Nuffnang

Thursday, August 27, 2009

niat

Mungkin hipokrit sedikit, tapi aku takkan cuba mahu jadi yg baik sahaja. Aku mahu (lihat tiada perkataan “cuba” dlm ayat ini…), ulangan, mahu khatam al-quran atas 3 hal, hal pertama rasanya tak perlu disebutkan, aku mahu share niat kedua dan ketiga aku. Niat kedua, aku mahu benar2 dipertemukan jodoh sekurang2nya sebelum aku berusia 29. niat ke-3, aku mahu sambut hari lahirku di tanah suci 23 mei tahun hadapan. Benar2 mahu.

Kalau Allah sudi perkenankan niat ku ini, tiada yg lebih bahagia dari ini dapat aku fikirkan. Infiniti bahagia aku rasa! Agak2 kalau aku terasa “malas”, “penat”, aku akan terus ingat niat aku yg 3 ini, terus automatik, aku rasa segar. Setakat ini alhamdulillah, surah aku bergerak selari dengan jumlah puasa.

Tadi, dapat berterawih di taman rumah sewaku. Suka5x dengan suasana surau dia. Sejukkkk jer. Tapi aku terpaksa duduk di saf hujung, bersebelahan dengan saf lelaki, yg mana kami dipisahkan dengan hanya sehelai tirai yg agak ringan, bukan telus, tapi sedikit ringan.

Maka, ada masanya, aku ternampak dengan tidak sengaja, kain pelikat, dan sebelah kaki jemaah lelaki, tiba tiba saja aku terasa syahdu, ya bukan sebab kaki lelaki tuh, tapi sebab aku terasa, alangkah, jika aku punya suami... ironkan baju melayu, kain pelikat dan siapkan kelengkapan berterawih dia, selepas berbuka bersama... aduhai..

Aku sungguh percaya, tuhan itu punya rancanganNYA paling agung untuk aku, sebelum aku berjumpa dengan dia, suamiku, yg aku siapkan baju melayunya untuk terawih tahun hadapan, amin...~

5 comments:

pari pari syurga said...
This comment has been removed by the author.
pari pari syurga said...
This comment has been removed by the author.
Ms.Lilies said...

pertama:aku ketinggalan sikit...dah puasa ke 6 tapi aku baru di juzuk 3...kena curik masa lebih skit lg


kedua:niat ko sungguh suci...insya Allah Dia akan berikan laluan utk alis..


ke3:bila dah bertemu 'fahri' mu itu nnt ko akan rasa juga menyiapkan keperluan dia ehehe


ke4:Ke tanah suci?? impian aku tu dik oiii...tapi belum lg diberikan jalannya...tapi niat dan harapan tetap ada

AinNur Haris said...

amin..
SAYA amin kan doa dan impian cik alis..mudah-mudahan diperkanankan..

* syahdu juga baca entrie ni.. (-.-)

||alis|| said...

kakmimi: kak mu balas ikut perenggan ke hapa nih? hehehe! tq kak atas doanya! tunggu dodol, serunding dan kad raya dari saya oke! :P

cahayamata: terima kasih atas aminnya.. saya jugak doakan yg terbaik untuk awak yer.. :)