Nuffnang

Monday, May 30, 2011

putus.

nasi lemak masih perlukan lebih santan.
melaka masih perlu banyak lagi tempat tumpuan pelancong.
palestine masih bergolak.
anak yang tak dimahu masih dibuang.
orang tua masih disakiti.
dunia masih memerlukan ramai orang baik.


apalah sangat putus tunang walau hanya melalui 1 sms tanpa aku ketahui sebabnya..
dunia masih berputar. aku masih bernafas,
apa yg perlu aku buat?
senyum. terima kasih atas ujian penuh hikmah ini..
dan syukur, aku masih perlu hidup
untuk teroka lebih banyak sifat manusia
yg kadang rasanya, amat lucu.

Monday, May 23, 2011

Thursday, May 19, 2011

kenapa saya wujudkan blog ini. jujurnya.


01- mahu mencari jodoh saya. walaupun kebarangkalian sangat nipis senipis kulit bawang.. dan alasan sangat ini sangat tidak masuk akal, sejujurnya, inilah core reason kenapa blog ini wujud. sangat poyo, tapi rasa tak mustahil. sungguh. sebab pernah jumpa orang yg bertemu jodoh melalui alam maya, so, being gadis yang biasa-biasa yang tidak bisa dipandang oleh jejaka, cewah, saya rasa ini sebahagian usaha saya sebagai gadis bujang dalam pencarian jodohnya. ehem!


02- doa bloggers antara doa yg mujarab. sebab lagi ramai mendoakan, akan lagi mujarablah, dan akan cepat sampai laa kepadaNya, tanpa hijab ;) thanks kawan2! i love you all.


03- telangkai? oh, saya boleh usahakan tapi saya nih penakut sikit. silap match mati kena kejar dengan parang panjang!


04- siapa lagi senasib dengan saya? bukan mahu melihat fakta atau perangkaan, cuma berkongsi itu kan maknanya sayang..? bahasa purbanya "sharing is caring"


05- berpisah dengan jiwa lagi satu jiwa sebelah "sana" (:fahri) happy, walau sorok. kat sinilah jiwa sebelah "sini" tuh suka menyorok ;P




.

Monday, May 16, 2011

5 hari sepi. baru saya tahu...

...yang saya, memang seorang tunang yg hati tawar.

yang saya, sebenarnya tak faham, bagaimana, atau apa peranan sebagai seorang tunang kepada tunangnya.

hmmm.... bersabarlah, selagi awak boleh.