Frankly, buat masa kini, dan insyaAllah masa akan datang, aku cukup terbuka dengan isu ini jika kalian meminta pandangan ku, dari sisi seorang wanita.
mungkin sejak kecil, aku sudah terbiasa dengan poligami.. aku dibesarkan dengan pengalaman pakcik pakcik (sebelah ibu) yang punya isteri lebih dari satu. Maksimum setakat ini, 3 orang isteri.
Aku kira antara ramai2 pakcik, yang paling berani, hanya seorang, iaitu pak lang, yang beristeri 3. Beliau memberitahu secara terang2 yang beliau mempunyai 3 isteri dengan masyarakat. Dan beliau adil. Adil seorang manusia. Kerana aku rasa ADIL yang sebenar hanya milik DIA.
Adil maksud aku disini ialah, setiap isteri disediakan seorang sebiji rumah atas sebidang tanah, sebuah kereta (semuanya atas nama isteri) dan duit belanja yang cukup untuk anak2 nya. Maksudku, anak2 dan isteri2nya tidak terabai dari segi nafkah.
Anak2 isteri tua semua sudah berumahtangga, kecuali bongsu, anak2 isteri kedua sudah ke Uni dan bekerja, cuma anak2 isteri ke 3 masih di sekolah rendah dan tadika. Penat? Aku rasa lebih dari itu. Lelah. Aku lihat pak lang ke sana ke mari mencari rezeki untuk membesarkan keluarganya yang ramai itu. Tapi janji tuhan itu adil, maka setiap anak2 tidak pernah berlapar, tidak pernah tidak ke sekolah, malah ada yang berjaya dalam bidang kerja masing2, hatta berniaga sendiri.
Dalam diam, aku kagum dengan pak lang. Boleh jadi, dia manusia pertama yang buat mata hati aku terbuka menerima apa saja tentang poligami dengan positif. Pakcik pakcik ku yang lain (2 orang lagi), sembunyi2 juga selama beristeri 2.. (yang akhirnya akan diketahui oleh isteri tua dan sanak saudara, paling kurang dalam tempoh 2 tahun)
Aku lihat semua isteri no 2 pakcik2 aku, ialah ibu tunggal punya anak. Semuanya. Dan jangan terkejut bila aku kata, kesemua isteri no 2 pakcik2 merupakan penjawat tinggi dalam sesebuah organinasi. Yang sekali pandang, tiada lelaki dalam hidup pun, tidak mengapa, kerana semuanya ada. Tiada apa yang kurang, sekali pandang.
Kecuali perlindungan.
Mungkin tak ramai yang sedar, macam mana hebat mereka di mata masyarakat, mereka perlukan seorang lelaki bernama suami. Bukan untuk apa2, Cuma mungkin tidak mahu masyarakat memandang serong dengan status sebagai ibu tunggal. Dan seperti sedia maklum, gelaran ibu tunggal amat pahit untuk diterima stigma dlm sosial.
Depan mata aku, sewaktu salah seorang pakcik mengenalkan isteri keduanya kepada aku dan ibu, wanita itu sendiri berkata, tiada apa yang diperlukan dari pakcikku, tidak memberi wang belanja pun tidak mengapa, tidak balik tidur di rumah pun tidak mengapa, asalkan ada suami sebagai tempat berlindung dari sebarang ancaman atau gangguan. Bukan mempergunakan suami, tapi.. hanya ibu tunggal saja yang dapat selam perasaan sesame mereka.
Satu kejutan, aku bersetuju dengan kenyataan makcik no2 aku ini.
Bagaimana hebat seorang wanita, dia tetap perlukan lelaki yang bernama suami di sisi. Biarpun hanya memegang gelaran yang kedua.
Next entry… “Semalam, seorang lelaki, berbicara denganku tentang poligami, secara heart to heart.”
hmmm....
.
9 comments:
mampukah kita menolak ketentuan illahi, seandainya jodoh kita itu..
jawapan saya mudah-tidak mampu. harap semua orang pon begitu. sebab kita bukan siapa siapa :)
cuma ianya akan menjadi pembawa bimbang di hati:
-ibu ayah
-sanak saudara
-rakan taulan
mmg kelak akan ramai yg mengeji dari mendampingi.
akak~
terkedu baca~
kita tahu poligami xsalah~
tapi~
masyarakat selalu pandang serong~
ye x?
auy: salam sayang ayu :). terkedu? akak pun terkedu bila ayu terkedu, haha! joking~
memang. semua tak sokong, hatta ibu akak pon.. tapi akak diajar sejak kecil supaya jgn sesekali menidakkan hak isteri ke2,k3 atau ke4, kerana mereka tetap saudara, isteri kepada pakcik pakcik akak :)
sdgkn mase bercinta pn bila dpt tahu pakwe kta ade gurl lain pun kta dh x senang duduk, inikan plk bila suami kta nk berpoligami..???
kalau la sy berhadapan dgn situasi ini, sy hrp sy akn tabah n redha dgn ketentuanNYA...
sesungguhnya setiap yg berlaku itu ade hikmah disebaliknye...
~hanya yg MAHA BERKUASA lbh mengetahui~
aku ada cita cita macam tu
tapi satu pun belum ada
aku yang solo
Salam!
Adil tak semestinya saksama (samarata) Apa yg paling penting adalah saling redha meredhai dgn paling baik antara suami isteri spt dlm Surah AlBaqarah:232. Wallahualam
em~
kalau tiba2 ada lelaki suami orang yg pinang akak?
mcm mana?
hidayahesof: semua bukan dalam tangan kita, kan? :)
brutalsolo: kalau macam tuh baik ko terus carik sekali 2, ihiks!
tajnur: setuju :). adil itu hanya milik DIA.
ayu: adoi! macam mana eh.. jumpa 1st wife dia la kot, "abang mintak saya jadik adik kakak, boleh ke..?" kakaka! (kak alis tak boleh nak imejin lgsg kalau ya benar berlaku!)
Post a Comment