Nuffnang

Sunday, September 27, 2009

salahkah kalau aku memilih, lis?

hari raya: hari pertemuan sahabat lama dan baru.
pelbagai cerita dikongsi. pelbagai rasa diluah bersama.

hingga raya 2009 ini, yg bujang hanya 3 si dara solo yg tinggal. aku, teman paling ngam bernama sue, dan sorang lagi teman yg gila2 bernama cik farah.

kami kenal since usia 15, 1998. means dah hampir 11 tahun kami berkawan. dah masak dengan perangai masing-masing.

raya sebelum ini, kami pernah bergurau mahu berjumpa bersama kelak bersama sekurang2nya seorang tunang. haha! masa itu mmg tak fikir mahu serius langsung. sungguh tidak, sebab bersama kami, masih ada lagi 3 si dara yang masih solo.

namun raya kali ini, kami mula merasa risau. mana tidaknya, semua teman dalam group kami, termasuk lelaki lelaki yg ada, sudah berpunya. paling busuk laaa.. sudah bertunang.

bukan, kami bukan mahu mengikut trend 'mari berkahwin beramai ramai sebelum 2010'.. cuma sepanjang raya ini, mengingatkan kami tentang erti 'serius', erti 'tanggungjawab', erti 'perkahwinan'...

jujurnya, kami tidak pernah serius mahu memikirkan calon suami. berkawan dengan lelaki ada, cuma jika tiba bab calon, belum mahu!
---------------------------------------------------

dalam perjalanan ke rumah seorang teman (aku dan cik farah berdua sahaja kali ini, sue tidak mengikut kerana sudah terikat sama tugas jururawat SJMC nya)

aku: farah, kenapa ko maintain solo eh? bukan kat tempat ko la paling ramai calon?
farah: takdelaa... mana ada ramai calon, lis.. takde maknanya..

aku: kenapa plak?
farah: tempat aku ramai calon tapi sume dah kawen laaa!!! (kami gelak gelak sama!!!)

aku: hmmmm (terdiam sejenak), ape pendapat ko bila orang cakap kita lambat kawen sebab memilih?
farah: aku takde hal kalau orang nak cakap cam tuh... tapi aku bengang la kalau sapa yg tak duduk kat tempat kita pastuh nak bising2 cakap kita cerewet laa, memilih laa..

aku: sebab?
farah: salahkah aku memilih sedikit, lis? apa apa pon sekufu... betul? bukan benda yg salah, kan? kalau kita cari yang sekufu.. aku bagi contoh senang la ok...kalau kata ada laa someone yang suka aku, bergaji sekitar rm900.. kawen ngan aku. tanggngjawab dia beri aku nafkah, say bulan2 dia bagi aku, rm400 sebulan. balance tuh untuk dia. cukup ke? pada aku rm400 is nothing, if compared to how much i gain monthly.... right?

aku: (terdiam sambil mengangguk, mengiakan)
----------------------------------------------

samaada aku, cik farah atau sue, sebenarnya bukan meng-under estimed-kan mana pihak. sungguh. tapi bila fikir logik, itu aa yg berlaku sebenarnya. alangkan ada org bercerai sebab bergado nak balik kampung siapa tahun nih, inikan plak isu isu lain, kan? dunia nih dah tak pelik lagi, kawan....

cik farah berjawatan pensyarah fizik di uitm shah alam. sudah punya harta sendiri, bergaji agak lumayan jika nak banding dengan mana2 seusia dengannya. anak tunggal. secara overall dia mmg bagus. taste kami sama dari segi apa pon mengenai calon :P. tak tahu kenapa jodohnya berat...

sue pulak, merupakan seorang staff nurse di SJMC. jua sudah mula kumpul harta sendiri. secara overall, dia antara hadiah terindah dari tuhan untuk aku. serius. kasih sayang antara kami tiada tolok bandingnya... bergaji 4angka.

kedua2nya baik. ada rupa walau pun bukan laa seperti diana dianelle, atau lisa surihani.

pada aku, yg penting hati.

sungguh juga, andai ada antara kamu punya kenalan atau saudara yang sesuai, yg juga sedang mencari calon isteri, hubungi aku, aku mahu aturkan pertemuan antara mereka. rasa sayang aku kepada keduanya mengatasi sayang sahabat yg lain.

hendak2 lagi sue, bulan 3 tahun hadapan, katanya, mahu ke arab saudi, bertugas secara kontrak disana. setahun atau lima tahun.

aku sedih. hari2 aku rasa kini macam nak gila bila fikirkan hadiah terindah tuhan untuk aku ini mahu bawa hatinya jauh hingga keluar malaysia.

oh, saya betol betol menangis sekarang =(


....

4 comments:

green said...

usaha tangga kejayaan
jgn jemu doa..

masa kecik dulu,
ustaz da pesan
doa supaya dpt jodoh yg baik..

bayangkan..disuruh doa dr kecik..

n i'm still single..

salah sape2 ke..
tak kan..

||alis|| said...

tuh laa kadang rasa cam nak lari jap dari semua nih.. huhu...

err.. ko nih dik umo bape skrg nih? :P

Anonymous said...

betul ckp green tu
yg berkata-kata tu sbb mereka x berada dlm 'kasut' kita..
sabar...sbb setiap dr kita ini ada pasangannya.
jgn henti doa padaNYA

kak hana~coklatvanilla.blogspot

||alis|| said...

salam kak hana :)

hehehe... yg ckp dok kat kasut kiter tuh was farah, ngeee..

doa dan usaha, baru bleh tawakkal, kan? hehehe..