Nuffnang

Monday, September 29, 2014

kalau kau tahu asri dah kahwin, apa tindakan kau lepas tu yer?

apa aku nak buat? mula2 sekali nangis jela, haha.

bukan nangis sebab kami takde jodoh.

benda takde jodoh tu mmg dah lama aku pupuk, ewah kemain kau kan lis!

aku rasa aku akan nangis lite2 sebab

pertama: nangis sebab there you go kisah "Asri dan Kartini" kami, dah tamat akhirnya. (infact dlm cerita A&K pon, kisah mereka tak kesampaian)

kedua: nangis sebab kenangkan berapa banyak tahun aku habiskan untu fikirkan benda yg x perlu. ok tak perlu tuh macam teruk sangat, shud b benda yang sia2? omaigod alis, kenapa kau?

ketiga: aku tau sekarang dia dengan siapa, budak tu muda (dia penah bagitau dia tak boleh dengan budak muda sangat, gap jauh sangat nnti apa pon tak tau. oklah, 22 tu tak muda kot untuk dia, kalau 12 tu mungkin yer.) *alis seorang stalker-like it or hate it, i aint no saint*

keempat: takde. cukup la 3 je.

Tuesday, September 23, 2014

tak boleh lari jauh mana pon sebenarnya.

kalau takdirnya hari ini kita happy bersama namun esoknya kita bermasam muka.

aku nak kamu tahu satu perkara; manusia yg normal, akan marah, akan rasa tak puas hati, akan rasa kecamuk, akan macam-macam.. sebab apa? sebab manusia ni fitrahnya memang macam tuh. dan aku mengaku aku salah seorang manusia normal itu.

tapi macam mana marah, macam mana tak puas hati, macam mana kecamuk hatta macam mana rasa macam-macam pon, akan tetap ada surutnya.

bukan.

ini bukan sesi memujuk, jangan salah faham. aku cuma mahu bercerita tentang hakikat dan jahatnya peranan sifat yang bernama EGO. sifatnya memang mampu meruntuhkan siapa sahaja. tiada sempadan yang boleh bezakan antara EGO dan apa sahaja.

kau boleh jadi baik hati dan EGO.
kau boleh jadi lemah lembut dan EGO.
kau boleh jadi perengus dan EGO.
kau boleh jadi cantik dan EGO.

apa jugak pasangannya dengan EGO, semua jadi tak cantik, kan? normal la kan. mana ada sifat mazmumah yang baik kalau diganding dengan sifat mahmudah.


masing-masing dah dewasa, dah boleh fikir secara ta'akulan dengan baik.




sebab hujung-hujung pun aku percaya,
kau juga manusia normal.
sama saja macam aku.

-alis-
aku sedia maklum ada yg tinggalkan jejak disini
tanpa salam dan terus mengambil apa yg ada dengan rakus
itu tak bagus, tau tak.
dah lupa ustaz cakap apa?
mencuri itu berdosa

Friday, September 19, 2014

yg tinggal dan pergi meninggalkan

kalau kau rasa kau sayang ibu ayah kau; satu hari mereka akan tinggalkan kau.

kalau kau rasa kau sayang adik beradik dan semua family kau; suatu hari mereka akan tinggalkan kau.

kalau kau rasa kau sayang suami atau isteri kau; satu hari mereka akan pergi tinggalkan kau.

kalau kau rasa kau sayang anak-anak (saudara) kau; satu hari mereka akan pergi tinggalkan kau.

kalau kau rasa kau sayang kawan-kawan kau; satu hari mereka akan pergi tinggalkan kau.

kalau kau rasa kau sayang apa juga kebendaan kau ada sekarang, rumah, kereta, beg travel, perniagaan belas juta, passport, hobi kumpul mug, menjahit baju barbie, berkebun, simpan surat-surat lama boyfriend yg bagi... satu hari kau akan tinggalkan semua tu jugak.

semuanya, akhirnya, akan saling meninggal, atau ditinggalkan, maka apa yang kau nak buat sekarang? buat yang terbaik utk mereka.

jadi anak yg terbaik.
jadi kakak-abang-adik yg terbaik.
jadi suami-isteri yg terbaik.
jadi mak/pak saudara yg terbaik.
jadi kawan yang terbaik.
jadi tuan punya yg terbaik.

cherish every moment as much as u can. while u still can. we never know when is the last for everyone, and everything.

above all stated, i failed to become a good friend for everyone, and for that, i am truly and deeply sorry. my bad.