku,
"orangnya baik, makcik.. semua kawan tahu dia jenis tak berkira.."

minggu lepas, familynya datang melihat aku.
sumpah kekok! aku tak sedia dan takkan akan sedia sebenarnya.

tapi bila mereka pulang saja..
bondanya bilang
"mak berkenan. tunggu saja bila dia buka mulut tanda setuju, mak akan hantar belanja"

melalui abang, adik bongsunya bilang
"tak sabar nak jumpa kakak...tak sabar nak tunggu dia jadi kak ngah saya."

"awak akan menjadi bakal menantu tunggal perempuan keluarga saya, mak pasti akan sayang awak lebih"

ya Allah, kasih sayang apa lagi yang harus aku minta bila mahabbah keluarga asing ini terlalu banyak dan mencurah2 buatku?

doakan aku!
(dan terima kasih atas doa2 kalian selama ini)

usah risau, ada cerita selanjutnya. aku cuma tak punya masa untuk menaip ;)
.

13 comments:

Ms.Lilies said...

aku nak merajuk...
ko xnak kabo kat aku pun

||alis|| said...

wah! kat blog dah kena smash dulu rupanya! hahahaha!

cun09 said...

salam sahabatku ^_^

berita seterusnyeee akan liza tungguuuu...dok sabau niiii....

Anonymous said...

alis,
tahniah! kak hana doakan smoga sumenya selamat dan alis pun dirahmatiNYA dgn jodoh hg makin hampir ni :)
barakallah

||alis|| said...

liza
salam penuh sarat dengan rindu. maaf kesibukan sangat membataskan alis. tapi kamu, tetap ada dlm hati ;)

kak hana
terima kasih atas doa2 dan nasihat2 akak selama ini. walau hanya melalui blog, sgt 1000rahmat ;)

Anonymous said...

tahniah....
happy 2 u....lebih kurang ajerrr, tpi jodoh along takderrr kot...sob sob sob....sabo menunggu...

||alis|| said...

thanks along.
jangan cakap takde.
esok lusa dia pasti menjengah.


alis dah pernah berada ditempat along. apa yg penting, kita sabar. doa. berharap. insyaAllah Tuhan itu kan Maha Mendengar?

:)

Ayu Zan said...

lama xdgr cerita kak alis..tahniah kak...

||alis|| said...

ayu
akak tetap sayang kat ayu sebab ayu antara blogger yg baik ngan akak. ;)

thanks adik.

-me- said...

tahniah tuk akak~ =)

||alis|| said...

-me-
maakseh sayang ;)

gadisBunga™ said...

saya harap nasib saya akan bertuah seperti awak. tolong doakan saya.. terima kasih...

||alis|| said...

gb
mesti! gb gadis baik. bukan hanya gadis bunga ;P