tolong jangan pandang remeh ya. penting yer dating berdua walau ko dh kawen. tak kisahlah anak 2-3-4-5 hatta berapa pon. macam aku skrg walau bz ngan 4 anak termasuk baby 6bulan ni... kalau wiken je mmg aku ajak laki p dating makan(-nak dating jogging selalu tak dan, kah!)
selalu yg mudah ni, makan jela. sebab dapat tempat duduk dll. anak2 yg besar selalu balik rumah nenek diorg (nenek lagi suka diorg datang sebab kat rumah mmg takde siapa pun, hujung minggu laa diorg tunggu cucu2 ni balik, rindu)
so kami ambik sikit masa utk makan. NO PHONE IS ALLOWED. sebab kualiti masa untuk duduk makan berdua ni macam emas ok.
cara kedua, untuk dating berdua walau anak dh berderet ialah, ko suruh kakak/adik ko datang rumah bawak anak2, n ready utk jadikan rumah ko macam taska. mcm rumah aku ni ada daya menarik so bila diorg datang mmg tak ingat dah mak ayah, ingat nak p swimming pool je hahaha! ko amek masa dalam 2jam p makan berdua atau dating jalan2 dalam mall pegang2 tangan (jangan balik rumah pulak!) dan makan. jangan fikir pasal anak2 sebab anak2 ko kakak/adik ko ada jaga. enjoy ur moment.
sihat tau aktiviti ni. aku mmg la baru kawen baru beranak tapi sementara baru ni la kena ajar asben buat mcm ni, kalau anak dah 6 esok nak buat mcm ni rasa mcm tak sesuai sebab mana nak letak anak ramai2 tu kecuali hantar daycare setengah hari. tapi ikutlah terpulang cara masing2. satu pon takde salah ikut mana kita/pasangan dan carer tu punya selesa.
dating makan kat SR je. ni makan sambil ngendong ni. fuh.
warm butter cake topping with ice cream. sedap gila weh!
lagi satu fav aku kalau masuk SR ni, ko order bun dua bijik, order sambal. dah. sedap dan sesuai utk pembuka selera wa cakap lu!
ok, tata. my baby melalak sudah.