Saturday, April 25, 2009

Aku ini Dari Rusuk Kiri Kamu

Secara auto, aku terdetik, akan ada lelakikah yang akan meratapi pemergianku jika aku benar2 sudah tiada? Adakah?

Kalau ditanya.. aku masti mahu, tak perlu ramai, cukuplah jika seorang lelaki (jika masa aku tiada, dia teman lelakiku, atau suami yang baru ku nikahi, atau…. Masa kami masih tiada cahaya mata lepas berkahwin untuk beberapa seketika~ sob..sob..).

Dia, meratapi kehilanganku ialah kerana dia ialah suamiku, imam kepada solat2ku, pemimpinku, temanku paling akrab, teman *rujukan, teman *rajuk (*hehe)..paling utama, ialah kerana AKU ini ialah satu ‘RUSUK KIRI’ nya…

Akan adakah dia? Dimana? Aku tidak tahu. Tapi.. aku sentiasa doakan ‘dia’ bahagia dunia akhirat.. kalau dia bersedih, aku akan bobok dia secara alami, ‘sabar yer sayang…’ kalau kami tak berjumpa di atas dunia ini, aku pasti, kami akan berjumpa di alam lagi satu kelak. ALLAH kan dah berjanji semua itu sejak kita ditiupkan roh dalam rahim ibu..

Hey, korang mesti pikir aku nih ntahapaapa, tapi… kalau aku teringat, aku akan berdoa yang panjang, yang baik2 untuknya tiap kali aku usai solat, malah aku pernah berpuasa sunat beberapa kali untuk si dia yang aku langsung tidak kenali, tapi tahu bahawa Allah ciptakan aku dari rusuk kirinya..

untuk itu, aku harus berbuat sesuatu untuknya… sebagai utusan terima kasih atas meminjamkan tulang rusuk kirinya kepadaku… yg ku rasa tak salah langsung. kamu setuju?

2 comments:

  1. nazz setuju...penantian mmg sesuatu yg amat menyakitkan..
    tetapi penantian yg anda lakukan sgguh syahdu...nazz juga mahu amalkan itu...

    ReplyDelete
  2. nazz: hi nazz... terima kasih banyak atas prihatin. salam kenal :)

    ReplyDelete

dah jumpa rusuk kiri kalian? :)