Wednesday, June 10, 2009

laman sosial si dia.....

bertahun dahulu... sewaktu aku masih blaja dlm uni; seseorang dari alam maya nyatakan suka pada aku..mahu serius. aku? beri jawapan tidak. kerana waktu itu aku belum sedia mahu serius. meminati, ya. serius, tidak. si dia jauh hati. jika sebelum itu seminggu 3 kali calling2; selepas itu, makin jarang, hingga hilang. hanya jika ada laman sosial masing2 aktif; akan saling auto invite, vice versa.

cuma tadi, aku tak sengaja masuk dlm salah satu laman sosial dia; waa... ternyata dia... hmmm.... itu saja.


.diam.
.hela nafas.
.mata lihat pada gambar yg punya lapan puluh keping itu.


tiba tiba.....dalam hati: bagus juga aku tidak jadik sama dia. bagus juga tuhan bolak balikkan hati aku masa itu....

kerana jika tidak; harus aku jadik salah seorang wanita dalam banyak gambar2 dia.. berpegang tangan; berpeluk bahu; bersenggol sengol. ada yg bertudung hijab; ada yg tidak...

tuhan; terima kasih atas hikmah masih tebalnya tipikalnya aku ini... auratku; waima adik ipar dlm rumah tak pernah lihat.

sebab aku masih percaya; mahar yang dihibah sang suami (baca: 'fahri' aku); walupun sedikit mana; tetap hak dia seorang.

:senyum, sambil tutup laman sosial si dia:

11 comments:

  1. bakar berlauk; makaseh sebab salu jer datang kat blog kiter nih n tak pernah jemu n henti2 beri komen yg baik. *emo tetibe*

    ReplyDelete
  2. em..setiap yg berlaku pasti berhikmah kak.. akak bersyukur byk2 ye..
    sudah ada kah calon fahri di hati akak?

    ReplyDelete
  3. salam ayu ;). thanks jugak atas doa...

    tak. blom ada. kalau ada, mesti la akak n3 dlm blog nih.. akak nak tgk jauh mana blog nih bleh bawak kisah akak..

    or jauh mana akak bleh bawak blog nih..

    ishhh.. berat nak pikul nih~

    ReplyDelete
  4. hope alis x terniat di hati nak delete blog nie dari alam maya nih...
    biarlah rentetan jalan cerita terus bersuara.. mungkin setiap yg indah dan pedih dapat di kongsi besama...

    ReplyDelete
  5. nazz; kenapa hilang begitu jer? risau alis tau.. kiter kan geng.. ada apa masalah ker atau mudarat yg menimpa?

    apa pon alis berdoa moga nazz tabah ;)

    ReplyDelete
  6. percaya kepada janji Allah..
    lelaki baik buat wanita yg baik..
    brdoalah...

    ReplyDelete
  7. TIP USAHA MENCARI JODOH BAGI KAUM WANITA

    FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

    Ye, wanita juga perlu berusaha. Tapi bagaimana caranya?

    1.Berusaha menyediakan diri sebagai produk ‘solehah’ yang diidam-idamkan. Biasanya produk ‘solehah’ yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah ‘kesedian hati’ anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syaro’.

    2.Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa sms, call, puji-pujian dll), senang pula untuk dipersia-siakan.

    3. Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka dsb yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah semata-mata.

    4.Jika anda terpikat pada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus padanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan ‘malu’ anda di matanya.

    5.Minta ibubapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan untuk anda.

    6. Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibubapa, bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasullah SAW.


    JODOH ITU TELAH DITETAPKAN, BEZANYA SAMADA KITA MENDAPATKANNYA DENGAN CARA MULIA ATAU CARA HINA. PILIHLAH.

    ReplyDelete
  8. A.kafi: terima kasih amat. syukur maseh percaya allah pegang semua rahsia & janji ttg diri ini ;)

    jard: hihi.. sama jugak ;P

    muhd syfq: adik, terima kaseh atas tips dan doa serta nasihat. alhamdulillah. sudah baca naskah terkini puan FATIMAH SYARHA. moga beliau baik baik saja bersama si suami, doktor yg tercinta itu ;)

    ReplyDelete

dah jumpa rusuk kiri kalian? :)